Bio asli

Monday, July 28, 2008

Cara buat duit di internet.

Ramai orang berimpian untuk mencari duit melalui internet. Cara cari duit di Internet ada banyak tapi anda kenalah berusaha juga. Apa yang anda perlu buat ialah belajar dahulu asas yang mudah. Kemudian anda bolehlah mempraktikan kaedah seperti di bawah ini. Cuba berusaha dengan tekun dan bersungguh sungguh. Tidak ada jalan yang mudah. Itulah hakikatnya. Namun sudah ada yang berjaya. Irfan Khairy adalah contoh yang baik. Tanyalah dan belajarlah dari beliau.

Melalui program "affiliate."
Apa itu affiliate? Secara mudahnya affiliate ialah reseller. Sebagai contohnya bila kita menjadi affiliate syarikat A, kita akan cuba sedaya upaya menjual barangan yang dikeluarkan oleh syarikat A sebanyak mungkin kerana setiap barangan yang terjual, affiliate akan mendapat percent daripada jualan tersebut. Jumlah percent ini berbeza dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan terpulanglah kepada kebijaksanaan sendiri untuk menjadi affiliate kepada syarikat mana.
Program affiliate ini popular kerana syarikat yang menawarkan program ini akan dapat menjual produk secara lebih cepat dan lebih banyak lagi. Ianya merupakan situasi menang menang bagi pihak syarikat dan juga pihak yang menjadi affiliate. Produk yang dijual juga ada pelbagai dan tidak terbatas kepada produk produk fizikal sahaja. Ada juga produk yang berbentuk perisian atau perkhidmatan juga antara yang di "affiliatekan". Contoh yang paling senang ialah e-book. Ia menguntungkan kerana kos dari segi logistik adalah minima.

Apa itu "Adsense"?

Adsense secara mudahnya ialah kita menjadi "affiliate" kepada syarikat Google. Apa yang unik di sini ialah program Adsense tidak perlu sampai tahap menjual barang, cukup dengan hanya dengan "klik" sahaja iaitu Google membayar affilitenya kepada setiap "klik" yang mereka dapat.Caranya mudah sahaja, letakkan iklan Google pada laman web peribadi kita , dan Google akan membayar kepada kita setiap satu "klik" pada iklan itu. Untuk berjaya dalam program ini, syarat atau kriteria utama ialah laman web itu mestilah popular dan ramai pengunjung kerana dengan adanya pengunjung yang ramai sahaja barulah akan ada "klik" yang banyak untuk menjadikan ianya berbaloi.

Melalui ebay
Ebay adalah satu portal lelongan di mana ahli boleh menjual dan juga membeli di kalangan mereka.Pelbagai jenis barangan ada di ebay dan harga barangan juga bergantung pada ahli ahli sendiri, di mana barangan akan dijual kepada sesiapa yang menawarkan harga tertinggi selepas sesuatu tempoh(seminggu biasanya) akan dapat membelinya. Agak kejam bunyinya namun cara itulah yang membolehkan penjual mendapat harga yang terbaik untuk setiap barangan yang mereka jual. Ramai yang berjaya menjual pada harga tinggi barangan yang pada keadaan normal biasanya murah sahaja.

Melalui MLM.

Di Malaysia terdapat banyak sekali syarikat MLM. Ada yang kekal dan ada juga yang gulung tikar. Ada yang mudah dan ada yang senang. Ada yang betul dan tak kurang juga yang tipu.
Contoh terbaik ialah BIO-ASLI
Jadi ahli kepada mana mana syarikat MLM dan buat yang terbaik.
Menjual sendiri produk
Jika ada produk sendiri dan ada laman web sendiri. Usaha sendiri untuk cari pasaran dan hasilnya, juga adalah untuk diri sendiri. Anda jadi boss sendiri dan jadi kuli pada masa yang sama.

Mahu jadi seperti Irfan Khairy?

