Isnin, Oktober 31, 2016

Rabu, Oktober 26, 2016

Selasa, Oktober 25, 2016

Isnin, Oktober 24, 2016

Ahad, Oktober 23, 2016

Sabtu, Oktober 22, 2016

Jumaat, Oktober 21, 2016

Khamis, Oktober 20, 2016

Selasa, Oktober 18, 2016

Isnin, Oktober 17, 2016

Ahad, Oktober 16, 2016

Nuffnang ku

Selain dari update harga emas, sekali-sekala saya akan update pendapatan dari Nuffnang. Pendapatan dari Nuffnang ni tak perlu saya update setiap hari kerana pergerakannya adalah amat perlahan sehingga saya seperti tak percaya adakah ia bergerak atau tidak sebenarnya. Apapun, setakat hari ini jumlah pendapatan saya dari Nuffnang ialah RM 34.28 

Sekian. 

182. Harga masih bertenang

Sabtu, Oktober 15, 2016

Jumaat, Oktober 14, 2016

Rabu, Oktober 12, 2016

Selasa, Oktober 11, 2016

182 satu bulan satu dinar, ayuh!


Satu dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas. 
Harga satu dinar hari ini ialah 773. Dengan harga itu pada hemat saya adalah satu jumlah mampu bagi orang bekerja makan gaji. Simpanlah sekurang-kurangnya satu dinar setiap bulan. Tanpa anda sempat pun sedar, tahu-tahu anda dah ada 10 dinar, dah lepas pun untuk buat umrah.


Isnin, Oktober 10, 2016

Sabtu, Oktober 08, 2016

181 Emas adalah duit jujur


Emas adalah duit jujur. Nilai emas terletak pada berat emas itu sendiri. Emas tidak menipu. 

Duit kertas adalah kertas. Yang berbeza ialah nombor sahaja. Sebab itu duit kertas tidak boleh jujur seperti emas. Nilai duit kertas terletak pada kepercayaan dan jaminan kerajaan. Kerajaan memang boleh menjamin nilai duit, tetapi kerajaan tidak boleh menjamin kuasa duit itu kekal. 

Jumaat, Oktober 07, 2016

Emas terbaik Malaysia


Di mana-mana tempat sekalipun di dalam dunia ini, emas adalah sama. Yang berbeza ialah jenama sahaja. Contohnya di Malaysia ada emas jenama Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewel, dan banyak lagilah. Jadi persoalannya emas apakah yang terbaik. 

Jawapan. Selagi emas itu adalah emas tulen itulah emas terbaik. Jangan pula ada unsur penipuan dari segi berat emas itu. Emas perhiasan perlu dicampur logam kerana mahu membuat dia keras, itu kena faham. Tapi kalau emas jongkong dicampur besi kemudian dijual dengan berat besi, itu penipuan namanya.

Untuk mengelak dari terkena tipu maka anda kenalah mencari syarikat emas yang telus berniaga dan diiktiraf. Tidak sukar untuk mengenalpasti ciri-ciri syarikat emas yang telus. 

Syarikat emas yang baik secara umumnya mestilah memiliki ciri-ciri seperti berikut. 

1. Telah lama bertapak dan dikenali luas di kalangan masyarakat. (Public Gold bermula sejak 2008) 

2. Mempunyai cawangan yang banyak di seluruh negara. (Public Gold memiliki 18 cawangan di Malaysia, satu di Indonesia, dan satu Singapura) serta masih berkembang lagi. 

3. Harga jual dan beli dipaparkan dengan jelas dan telus. (lihat paparan website Public Gold)

4. Harga terikat dengan pergerakan harga emas spot sedunia yang bergerak. (Harga emas LBMA Public Gold dimuat naik setiap 20 minit - kecuali sabtu ahad)

5. Menjalin kerjasama dengan syarikat yang ternama. (Public Gold bekerjasama dengan Pos Arrahnu Malaysia)

6. Memiliki pelanggan yang ternama (Public Gold menempa emas pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)

7. Emas dikeluarkan adalah berstandard LBMA (Public gold menempa emas berstandard LBMA-London Bullion Merchant Association) 

8. Memiliki pelanggan yang ramai. (Public Gold memiliki lebih 90 ribu pemegang kod PG akaun) 

9. Harga yang kompetitif (public gold tidak dikenakan GST serta tiada upah tukang) 

10. Senang dipajak (emas public gold diterima pajak Pos Arrahnu) Pos Arrahnu hanya terima 2 syarikat untuk pajak emas jongkong.




