Ahad, Januari 24, 2021

Kisah semalam

Aku dekat Seksyen 4 Bangi. Baru lepas hantar barang dan dapat rm5 duit brader tu bagi. 

Lepas tu Dapat job kena pergi ke Bandar Baru Bangi. Aku fikir mesti ada Jalan yang lebih dekat. Aku follow Google. 

Rupanya keluar kat simpang besar seksyen 4 Bangi yang sebelah yang ada golf club tu. Tapi kena cross jalan besar.

Masa nak lintas tu aku toleh macam lepas. Tapi rupanya kereta banyak dan ada yang laju. Dengan motor aku yang tak berapa confident pick up dia, aku terpaksa break mengejut sebab aku nampak macam tak lepas. 

Masa brek tu la rupanya kat belakang aku ada kereta Honda Accord. Kereta tu pulak tengah nak pecut. Dia belakang aku. So dia tak sempat break juga. Dia. Sondol aku. Nasib baik dia pun tak laju sangat. 

Motor aku patah mud guard. Kereta dia pecah bumper. Dia salahkan aku sebab break mengejut. 

Aku cuma bersyukur sebab tak ada apa yang serius sangat. 

Tapi aku masih takut dan berdebar. Lemah semangat nak jadi rider dah. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.