Anda tentu pernah mendengar nama Irfan Khairy, seorang ikon jutawan anak melayu yang terkenal di Malaysia dan juga mungkin di luar negara. Malahan ada yang pernah membaca buku tulisan beliau yang memberi panduan untuk menjadi seorang jutawan melalui perniagaan internet. Beliau juga banyak mengadakan bengkel bengkel untuk memberi ceramah kepada khalayak umum tentang cara cara beliau berusaha untuk menjadi seorang jutawan perniagaan internet.
Daripada pengalaman membaca buku beliau, Irfan mengajar khalayak umum bagaimana untuk berjaya seperti beliau dengan berkongsi tip tip berguna yang beliau sendiri amalkan. Namun begitu, apa yang beliau dedahkan adalah perkara perkara asas dalam perniagaan internet. Untuk menjadi betul betul seperti beliau, banyak lagi yang perlu diketahui dan dipelajari. Bukanlah saya hendak merendahkan pencapaian beliau, beliau adalah seorang insan yang amat amat berjaya dan amat hebat.

Untuk permulaan, beliau adalah pemegang ijazah sarjana doktor falsafah lulusan luar negeri, beliau juga memang seorang jutawan! Irfan Khairy memiliki sebuah banglo 3 tingkat dalam kediaman taman mewah yang lengkap dengan pengawal keselamatan dan kolam renang di Carcosa Seri Negara , Seremban. Beliau baru baru ini bercadang untuk menjual banglo itu dengan harga minimum satu juta ringgit. Beliau terpaksa tinggal di Kuala Lumpur disebabkan kesibukan tugas beliau yang lebih memaksa beliau sentiasa berada di ibu Negara , Kuala Lumpur.

Memiliki seorang isteri yang setia dan dua orang puteri (yang terbaru baru lahir pada 8.8.08) dan 2 orang putera, bekerja sendiri dari rumah dan memiliki kebebasan hidup tanpa perlu risau dengan hal hal kewangan,semua ini dicapai dalam usia yang belum pun mencecah 30. Semua ini dicapainya melalui perniagaan internet. Beliau bukan makan gaji, beliau berusaha sendiri untuk mencapai impian beliau.

Latar Belakang Pendidikan Irfan Khairi
Sekolah Rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. Lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom

Daripada pembacaan dari blog beliau, kita boleh memahami yang beliau adalah seorang yang amat bijak dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Dan untuk mencapai apa yang beliau capai, bukan calang calang orang yang dapat melakukannya.
Jadi, tidak ada salahnya pergi belajar sesuatu dengan menghadiri bengkel yang beliau adakan. Itupun kalau anda mampu sebab harga seminar ini pun bukanlah murah.Harganya RM 800 + untuk seminar selama sehari suntuk di Hotel mewah JW Marriot di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Namun saya cuma ingin berkongsi pendapat dengan anda, untuk menjadi seorang jutawan bukanlah sesuatu yang mudah. Dan bukan calang2 orang boleh menjadi jutawan. Banyak pengorbanan yang perlu di buat dan masa yang perlu dilaburkan dengan pulangan yang belum pasti.
Beliau memiliki beberapa buah laman web sendiri, antara yang popular ialah

1.www.rahsiajutawan.com
2.www.irfankhairy.com

Selain itu ada beberapa lagi laman web beliau yang lebih kepada perniagaan.
Beliau juga memiliki lingkungan kawan kawan dan teman yang hebat yang juga berjaya antaranya ialah Azizi Ali, seorang pengajar tentang menjadi jutawan yang juga banyak mengeluarkan buku buku hebat tentang impian ingin menjadi jutawan. Seorang lagi teman hebat beliau ialah bekas pengacara rancangan TV3 Malaysia Hari Ini, Nizal Mohammad.Nizal telah melatih Irfan cara cara dan teknik komunikasi yang berkesan.Irfan bersama sama dengan Nizal telah menubuhkan sebuah yayasan badan amal yang membantu masyarakat melalui sumbangan kewangan. Nama yayasan itu ialah Yayasan Ilham budi.
Walaupun beliau boleh memilih untuk hidup secara tenang dan bersuka suka, beliau tidak melakukannya.Sebaliknya beliau terus berusaha untuk memajukan diri dan bangsa dengan mengadakan bengkel dan menulis buku untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.Beliau juga menjadi seorang deejay radio di Radio 24 yang mengendalikan rancangan berbentuk motivasi jutawan.
Jadi kalau anda pernah terfikir untuk menjadi seperti Irfan Khairy, tirulah beliau secara lengkap dan menyeluruh. Jangan hanya memasang impian tanpa berbuat apa apa!

Ingin mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis/acara anda?

