Isnin, Julai 13, 2020

Gerimis pagi namun tetap kebasahan

Aku menanti hujan teduh di bawah jambatan. Beginilah nasib mat motor. Ada masa dia mencelah, ada masa dia terpaksa berhenti seketika.

Semoga hujan ini cepat reda, aku perlu bergerak segera menuju ke tempat kerja.

Akhirnya aku terpaksa bergerak juga walaupun hujan belum reda. Sampai kat tempat kerja boleh tahan lenjun jugak. Sejuk aku dalam bilik. Air cond macam peti sejuk dah. 

Petang aku kena selsema tahap Gaban. Telan ubat pun tak jadi apa.

Aku singgah kejap rumah Iza hantar raket Wan. Tak masuk pun, mata aku dah merah gila dan hidung gatal tahap nak koyak. Mai nampak aku pun perasan yang aku tak sihat, walaupun aku cuba cover.

Aduh sakit.

Malam layan lagi PPH. Lawan Pie aku tewas 3-4. Lawan Mai menang 4-1. Main beregu menang 2 kali. 

Ahad, Julai 12, 2020

Jom berusaha

Mari berusaha mencari rezeki. Jangan cepat putus asa. Walau ada pelbagai rintangan.

Ke hulu dan ke hilir. Ada juga hamba Allah yang memberi aku tips. Semalam akak di Taman Tenaga dan hari ni akak di Taman Bukit Mewah. Mereka tak berkira sangat seringgit dua. Aku doakan mereka dilimpahkan rezeki yang tak putus dari yang Maha Pencipta.

Ada juga yang "buli" aku, memberikan alamat yang kurang tepat, dan yang lagi sakit, expect aku untuk return semula bawa balik bekas dia yang kosong. 

Aku rasa ni first time kena macam ni dan aku tak sure macam mana nak react. Aku buat keputusan untuk pulangkan jugak barang dia. Akibatnya beg aku dah tak boleh isi barang dan aku terpaksa return semula tanpa ambil job. 

Petang aku hanya lepak dan dah hilang semangat nak ride walaupun ada lagi beberapa job masuk. Badan dah lemau, lagipun esok dah start kerja dah. 

Sabtu, Julai 11, 2020

Niat hati nak kerja

Aku kerja part time buat runner dengan Lala Move. Esok Sabtu boleh jugak try buat sikit kalau badan tak penat. Ni dah 12 lebih tak tidur lagi. Badan kepenatan main ping pong siang dan malam.

Tapi malam ni harap boleh tidur lena la sebab dah menang tadi, huhu. Menang dengan C jalan Reko. Single dan double partner aku Mai saja. C partner Lokman. 

Malam malam aku sendiri. Masih punya semangat gagah. 

Tadi baca mayor Seoul bunuh diri sebab bekas staff dakwa dia melakukan pencerobohan seksual. Begitulah bahaya seksual pada lelaki atas sifatnya yang sukar dikawal. 

Kerja sampai lewat Zuhur saja. Lepas makan terus tidur macam orang pengsan. Jom belajar belajar agar hidup jadi insan berguna. 


Jumaat, Julai 10, 2020

Sejuta Impian

Semua orang pasti ada impian. Impian dan pengharapan dalam hidup adalah lumrah kita insan di alam fana.

Impian saya ialah nak memiliki sebuah banglo sederhana mewah dengan kawasan yang lapang sedikit untuk berkebun dan bersukan. Tak perlu terlalu gah. Cukup untuk hidup dengan sedikit rasa gembira. Ada kawasan lapang untuk saya letakkan sebiji meja ping pong. Mungkin ada sikit ruang untuk anak bermain badminton. Mudah saja impian saya kan.

Tapi untuk merealisasikan impian mudah itu mungkin agak sukar juga dengan faktor harga rumah zaman sekarang. Kalau di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan untuk mendapatkan apa yang saya impikan itu kos yang diperlukan adalah sekitar sejuta Ringgit Malaysia.

Mampukah saya mengumpulkan duit sebanyak sejuta sedangkan nak kumpul 100 ribu pun saya hingga saat ini masih belum dapat. Masa pun bukan ada banyak sangat.

Jumaat mulia ini sangat indah dalam dakapan kesejukan saya berkongsi impian saya dengan anda. Bermimpilah apa jua impian. Mimpi boleh jadi realiti andai kita berusaha dengan sehabis daya.