Ini ialah jongkong emas satu kilo keluaran Public Gold. Harganya hampir 180 ribu RM. Muat di atas tapak tangan.

Paparan harga emas yang telus. 

Kesimpulan: Public Gold adalah antara yang terbaik di Malaysia. Public Gold adalah pilihan tepat untuk anda yang mahu menceburi bidang pelaburan emas jangka panjang dan sederhana.

Khamis, Oktober 06, 2016

182. Kelebihan ada GAP


Harga emas sentiasa berubah-ubah. Harga emas LBMA Public Gold berubah setiap 20 minit. 

Malam ini contohnya harga emas global turun mendadak. Mujur saya ada GAP. Boleh beli emas pada masa tu jugak, masa harga tengah cantik. Beli dahulu dengan GAP malam ini. Esok dah update saya pergi ke office Public Gold untuk ambil emas fizikal. Itulah kelebihan GAP.

Tanpa GAP saya terpaksa keluar tengah-tengah malam semata-mata nak kejar "harga cantik" tersebut. 

GAP bukan bermaksud beli emas secara online, cuma beli emas pada harga semasa. Istilahnya ialah "lock harga". Kita beli emas itu, Public Gold akan "reserve" kan emas itu. Jadi tak perlulah susah-susah nak keluar. Ambil emas fizikal bila-bila masa lain  yang sesuai pun boleh. 

GAP memudahkan urusniaga jual beli emas secara online kerana harga berubah setiap 20 minit. Itu sahaja. Emas fizikal adalah berdasarkan berapa baki GAP yang anda miliki. Kalau ada 10 gram boleh ambil emas fizikal 10 gram. Emas tidak akan dihantar secara online, kena datang ambil sendiri. 

Kalau anda biar emas anda dalam GAP ia seperti Public Gold tolong simpankan emas itu untuk anda. Jadi tak perlulah risau emas hilang atau kena rompak. Anda boleh biar emas GAP anda disimpan oleh Public Gold selama mana anda suka. Bila ambil emas secara fizikal nanti ada sedikit bayaran premium. Itu sahaja. 

Beli emas mana-mana pun memang ada premium, jangan tak tahu pulak.



Contoh pergerakan harga emas.. Kalau tak ada GAP kena buat khemah depan kedai emas. 


Whatsapp saya kalau nak buka akaun GAP -----012-9108905------
  


Rabu, Oktober 05, 2016

183 - Emas kekal berharga dalam semua keadaan


Harga emas hari ini turun mendadak seumpama gaya terjun tiruk. 183 adalah paras yang murah setelah dalam seminggu harga dok bermain pada paras 190.

Bila harga emas turun biasanya harga saham naik dan banyak harga saham hari ini naik.

Bagi pengumpul emas, ini adalah hari mereka senyum sebab boleh beli emas. 

Bagi pelabur emas, tak perlu risau, harga memang ada turun naik tetapi untuk jangka panjang harga emas akan naik. Blog ini bakal menjadi saksi kepada kenyataan yang saya tuliskan ini. Tak perlu risau. Tunggu dan lihat.

Selasa, Oktober 04, 2016

187. Simpan emas demi masa depan


Sebagai manusia kita tidak dapat tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Namun kita boleh belajar dari sejarah dan juga membuat jangkaan berdasarkan data semasa yang kita ada. Semakin jauh kita melihat ke belakang, semakin jelas dapat kita belajar sesuatu. 

Harga emas akan naik. Kenyataan setakat itu hampir pasti seratus peratus. Yang kita tidak tahu ialah berapa. Cuba lihat sendiri berapa hutang negara Malaysia. Semakin hari semakin laju. 600 Billion bukan kecil anak. Malah untuk membayar bunga sahaja pun kerajaan dah berpeluh.

Cuba lihat apa berlaku bila nilai duit semakin jatuh. Harga rumah melambung tinggi. Harga barang komoditi juga turut naik. Bila duit terlalu banyak berlegar maka nilai duit itu akan jatuh. 

