Jumaat, Disember 31, 2021

pd penutup tahun 2021

Tapi breakfast tak masuk. Tak tahu kenapa Thistle berkira dengan breakfast. Last sekali breakfast kat luar jer.

Thistle Thistle. 

Kau ingat kau best sangat ke. Tempat ok la. Sejuk. Tapi tandas tak cun sangat pun. Kolam pun so so jer. Budak suka la kot. Aku tak mandi pun. Melepak je tepi kolam. View ok la, tapi sebab aku pergi musim hujan tak boleh la nak berjalan sangat. 

Khamis, Disember 30, 2021

Rabu, Disember 29, 2021

terlalu pahit untuk ku telan

Ya, ada masa berlaku perkara yang pahit juga. Pahit untuk ku telan.

Aku keluar dan tunggu, tapi bila Amir datang dengan abangnya, rupanya dia dah ada akaun. Dan PG code juga. 

Pahit sekali. 

Aku pun bukan kuat sangat.

Amir belanja minum. 

Isnin, Disember 27, 2021

Masuk serah barang Nono

Ramai cuti. Senyap jer kat level 13.
Makan nasi 3bg order grab. 

Balik hujan lebat juga. 

Esok nak melala jadi kena standby batteri handset. 

Hujung tahun sudah. Nak masuk 2022. Apa azam anda? 

Khamis, Disember 23, 2021

cuti tapi masuk

Masuk cari barang yang Nono nak. Mujur ada. Tinggal nak ketatkan mana yang patut jer. 
Kat level 13 sunyi jer, tapi ada gak jalan satu kelas. 
Petang balik 430.
Tak sempat jumpa player mai.
Rush tak contact lagi. 

Rabu, Disember 22, 2021

selamat tiba dari Pekan

Ada sedikit air di sepanjang Sungai Pahang. Kena redah juga dalam keadaan sedikit nervous sebab air laju walaupun rendah. 

Semalam tidur rumah Cik Ni. 

Rumah kabin k kabin cancel, bayar free saja la kat dia. 

Ari ni dia siap call tanya khabar. 

Alhamdulillah semua selamat sampai di kajang jam 330 pm. Tengahari singgah makan kat Pilah. Lepas makan kenyang baru nampak itik salai banyak tepi jalan. 

Rumah sini tak ada kenaikan air yang ketara sangat. Cuma nampak la juga kesan air berlopak. Lain 2 semua ok jer. Cuma pokok la layu sikit tak cukup air. 

Selasa, Disember 21, 2021

Gerak dari Telaga Bata

Lepas sarapan nasi goreng yang ma masak, terus gerak. Destinasi ialah ke Pekan, Pahang.

Isnin, Disember 20, 2021

Alhamdulillah cuaca baik

Matahari dah bersinar terik hari ni.
Ke dobi cikgu lagi. 

Cuma fikir esok camne bila gi pekan. 
Nak stay rumah ctkini atau cari homestay.

Tak ada masalah pun, cuma takut ma risau je.

Balik singgah beli Pizza kat Petron Pasir Pekan. Harap matahari terus cerah. 


Ahad, Disember 19, 2021

Ke Bank Islam

Ke bank Islam Wakaf Bharu. Bi nak renew kad bank dia. Ma kirim kain untuk keringkan di dobi.

Balik rumah ma keluar belikan putu halba.

Fikir punya fikir ambik keputusan gerak lusa je lah. Banjir nampak macam teruk sangat di Selangor.

Harap dan berdoa agar mentari kembali muncul. 

Sabtu, Disember 18, 2021

Hujan masih belum berhenti

Walaupun nampak sedikit cerah, namun hujan masih belum berhenti sepenuhnya.

Jadi apa rancangan hari ini selain dari mendobi pakaian?

Mungkin layan shopee atau PG Mall. Atau mungkin ke Pulau Ular mencari sup. 

Ke Chabang 4 Tok Mek Ngah untuk mendobi. Cuaca agak baik juga dan hujan pun dah berhenti. Cuma atas jalan masih basah. Rim kereta aku nampak comot betul, bermain selut semalam. 

Kat mana2 ramai yang update banjir. Sampai kat Telok Panglima pun banjir. KL dan Shah Alam banjir.

Kat sini kejap cerah kejap gelap. Tak tahu lah.

Petang ke kedai Roti Tempayan Telaga Bata. Ingat nak bawa ke rumah Eira tapi tak ada orang, jadi singgah rumah Su yang baru siap modified. 

Balik dah nak maghrib dan Sabri pun dah nak bergerak, tak sempat dia makan roti tempayan. 

Jumaat, Disember 17, 2021

Hujan masih lebat

Menjelang waktu maghrib. Hujan masih mencurah turun dengan lebatnya.

Semua ada kat rumah abah. Cik Na, Long, Yik dan anak2 saudara. 

Atok (abah) bersiap nak ke masjid. Fathi mengamuk tak mahu balik.

Tadi jumaat di Gerong. Lepas jumaat ada makanan, tapi malu la pulak nak ambik. Lagipun dah makan bekal yang ma suruh bawa. 

Mesin pam air sudah ok tapi auto stop pula tak dapat. Macam 2 hal mesin ni bila kena tinggal dekat setahun. 

Sejuk aku rasa. Nak mandi pun kena lawan perasaan.