Jom kejar mimpi itu sama-sama. 😍😘

Tambah satu lagi nak mimpi, boleh? Toyota Cross new SUV. Thailand dulu sampai. Harga 120k boss. 

#apaceritahariini
1. Majlis ringkas sempena persaraan Dr Zubi, aku jadi emcee. 
2. Malam melayan PPH. Menang dengan C dan C partner  Lokman (kali pertama turun lepas PKP) aku partner Mai. 

Khamis, Julai 09, 2020

Seribu kesal, sejuta hampa

Ya begitulah hidupku ini. Penuh kesal dan ada ketikanya hampa dengan apa yang terjadi. Namun hidup perlu terus. Tak usah pandang belakang. Jalan terus. Usah dibuai gelora rasa.

Mungkin akan ada silap sana sini. Ada terbuat benda yang tak sepatutnya buat. Itulah aku manusia biasa yang lemah. 

Tiba-tiba teringat aku kat lagu To Ki. Bab dia tarik kau kau... "kemunafikan, makhluk bernama manusia...."

Semalam harga emas naik tinggi menjulang. Harga perak pun ikut sama naik. Namun aku tetap masih belum mahu jual emas. Sayang aku pada emas begitu menebal. Walaupun harga emas dah naik gila-gila. Namun akhirnya aku ambil keputusan untuk jual perak.

Malam tadi aku jadi bingung. Bingung lalu aku membuat perkara yang tak patut. Aku menyesal. Hidup aku penuh dengan sejuta kekesalan. Oh, kenapakah harus begini. 

Maaf kan aku (minta maaf pda diri sendiri).

Tengahari aku berlari dengan Honda Future ku ke Bangi. Sampai sana guard kata tak boleh masuk kalau tak buat appointment. Aku cepat2 terangkan yang aku datang nak serahkan perak sekilo. Nasib baik dia ok dan benarkan aku masuk. 

Masalah kedua resit pembelian aku dah hilang. Aku beritahu Zahrah (staff Public Gold Bangi). Dia kata tak apa asalkan ada tag asal pada silver tu. Fuh lega lagi.

Jadi begitulah hari ni aku berjaya jual semula sekilo perak yang aku beli lama dulu kepada Public Gold. Untung tak banyak sangat tapi jadi la sebab target harga yang aku tetapkan dah tercapai. Balik kat office aku monitor harga perak tengok dia naik lagi mencanak-canak.

Aku senyum jer lah. Duit akan masuk dalam akaun bank aku selepas tiga hari bekerja kata Zahrah. Kalau pakai Maybank cepat sikit. Aku bagi akaun CIMB so kena tunggu lama sikit.

Apa apa pun misi aku success. 

Rabu, Julai 08, 2020

Jom menulis blog dengan phone, hu hu.

Gambar aku dan bang Naz di tempat kerja. 




Kelakar la aku ni. Hari ni harga perak start naik, tapi aku bertindak terlalu awal. Aku dah jual perak aku yang sekilo tu. Hmmm sedih gak rasa. Namun apa daya, benda dah berlaku. Lagi pun target harga aku dah capai. 2700 saja target aku. Malam dia naik mungkin tak lama dia akan cecah 3000 tu. Tak pe la. 



Isnin, Mei 25, 2020

Raya 2020 dalam PKP


Nampaknya kita beraya kali ini masih dalam keadaan PKPB. Tidak dibenarkan rentas negeri. Cuma boleh beraya sekadar keluarga terdekat dan tidak boleh melebihi 20 orang. Mesti amalkan SOP dan penjarakan sosial juga. Tidak boleh bersalam.

Jadi semalam aku pergi beraya di dua tempat sahaja. Satu rumah adik di Damansara dan yang kedua rumah di Shah Alam rumah kakak ipar. Anak perempuan dia (kakak ipar aku) punya lah bagus, siap lepak kat luar jer, tak mau masuk dalam rumah pun. Dia sedang mengandung dan suami dia pula alahan pada kucing.

Aku dan keluarga pun dah datang dari jauh ni kita orang masuk juga. Tak ramai pun rumah kakak ipar aku, cuma ada suami dia. Aku pun ini pertama kali berjumpa dengan suami baru dia. Seorang yang agak otai dengan memakai baju melayu merah siap degan kain samping berlambang UMNO.

Aku pun rasa agak segan takut tak pandai nak berbual maklumlah dia ni otai tapi aku akhirnya boleh jer masuk sembang-sembang santai sahaja. Jadi tak payah la bercerita panjang ya, kita layan jer gambar-gambar ni.





















Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.