Ahad, Disember 31, 2023

gerak balik ke Kajang

Pakai jaket mizuno untuk tahan sejuk. 

Agak mengantuk sikit mulanya. Bawa kakak uzma (anak buah aku) dan Firas je Irfan pula di kampung sebab dah kena pergi sekolah esok.

Lepas rehat rnr Gua Musang baru ok sikit drive sebab dah boleh pecut. Kereta Axia ni stabil je 140 dia tak goyang. 

Sampai Bangi dalam 6 30pm terus hantar kakak ke rumahnya di Sungai Tangkas.

Sabtu, Disember 30, 2023

berdobi di Wakaf Bharu

Pagi2 tengah fikir tempat nak sarapan pagi. Abe Pis call ajak sarapan pagi di rumahnya. Sarapan nasi lemak dengan keropok. 

Lepas sarapan lepak 2 dulu kejap kemudian keluar cari tempat dobi pula. 

Di Gerong dobi ramai, jadi kami terus lajak ke Wakaf Bharu. 

Jumaat, Disember 29, 2023

medan ilmu KB

Sarapan pagi di Din Tokyo. Lepak bawah khemah di Medan Ilmu KB.

Solat jumaat di Masjid Kg Sireh. Lepas solat terus ke Aeon. Semasa mencari kedai nak makan tengahari, seorang wanita melambai tangan kat aku.

Dalam hati aku berkata, "apa hal pulak minah ni". 

Bila nampak abe Li barulah aku tahu bahawa perempuan itu adalah kak Ton. Kak Ton ni adalah anak sulung arwah ayah mertua ku. Kiranya kakak sulung kepada isteriku.

Inilah kami bila selesai makan. Gambar diambil oleh Irfan. 

Khamis, Disember 28, 2023

lepak sungai Kelantan

Lepas sarapan lepak jap di sungai Kelantan.

Rupanya rumah Telaga Bata memang air dah naik. Betul tindakan abah suruh alihkan kereta. Tenggelam juga satu tangga.

Petang keluar Kb ada majlis di stadium. Ceramah oleh ustaz azhar idrus dan ustaz abdul somad. 

Rabu, Disember 27, 2023

ke tunjong

Lepas sarapan di AliBaba terus gerak ke Tunjong, saja jalan. 

Pusing pusing gudang G Orange dan kemudian ke Mydin. G Orange banyak barang elektrik segala bagai. Di Mydin makan tengahari di Nasken. 

Petang balik terus ke Telaga Bata. Dekat maghrib juga sampai. Sempat menyaksikan air yang dah mula naik di laman rumah abah.

Masa nak gerak balik tu ma agak risau. Siap telefon bila kami sampai. 

Selasa, Disember 26, 2023

ke Bunut Sarang Burung

Ma ajak ke Bunut Sarang Burung. Abah pula ajak ke Chabang Empat. Tapi mujur keduanya setuju untuk sama2 ke Bunut Sarang Burung dahulu. 

Jadi, tanpa dirancang aku pun bawa abah dan ma ke rumah mek di Bunut Sarang Burung, Tumpat. 

Mek ni adalah ibu kandung kepada ma aku. Suami mek pula, ayah Ali adalah bapa tiri ma aku.

Ayah Ali agak uzur sebab baru lepas kena minor stroke. 

Semasa kami sampai ayah Ali masih bersemangat, tengah layan radio. 

Ayah Ali walaupun dalam keadaan lemah, masih gagahkan diri bangun bergerak ke luar ruang tamu. Ayah Ali badannya sangat lemah dan bertongkat 4 stand.

Kuih putu yang ma beli ada 3, aku makan 1 dan selebihnya ayah Ali makan.

Isnin, Disember 25, 2023

dari KT ke Tumpat

Lepas check out terus je gerak balik. Tak tunggu makan tengahari dah. Balik lalu jambatan angkat Kuala Terengganu. 

Jalan balik mulanya ikut jalan tepi pantai pesisir Terengganu. Air agak tinggi dan hujan renyai2 sepanjang jalan. 

Sampai rumah abah dalam pukul 5 petang. Berhenti makan di Bachok, selepas Tok Bali sikit, Bi dah tak tahan lapar katanya. 