(bukan majlis perkahwinan! :) )

Irfan Khairi adalah penulis buku terlaris, personaliti TV dan juga radio dalam bidang kejayaan & kekayaan (Success & Wealth). Kepakaran Irfan Khairi adalah dalam bidang mencungkil keupayaan dan potensi diri para audiens serta memberi inspirasi dan strategi dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

Sering digelar “Jutawan Muda” & “Jutawan Internet” oleh media massa, Irfan memberi pendekatan yang bersahaja dan ilmiah kepada audiens bahawa kejayaan yang cemerlang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dengan teknik dan strategi yang betul.

Sesi Irfan Khairi sering dikatakan sebagai sesi yang menghiburkan dan penuh dengan maklumat yang berguna yang boleh diaplikasikan dengan serta merta untuk mendapatkan keputusan hebat!

Topik ceramah/talk:

  • Mencungkil kekuatan dan potensi diri (motivasi & inspirasi)
    Irfan akan membawa audiens menyelami potensi diri masing-masing dengan menerapkan prinsip kejayaan yang digunakan oleh insan-insan yang berjaya di seluruh dunia. Irfan juga telah menggunakan prinsip kejayaan tersebut sehingga mencapai pendapatan melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Sebagai host TV & radio yang telah menemubual berpuluh jutawan Malaysia (program Radio24 bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”), beliau mempunyai maklumat tangan pertama tentang rahsia kejayaan jutawan-jutawan Malaysia!
  • Perniagaan Internet (informasi)
    Irfan akan menunjukkan cara bagaimana dirinya memperolehi pendapatan melalui Internet melebihi RM1,000,000 ketika berumur 25 tahun. Langkah-langkah yang mudah untuk difahami bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dari rumah atau untuk mengembangkan perniagaan sedia ada anda ke Internet untuk mencapai lebih ramai pelanggan!
  • Bicara Santai (Sesi sharing)
    Ingin majlis yang lebih santai? Irfan Khairi juga boleh kongsikan kedua-duanya sekali, cara beliau menjana pendapatan RM1,000,000 serta prinsip-prinsip kejayaan yang dipegang dalam mencapai kejayaan. Sesi ini juga dibuka untuk para audiens berinteraksi dan bertanyakan apa sahaja soalan mengenai Perniagaan Internet atau strategi dan teknik kejayaan. Sesuai untuk kolej & universiti!

*Ceramah/talk boleh dikendalikan dalam Bahasa Malaysia atau English (atau kedua-duanya sekali; bahasa rojak!)

**Topik/modul juga boleh diolah khas supaya bersesuaian dengan majlis anda

Ramai yang telah bermanfaat dari sesi ceramah Irfan Khairi termasuk badan kerajaan, IPT dan juga koprat dalam dan juga luar negara. Antara pelanggan Irfan Khairi:

  • Maybank
  • Berita Harian
  • Jabatan Pelajaran Johor
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • UITM (Irfan Khairi adalah alumni UITM!)
  • Oxford Center for Leadership
  • Media Prima
  • Limkokwing University College
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • MECD
  • J & C Pacific Sdn Bhd
  • True Wealth Sdn Bhd
  • fmBrunei
  • NowAsia Singapore
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Politeknik Merlimau
  • SSA Consulting, Singapore
  • Edorey Technologies
  • Syarikat-syarikat MLM
  • …dan banyak lagi!

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan Irfan Khairi sebagai speaker untuk menjayakan majlis anda, hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 atau email sales@rahsiainternet.com

Saturday, July 26, 2008

Minyak kelapa dara asli.