Tadi nak beli roti tempayan tak dapat sebab dah habis roti nya, tapi Na pulak beli Pizza Domino dan KFC.

Gigi pun rasa ngilu semacam dah bila makan manis2 macam ni.

Esok tak ada rancangan lagi. Mata dah kuyu ni ha. Hujan masih ada. 

Duit atau emas


Kebanyakan orang melihat duit sebagai satu unit kiraan yang statik. Tak ramai yang melihat duit dari sudut berapa kuasa beli duit itu sendiri. Kuasa beli duit bukanlah statik. Ia berubah mengikut iklim pengurusan ekonomi. 

Ia satu sudut yang membuat kita menilai duit sebagai sesuatu yang "super", sebagai lebih berharga dari masa. Masa sebenarnya lebih berharga dari duit. Masa yang hilang tak akan dapat di ganti dengan duit.

Pemahaman kita tentang duit terbentuk akibat pelbagai acuan tapi acuan utama ialah bahawa  duit memberi kita status sosial yang lebih tinggi. Kita akan membeli untuk mengejar kepuasan sosial itu.

Politik membentuk keadaan duit sebagai sesuatu yang menjadi seperti "umpan". Kerana keadaan itu keperluan berhutang menjadi suatu kemestian dalam hidup sehinggakan keluar ungkapan "kalau tak berhutang macam mana nak hidup?"

Keluhan biasa hari ini ialah harga barang naik. Barang itu sejak dulu hingga sekarang sama sahaja. Bukan bertambah baik dari segi apa pun (kecuali teknologi).

Apa yang nyata, nilai duit semakin susut.

Khamis, Disember 16, 2021

Di Gerong

Musim tengkujuh, hujan lebat melanda semasa aku di Gerong.

Pukul 10 pagi, hujan lebat. MashaAllah. 

Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudahkan oleh Allah.

Hari ni cuci rumah. Banyak tahi cicak dan habuk. Penat juga. 

Hari tu kat Penang sempat beli Jeruk Madu Pak Ali buat bekal hilangkan mengantuk semasa drive. 

Sabtu, Disember 11, 2021

Gerak ke Penang


Pagi sebelum bertolak breakfast nasi lemak Mak Lang. Lepas sarapannterus gerak. Sampai Ipoh berhenti dulu, cari makan dulu sebab dah lapar. Berhenti solat dan cari kedai makan. Dekat green town ni ada kedai China Muslim. Sup itik layan. 

Petang dalamnpukul 6 baru sampai Penang. Kamal belikan nasi kandar. 




Selasa, Disember 07, 2021

Jumaat, Disember 03, 2021

Ok dah masuk tapi malam la

Balik rumah buka pintu kereta saja, orang dah azan maghrib. Plan asal nak balik awal (jumaat kan) tapi ada kerja kat lab kena pasang wiring internet la pulak. 

Minta buat sebelum jumaat, tapi isnin nak pakai. Mau tak gabra aku dengan Nazri. 

Aku check duit pajak tak masuk lagi tapi email dah hantar surat pajak.

Malam nak tidur bukak lagi baru ada duit. Seribu lebih jer. Kena bayar kredit kad dekat 700. Mangkau gak tu. Bayar 500 lah dulu amacam. 

Pagi tadi nampak bekas tto hazni dah jadi exec kat amp jaga guard. Dia tegur sadli naik basikal ker... haha. 

Balik kerja aircond kereta gigil. Wow. Hebat la uncle alex. Kerja sorang pulak tu. 

Last kredit card should be rm8 for grab to atop from gmi. 

Khamis, Disember 02, 2021

Duit tak dapat lagi

Hari ni belum dapat duit pajak. Tapi kereta (servis aircond) dah nak kena bayar.

Selepas pikir punya pikir.....dengan mendalam, akhirnya
aku decide guna duit kredit kad dulu sebab semalam dah janji nak bayar. Kesian pulak kalau uncle tu nak kena tunggu lagi. Dah janji kena la tunaikan. Dah la aku tak belanja pun dia lagi. 

Naik grab pun apahal mahal ya amat padahal dekat jer pun. Pun bayar guna kredit kad rm8.

Tak pasti esok boleh dapat tak, tapi document aku dah siap submit petang tu jugak. 

Itupun lepas aku lepak lama dengan Tengku sampai kol 2 jugak. 

Apa kata esok aku belanja uncle tu. Plan aku nak naik basikal esok. Kereta parking kat gmi. 

Rabu, Disember 01, 2021

Kos repair aircond kereta KIA

1433. Dekat 1500 beb. 

Ha boleh tahan ke. Tapi aircond sejuk la. Esok kalau duit pajak masuk aku terus bayar lah. Buat (pajak) dengan tergesa2 je sebelum naik atas. 

Pantas uncle ni buat kerja. Atop nama kedai. Esok belanja dia makan lah. Amacam ada berani ke. Ok je cuma takut selera dia je tak kena. 

Kedai sebelum ni ACS tak mampu sebab tak ada staff yang cukup katanya. Tapi bagusnya dia tak cas. Balik panas tak cas. Polisi syarikat katanya.

Kedua dua kedai ni ada kelebihan masing2.

December ialah bulan birthday Ti. December ialah bulan sejuuuuk.... Ingat December ingat aircond, ok.
Ini kek yang aku beli. Sedap gak cuma manis. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.