Ahad, Disember 24, 2023

Pekan ke Kay Tee


Dari rumah kak Tini, kami sampai KT sebelah petang dalam pukul 3 pm lebih. Terus check in di J Suite. Hotel di tengah bandar KT. 

Esoknya meninjau ombak yang agak tinggi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 

Di Pasar Payang kami terserempak dengan Cikgu Shukor sekeluarga yang sedang mencari sarapan. 

Sabtu, Disember 23, 2023

gerak ke Pekan

Ikut jalan Ampangan - Kuala Pilah. 
Kat Kuala Pilah berenti beli itik salai

Sampai di Pekan hujan renyai renyai. Terpaksa batalkan hasrat ke Pulau kucing walaupun dah hampir sampai. 

Sempat juga singgah beli cempedak dan goreng pisang sebelum ke rumah Kak Tini. Waktu pun masih awal juga.

Jumaat, Disember 22, 2023

last day hj Halim

Sempat bergambar dengan Tn Hj Halim Kling selepas saja habis sessi town hall bersama CEO.

Sempat juga jumpa Tengku yang nak balik kampung bila dia singgah bilik sekejap selepas jumaat.

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

Azam tahun baru semoga suksess semua. Diari dah beli ke atau nak beli basikal elektrik, hu hu.

Apapun tahun 2024 kena kerja keras lagi.

Khamis, Disember 21, 2023

kelas C tamat harini

Tamat kelas selepas 3 hari menadah. Tak sempat nak ke dewan membantu urusan kerusi meja. 

Rabu, Disember 20, 2023

skip kelas

Petang skip kelas sebab bantu bawa naik barang Tengku yang berkotak kotak dari bawah ke studio.

Padu juga barang yang Tengku beli. Subwoofer 3000 Amp yang dibeli dari Music Bliss. 

Petang kena gerak awal sebab Bi dah ajak keluar lagi tukar seluar Irfan di Ali Store. Lepas ke Ali Store kami makan di Sate Samuri. 

Selasa, Disember 19, 2023

panjang rambut

Semput petang petang ni. Muka tak cukup oksigen. Keluar ke Kajang Metro Point. Batuk yang agak teruk. Hidung pedih. 

Isnin, Disember 18, 2023

di fyp clearance

Lepas sarapan dengan Naz aku ke L3 bilik Asri sebab Naz nak tanya beg aku. 

Ahad, Disember 17, 2023

Jufri kata aku muda

Irfan balik pagi ni. Hantar Firas ke sana dulu pagi2. Agak kelam kabut ke msa sebab start 9 am. 

Waktu zuhur aku jumpa bro Jufri kat surau dia tanya umur. Tak percaya katanya aku 40an.

Game boleh lepas grup tapi semua kuat sangat. Dengan bet tak ada. Kita cuba saja apa yang termampu.

Tewas di tangan Simon Ngoi the penholder ala Xuxin.

Juara 1100 dan 1300 disapu bersih oleh Ryan Jr. 

Sabtu, Disember 16, 2023

yang risau adalah passport

Ya. Benda lain tak ada hal sangat. Bet ping pong pun walau sayang aku relakan. Tapi passport kena denda kalau hilang. 

Jumaat, Disember 15, 2023

mana beg wa

Beg masih belum jumpa. 

Semalam dah start cari. Hari ni cari lagi dan masih belum jumpa. Yang pelik ialah aku letak tempat biasa je. Apa yang aku ingat ini bukan kes salah letak. 

Aku try tanya Tengku. Tengku kata memang ada nampak.  

Ya, aku pasti memang last aku letak bilik studio. Tapi apa yang sebenarnya berlaku aku pun tak tahu.

Pasal bet tak risau sangat. Passport tu yang buat aku risau. Passport yang penting.

Kawan kawan pun tumpang risau, siap call tanya bagai. 

Khamis, Disember 14, 2023

muka penat

Pagi2 aku masuk sini dulu letak beg dan bersenam.

Petang aku naik nak ambik bet tapi tak jumpa pula beg. Salah letak kot.

Di sinilah bermulanya hilang beg aku tanpa jejak. Misteri. 

