Masih di Gerong. Pagi ni tak keluar macam selalu. Pagi beli nasi bungkus bawa makan di rumah.
Pak Muda datang nak sambung kerja
meracun rumput yang tergendala disebabkan hujan.
Aktiviti tidur je sampai zuhur.
Petang baru keluar ke KB, ke kedai viral di Kuala Besar. Bi yang rekomen, aku bawa je. Boleh tahan kedai ni orang ramai dan makanan sedap juga.
Lepas asar singgah dobi di depan dewan cakna. Plan nak join pingpong tapi badan lemau dan semangat nak main kendur bila dewan berkunci.
Lepas maghrib terus ke Telaga Bata jumpa ma dan abah yang baru sampai Sungai Buloh.