Minyak kelapa dara mungkin dipandang sepi oleh ramai orang kerana menganggap tiada apa yang istimewa tentang minyak ini. Minyak kelapa lah katakan apa nak dihairankan sangat. Hari hari pun saya dah jumpa minyak kelapa. Ini cuma minyak kelapa dara sahaja.Apa yang istimewa sangat?Ok lah, saya nak mulakan untuk suami yang dah ada anak satu, pasti tahu betapa bila isteri bersalin atau beranak,ada isteri yang terpaksa melalui proses dijahit kerana kesan koyak yang dialami semasa proses kelahiran. Mungkin suami yang tak rasa sendiri hanya boleh bayangkan sahaja dan menyangka bahawa ianya tidak sakit sangat. Tak sakit ke? Macam mana kalau mulut kena gunting? Kalau nak tahu sakit tak sakit, cubalah.
Ada satu kes kelahiran yang licin dan mudah telah berlaku di mana ibu tersebut tidak mengalami satu pun jahitan selepas bersalin dan baby yang dilahirkan sihat dengan rambut berkilat kilat. selepas ditanya pada suami tersebut, dia memberitahu amalan isterinya hanyalah meminum minyak kelapa dara semasa mengandung!
Berikut adalah senarai penyakit yang berjaya diubati menggunakan minyak kelapa dara :
1. Diabetis
2. Thyroid
3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)
4. Kedutan pada kulit
5. Kulit kering dan kasar
6. Kulit gatal
7. Kulit mengelupas
8. Kurap dan panau
9. Jerawat
10. Eczema
11. Psoriasis
12. Arteries tersumbat
13. Sakit jantung
14. Jangkitan kulat pada kuku
15. Kuku lembut dan mudah patah
16. Arthritis
17. Resdung
18. Rambut terbelah
19. Rambut gugur
20. Kelemumur
21. Sukar tidur
22. Hormon tak seimbang
23. Demam dan selsema
24. Kanser kulit
25. Tekanan darah tinggi
26. Kabur penglihatan
27. Masalah prostate
28. "under weight"-kekurangan berat badan
29. "over weight"-kelebihan berat badan
30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)
31. Sembelit
32. Ruam kulit
33. Migrain
Abang ipar saya yang lelah mampu berlari kembali dengan baik setelah mengamalkan meminumnya(minyak kelapa dara asli) setiap hari. Saya tak paksa anda percaya, saya hanya berkongsi apa yang baik untuk semua orang.

Friday, July 18, 2008

Mengapa keseronokan itu menghancurkan.

Keseronokan adalah sesuatu yang akan menghancurkan diri sendiri. Kita tengok saja contoh keseronokan simple yang sering dikejar oleh manusia seperti menghisap rokok, clubbing, melayari bahan lucah dan lain lain lagi.

Kenapa ia akan menghancurkan? Jawapannya mudah saja. Keseronokan ini akan menghancurkan diri kerana keseronokan adalah sesuatu yang tidak ada kesudahan. Hendak seronok kena cari sesuatu yan lebih seronok lagi, jadi dah seronok nak lagi yang lebih seronok, lebih khayal dan lebih "kick". Kesudahannya? Tak lain selain daripada kehancuran diri sendiri. Sampai tahap diri binasa baru mahu patah balik dah terlewat la.

Itu baru bagi contoh yang mudah saja, belum pun sebut perihal dadah. Kalau dah kena benda tu, sendiri mahu ingat lah!
Kesemua benda benda di atas hanya perlu ada starting point saja, kalau dah start, maka ianya akan menular jadi wabak yang sukar untuk d sembuhkan. Jadi janganlah fikir mahu seronok saja, hidup ini lebih bermakna dengan kepayahan dan perjuangan.Kita hidup pun hanya sementara sahaja. Kalau kita bazirkannya dengan sia sia, kitalah yang rugi.

Fikirkanlah.

Tuesday, July 15, 2008

Siapakah Dato' Doktor Azman Ching?


Dato' Dr Azman Ching atau nama sebenarnya CHING EU BOON adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai multi level marketing (MLM) dengan syarikat CNI.Dengan kesungguhan dan kegigihan yang dimiliki, beliau kini telah pun bergelar seorang jutawan dan berpangkat Dato' walaupun usianya masih lagi muda(30an). Pangkat beliau dalam CNI ialah Million Diamond Agency Manager (MDAM), suatu pangkat tertinggi yang boleh diraih oleh pengedar CNI.