Rabu, Disember 13, 2023

veteren ke

Tak sempat hari ni nak capture waktu kerja. 
Abang Naz sakit gout. 

Selasa, Disember 12, 2023

ke Serdang, appointment Firas

Malam tadi dekat subuh 2 kali pum. 

Isnin, Disember 11, 2023

cuti selangor Sultan

Ke ioi untuk makan shirokya. 

Ahad, Disember 10, 2023

naib juara plate

Kenangan di Enstek. Naib juara plate. 
Tewas kepada Abka 3 - 1.

So close yet so far. Still, there's nothing to regret. I am happy with the outcome.

The most important thing is that I learnt something from thisand I observed some new things in tactical and play style. 

So if you want to play with pimple, go ahead and just do it. In table tennis you should not afraid or hesitate to try new things. Just make sure you have enough practice before any tournaments. The result will be better, I believe. 

Sabtu, Disember 09, 2023

Jumaat, Disember 08, 2023

Khamis, Disember 07, 2023

tak nap

Sampai 5 sudu madu kelulut aku telan. Madu jenis liar hutan Belum. Kebayikan kelulut ni ialah memberi panas pada dada. Jadi aku sebagai pesakit asma dapat la lega sikit pada waktu dinihari. 
Siang kerja pagi ada gotong royong di L7 dan L14. Aku bersama bro Naz di Level 7.


Rabu, Disember 06, 2023

Saiful beli sarapan

Aku beli roti telur 4 dan teh tarik 4.
Sekali tengok Saiful pun beli juga air dan kuih untuk sarapan. Jadi la pagi ni cukup untuk ramai juga. 

Selasa, Disember 05, 2023

dah masa bercukur

Dinihari tadi pam 2 kali juga. 
Berkahak juga awal pagi. 

Serabai teruk juga hari ni. 

Lega rasanya, bila Cosplay kakashii firas dah sampai. Tapi itulah, tak pasti dia boleh pergi ke tak sekolah esok. 

Isnin, Disember 04, 2023

tak cukup tidur

Tidur lewat dan bangun pun agak lewat. Itu pun terjaga sekitar 6 45 bila Bi buka lampu, langsung tak perasan orang azan Subuh yang selalu aku akan bangun. Tak sempat buat air. Beli je dari cafe.

Pagi2 Sin dah panggil buat kerja. 

Ahad, Disember 03, 2023

tournament JPN

Pergi dengan Bi je. Firas ada kat rumah. 
Seharian juga kat sini. Sampaikan anchor JPN pun kenal.
Apapun tahniah kepada JPN yang bukan sahaja menjadi tuan rumah yang baik, malah menjadi juara kejohanan juga. Team yang mantap dengan pemain utama Hakeem d Kebun. Zul P8 bergabung dengan Safri Don. Pemain single kedua juga tak kurang hebatnya. 
Tahniah semua. 
Team Dynamic pun hebat dengan Aimal sebagai anchor. Padu. 
Hadir sebagai penonton saja, muka lepas semput teruk. 

Sabtu, Disember 02, 2023

hari ni lemau semalam lewat

Lemau sebab tidur lewat semalam. Muka pun serabai tak sempat nak shave lagi. 

Petang lepas zuhur baru gerak keluar ke ioi.

Bi order nasinkat Shorukya tapi rupanya nasi tak ada. Terus dia merajuk tak nak makan. 

Lepas makan kami beli tiket wayang. Sementara tu Bi dan Firas pergi kedai buku dulu.

Sampai nak masuk ke dalam wayang pun Bi masih munung lagi. Adoi. Pening. 

Jumaat, Disember 01, 2023

sweet 40 +

Tugas ANF. Turun level 3 dulu. Saiful belanja air dan ewallet. 

Harini team leader ada kursus, so kerja tak hustle sangat. 

Jumaat di masjid hijau. Beli 1 gram di PG Bangi untuk hadiah birthday Bi. 

Malam tournament street fighter di tempat Safa.

Grouping menang 1 je. Ok la buat ubat kata orang. Tewas straight set dengan Coisox, Ryan jr (naib juara) dan Naim, bro rambut ikat. 

Malam minggu ni pukul 12 di 7 E masih meriah dengan manusia.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.