Wife pergi buat kerja di sekolah. Selepas hantar dia pagi2 tu, aku hantar Irfan pula yang nak buat IC tapi ramainya orang di JPN Hentian Kajang ni. Pegawai tu suruh buat appointment dulu. Boleh guna mykid lagi sampai umur 16 tahun katanya.
Tengahari tak tengahari sangat la, dalam pukul 2 gitu layan patin lagi. Order dengan foodpanda jer. Patin Temerloh ni memang sedap tak ingat dunia. Kena lagi dengan puyu pekasam dia, pergh.
Sebab esok dah PKP jadi aku hantar anak lebih dahulu ke rumah sepupu dia, kononnya jumpa melepas rindu lepas ni PKP terperuk lama dalam rumah kan. Angah yang buka pintu lepas puas aku call tak ada siapa angkat.
Balik dari Hentian Kajang aku ke kedai MD2. Beli air jus nenas tadi 4 botol jugak. Kata kakak pembantu kedai situ, dia pun tak pasti esok akan buka atau macam mana.
Krisis kesihatan ni dah lama sangat ni, marilah kita bersatu. Sudah2 la berpolitik masa ni tak sesuai. Kita perlu sokong segala usaha kerajaan. Bukan senang nak atasi tapi kalau kita bersatu peluang menang lebih tinggi.