Sempena cuti Deepavali, balik kampung sekejap jenguk orang tuaku. Lama tak balik.
Dalam 8 lebih baru keluar dari rumah. 9 lebih juga gerak lepas sarapan lagi.
Yang bestnya hari ni tol free. Mujur gak highway tak jem. Ramai kerja lagi kot, dan tak sambung cuti.
GMI hari ni kerja half day jadi aku apply je la cuti.
By the way,
pewangi kereta oleh X Men ni memang stylo dan best.
Sampai di Machang aku cuba masuk ke jalan dalam untuk ke rumah Kak Ti, jiran lama aku dulu. Rupanya dia belum balik lagi dan masih di sekolah. Kami pun pergi cari sekolah tersebut iaitu SK Hamzah 1.