Sarapan pagi di Din Tokyo. Lepak bawah khemah di Medan Ilmu KB.
Solat jumaat di Masjid Kg Sireh. Lepas solat terus ke Aeon. Semasa mencari kedai nak makan tengahari, seorang wanita melambai tangan kat aku.
Dalam hati aku berkata, "apa hal pulak minah ni".
Bila nampak abe Li barulah aku tahu bahawa perempuan itu adalah kak Ton. Kak Ton ni adalah anak sulung arwah ayah mertua ku. Kiranya kakak sulung kepada isteriku.
Inilah kami bila selesai makan. Gambar diambil oleh Irfan.