Antara ciri ciri hebat yang dimiliki oleh Dato' Azman Ching ialah kepetahan beliau dalam berkomunikasi membolehkan beliau menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat. Beliau juga mampu memberikan motivasi secara amat berkesan dan penuh keyakinan kepada audiens beliau hinggakan kesan yang diperolehi amat mendalam.Memetik kata-kata beliau sendiri, "I was determined to tap the opportunity offered by CNI after studying its lucrative business plan and felt confident that it was the one break that I needed to make it big. With sheer confidence and determination, I worked on CNI’s plan and by the 12th day I was already an Agency Manager. It only took me another 11 months to be a Diamond Agency Manager, the highest rank in CNI at that moment. I’m only in my thirties, but my achievements in CNI have been beyond my dreams.", kita boleh melihat ciri-ciri keyakinan diri yang tinggi yang beliau miliki.
Memiliki pusat pengedaran sendiri yang beralamat di 9A WISMA CHING EU BOON LORONG GUDANG NANAS 2 JALAN PASAR, 41400 KLANG, SELANGOR.
Phone Number:
03-33439897
Di sini pengedar pengedar CNI yang menyertai CNI dari sekitar KLANG dan Shah Alam bertemu dan mengadakan mesyuarat mingguan sambil bertukar tukar maklumat.
Selain dari CNI, beliau banyak dijemput untuk memberi ceramah ceramah motivasi kepada pelbagai pihak sama ada dari agensi kerajaan atau swasta.
Beliau juga merupakan ahli dalam Dewan Perniagaan Cina Malaysia.
Selain gelaran Dato' yang diberikan oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan kepada beliau, beliau juga memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam pengajian melayu.
Memiliki sebuah kediaman yang gah di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, beliau juga memiliki deretan kereta mewah dari Jaguar hingga BMW .
Industri MLM di Malaysia amat bertuah memiliki beliau, sebutir mutiara yang amat jarang ditemui! Sesiapa yang pernah bertemu dengan beliau pasti akan terpegun dengan aura hebat yang ada pada Dato' Doktor Azman Ching.

Monday, July 14, 2008

Senarai syarikat MLM di Malaysia yang berdaftar

Berikut adalah senarai syarikat MLM di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Sila semak di mana kedudukan syarikat anda.

SENARAI MLM DI MALAYSIA

Jadi kita tahu betapa banyaknya syarikat MLM yang ada. Hanya yang terbaik sahaja akan terus survive.Ada Impian menjadi Jutawan melalui MLM?
Di Malaysia industri MLM memang telah lama timbul dan ramai yang terlibat menjadi pengedar. Mereka ini melakukannya demi impian masing masing untuk hidup mewah dan bebas.Bebas dari belenggu makan gaji dan bebas untuk meluangkan masa bercuti selama yang hati puas.Tapi hakikat ini agak sukar tanpa usaha.
Cuba tengok senarai syarikat MLM di Malaysia ini.
Daripada senarai syarikat MLM tersebut, ada beberapa syarikat yang memang telah lama bertapak dan kukuh dengan rangkaian pengedar yang meluas di serata Malaysia. Antara yang masyhur ialah Amway, Cosway, Revell, CNI dan Luxor. Tidak ketinggalan Zhulian dan Avon. Apa yang menentukan gagal atau tidak usaha seseorang itu bergantung kepada kekuatan syarikat yang dipilih dan juga semangat jati diri sendiri. Semangat itu lah yang boleh mendokong seseorang itu untuk terus berusaha memajukan diri. Faktor kekuatan semangat dari dalam hati untuk berusaha dan berjaya itulah yang akan menghasilkan kejayaan cemerlang dalam industri MLM ini.Tidak hairan jika kita dapati sesebuah syarikat itu mendakwa bahawa merekalah yang terbaik sekali dan merekalah tempat yang betul untuk mencapai impian kemewahan dalam hidup. Janganlah beri peluang kepada syarikat lain untuk menjelaskan apa perancangan mereka. Mereka tidak sehebat syarikat kita. Jadi pemikiran yang sudah dibasuh ini kadang kadang menyebabkan sesetengah orang menjadi taksub yang terlampau hingga tidak mahu lagi membuka deria mereka kepada benda benda lain melainkan syarikat mereka sahaja.Sedangkan sedarkah mereka betapa di Malaysia ini ada lebih 400 buah syarikat MLM! Dan kita dapat bayangkan betapa hebatnya mereka bersaing untuk mencari pengedar!
Jadi bukalah mata dan bukalah minda.
Carilah syarikat MLM yang anda rasakan terbaik dan mampu memenuhi apa yang anda cari dan idamkan dalam hidup ini.

SELAMAT BERJUANG.. daripada,

SYRIKAT MLM NO 1 MALAYSIA