Post by Malaysiakini.
Pantas sungguh masa berlalu. Kini sudah 4 hari lewat 2015. 2014 kita tinggalkan dengan seribu cerita suka duka.
Pantai timur masih berduka dek banjir besar luar biasa hingga musnah segala. Ahli politik pula bersaing merebut keabsahan sebagai pembantu rakyat di kala derita.
Ada pelbagai teori dilemparkan. Dari tuhan hingga ke tauke balak, semua cerita ada digarap. Harga barang naik hingga nasi sepinggan pun hampir cecah rm30.
Tapi ramai sukarelawan yang hati budiman sanggup bersusah payah membantu tanpa minta balas. Nilai kemanusiaan benar teruji.
Tapi apa yang berlaku adakah akan mengubah cara mereka?
Cara mereka gondolkan hutan?
Cara mereka cari duit?
Cara mereka sembang juta-Juta?
Cara senang nak buat duit.
Habis hutan digondol. Bukit ditarah. Demi balak nan sebatang. Demi sektor yang tiada tandingan. Kerana itu sahaja cara jana ekonomi negeri Kelantan?
Kelantan oh Kelantan.
Orang Kelantan paling hebat di Shah Alam, Damansara, Putrajaya dan Bangsar. Tapi bagaimana nasib anak negeri Kelantan?
Semua keluar cari kerja. Yang tinggal hanya tauke balak, tersenyum sebab tiada siapa yang betah.
Kelantan perlu berubah.