Isnin, Julai 31, 2017
Isnin yang kelam kabut
Sebagaimana yang dijangka aku bangun lewat juga pagi isnin ini iaitu pukul 6 lebih dekat 6.30 pagi.
Jadi segalanya bermula dengan kelam kabut. Dengan sarapan yang ala kadar sahaja, sebiji telur separuh masak. Cuma bila sampai ke tempat kerja barulah bertenang. Tengahari tak makan. Dah terbiasa begitu.
Petang geng biasa ajak main ping-pong. Layan jugak walaupun kelaparan, ha ha.
Lepas layan ping-pong apa lagi, badan pun penat gila. Sampai rumah azan maghrib berkumandang. Cepat-cepat mandi sebab badan pun berbau hapak, kata wife aku.
Sepatutnya malam ni aku turun Bangi untuk hadir ceramah Puan Suzy, tapi biasalah bila badan dah penat, aku pun lepas makan duduk saja di kerusi sofa. Walaupun otak memberi arahan agar aku bergerak, badan tetap tak mahu bergerak. Akhirnya begitulah hidup aku. Semuanya hancur.
Ahad, Julai 30, 2017
Ahad pun kerja ya, bukan aku.
Hari Ahad pun masih ada ceramah Public Gold. Hari ni Cik Zulkifli ada buat ceramah di Penang. Aku pula tak mampu buat apa-apa dan memang tak ada agenda. Sepatutunya aku kena pergi kenduri rumah mak cik sebelah ma. Tapi lokasinya agak jauh, iaitu di Kuala Kubu Bharu. Bukan aku tak mahu pergi, tapi jaraknya agak jauh. Jadi aku kira ianya sebagai luar kawasan.
Aku pula pagi Ahad agak flat sebab kepenatan pergi ke Sungai Buloh masih belum hilang. Tengahari makan di restoran Berlauk Kelantan di seksyen 7 Bangi. Lepas makan terus sebelah petangnya keluar dengan keluarga ke IOI Mall Putrajaya. Makan malam kat kedai ala-ala Jepun. Esok terus kena cirit-birit, ha ha. Tidur pun lewat juga padahal esok isnin nak kena kerja, adoi.
Sabtu, Julai 29, 2017
Ke Sungai Buloh
Pagi-pagi aku ke rumah Iza, nasib baik masih sempat jumpa abah. Sekejap saja sebab abah dah nak bergerak ke KL. Zizi siap belikan nasi lagi untuk sarapan.
Lepas abah pergi aku lepak kejap sampai dekat pukul 10 lebih, kemudian baru gerak ke Bangi untuk seminar Aqila. Nasib masih belum baik sebab tak dapat emas percuma. Bi beli jugak emas 0.5 gram
Lepas ambil Irfan rumah Iza, terus balik rumah dan rileks, sampai tertidur. Bangun zuhur pun pukul 2 lebih. Tiba-tiba terus buat keputusan nak pergi rumah Zizi di Damansara Damai. Naik MRT Kajang ke Sungai Buloh. Sampai dah agak petang juga. Zizi datang jemput di stesen MRT Sungai Buloh.
Abah ada di rumah Jiji. Cik Yah dan co (Sabri and wife) pula dah pergi ke GM Klang. Lepak rumah Jiji pula sampai lepas Isyak. Time nak balik lepas Isyak Cik Yah belum sampai lagi, kuat benar berjalan ya.
Sampai Kajang dah dekat 12 malam, terus flat.
Highlight of the day: Khairul dah bank in RM 200 untuk beli emas. Jadi aku kena pulang baki kat dia RM 9 sebab harga hari ini cuma RM 191.
Jumaat, Julai 28, 2017
Mana ni?
Kawan aku cakap tak jadi datang seminar sebab family datang?
Boleh ke terima alasan ini? Family datang maka tak dapat nak hadir majlis ilmu. Aku pun sebenarnya penat juga nak pergi Ampang. Jauh dol dari Kajang. Apatah lagi bini aku mesej cakap dia demam. Nak kena balik awal la tu, dia signal nak suruh hantar ke klinik biasanya.
Bila sampai rumah nampak dia agak stabil sikit. Telan ubat yang lama katanya. Jadi aku lepak sajalah. Abah pun baru sampai dari kampung. Tapi dia lepak rumah Iza, adik aku. Dah malam aku pun malas nak keluar. Tengoklah esok camner.
Sementara tu aku masih menunggu duit dari kawan aku yang nak beli emas dengan membuka akaun GAP. Lama betul nak transfer duit. Pakai maybank2u jer pun. Itu pun ambil masa yang lama ker?
Tak faham la aku. Ni dah pukul 11 lebih pun, aku pun jap lagi nak tidur jugak. Esok pagi nak pergi rumah Iza pulak dan lepas tu pukul 10 lebih ada seminar lagi kat Bangi.
Itulah, harap esok semuanya berjalan lancar. Mana ni? Adoi aku nak tidur dah ni.
Khamis, Julai 27, 2017
Komisyen
Sudah dua bulan aku tak dapat komisyen. Bila semak komisyen kosong. Last dapat komisyen ialah bulan Mei adalah dapat seratus lebih. Bulan Jun dan Julai kosong.
Apa masalah aku pun tak pasti lagi.
Kalau nak ikutkan rasa frust tu memang lah frust. Punyalah promote bagai nak rak dekat FB sampai dah tak post benda lain dah, semua cerita pasal emas jer kat FB aku tu.
Cubalah bayangkan kalau aku kerja ni full time macam mana aku nak survive?
Tempat kerja aku yang day job pula gajinya cuma cukup makan sahaja. Itupun terpaksa ikat perut. Baru semalam dapat gaji hari ni dah tinggal seribu jer. Dah la tak ada OT dan increament. Aduhai.
Nampaknya bulan berikutnya aku kenalah kerja lebih keras lagi mempromosi produk Public Gold. Seribu macam tak cukup jer aku nak survive sebulan sebelum tiba gaji bulan lapan nanti.
Esok kena bangun awal. 5 pagi, boleh? Ha ha cubalah.
Rabu, Mei 17, 2017
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.