Kebanyakan orang melihat duit sebagai satu unit kiraan yang statik. Tak ramai yang melihat duit dari sudut berapa kuasa beli duit itu sendiri. Kuasa beli duit bukanlah statik. Ia berubah mengikut iklim pengurusan ekonomi.
Ia satu sudut yang membuat kita menilai duit sebagai sesuatu yang "super", sebagai lebih berharga dari masa. Masa sebenarnya lebih berharga dari duit. Masa yang hilang tak akan dapat di ganti dengan duit.
Pemahaman kita tentang duit terbentuk akibat pelbagai acuan tapi acuan utama ialah bahawa duit memberi kita status sosial yang lebih tinggi. Kita akan membeli untuk mengejar kepuasan sosial itu.
Politik membentuk keadaan duit sebagai sesuatu yang menjadi seperti "umpan". Kerana keadaan itu keperluan berhutang menjadi suatu kemestian dalam hidup sehinggakan keluar ungkapan "kalau tak berhutang macam mana nak hidup?"
Keluhan biasa hari ini ialah harga barang naik. Barang itu sejak dulu hingga sekarang sama sahaja. Bukan bertambah baik dari segi apa pun (kecuali teknologi).
Apa yang nyata, nilai duit semakin susut.