Harga emas global hari ini masih murah pada paras 1300+ Dollar se aun. Harga tertinggi pernah dicapai ialah 1800+ USD se aun. Masih ada peluang untung 500 USD kalau anda beli emas sekarang. Ingat ya.....500 USD itu belum di tukar nilainya kepada ringgit Malaysia yang sangat lemah itu. Kalau ditukar agaknya berapa banyak untung yang anda mampu jana? Cubalah hitung. 

Isnin, Oktober 03, 2016

188. Jongkong emas satu kilo


Adakah anda bermimpi mahu memiliki jongkong emas seberat satu kilo gram? Jongkong emas satu kilogram Public Gold adalah seperti gambar berikut.

Kalau anda mahu kini anda boleh beli dengan syarikat emas antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Syarikat itu ialah Public Gold. Harga satu kilo emas Public gold hari ini cuma RM 189,947 sahaja. 

Saya sebagai seorang dealer untuk cawangan Public Gold Kajang sedia membantu anda. 

Untuk pengetahuan anda setakat hari ini, untuk Public Gold Kajang cuma ada seorang sahaja yang telah membeli jongkong emas satu kilogram. Identiti orang itu adalah rahsia. Adakah anda mahu jadi orang kedua di kawasan Kajang yang mampu memiliki jongkong emas satu kilo?

Kami Public Gold Kajang setakat ini masih menanti siapakah bakal menjadi orang yang kedua itu.  

Ahad, Oktober 02, 2016

188. Emas bakal naik harga


Harga emas bakal naik menjelang 2017.

Kenyataan di atas bukanlah dibuat kerana saya dealer emas. Kenyataan di atas dibuat atas kajian saya sebagai pelabur emas.

Emas tetap emas. Yang berubah ialah duit. Duit kertas berubah nilai. Nilai duit kertas jatuh kerana hutang.

Selain itu banyak faktor lain kenapa emas menjadi semakin mahal. 

Manusia semakin bertambah. Emas tidak bertambah. Yang paling bertambah ialah duit kertas yang berlegar-legar merebut komoditi yang ditawarkan. 

Hutang semakin banyak. Ekonomi semakin huru-hara. Bank menjadi semakin jahat.

Yang sengsara ialah orang golongan bawah. Harga barangan asas naik. Harga buah mahal. Serba serbi amat mahal sehinggakan seribu itu menjadi kecil nilainya.  

Roda ekonomi semakin tenat dan semakin sukar berputar dengan baik. Serius. Saya sendiri pun tak mampu lagi nak beli manggis kalau harganya mencecah rm10 sekilogram. 

Sabtu, Oktober 01, 2016

188. Kenapa perlu menyimpan emas?


Semua orang tahu bahawa emas adalah benda yang mahal dan berharga. Perompak yang tak belajar ekonomi pun tahu bahawa dia perlu cari emas. Jadi, walaupun sesusah mana sekalipun hidup anda, cubalah untuk menyimpan emas kerana emas adalah aset yang akan meningkat naik dari segi harga.

Emas bertindak sebagai pelindung kepada duit apabila duit itu anda tukar kepada emas. Emas adalah penyimpan nilai yang hakiki kerana emas tetap bernilai tinggi walau apa pun keadaan ekonomi dunia. Emas kekal sebagai komoditi yang dihargai dan dihormati semua bangsa dan agama.

Duit anda boleh dirompak secara terhormat dalam sekelip mata sahaja tanpa anda mampu berbuat apa-apa. Bila harga minyak naik, semua perkara akan turut naik. Duit semakin lama akan menjadi semakin hilang kuasa beli. Dahulu nilai 50 adalah tinggi tapi kini nilai 50 tidak boleh bertahan lama. Petang tadi di Tesco Seremban Jaya harga manggis ialah 9.99 sekilo gram. Dulu saya beli manggis 4.00 sahaja sekilo gram. Kuasa duit sebanyak RM 4 tidak lagi dapat membeli sekilo manggis. 

Sekarang ini ekonomi berada di ambang krisis. Banyak pelabur yang risau dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Apatah lagi nilai hutang yang semakin hari menjadi semakin laju dan tidak mampu dikejar oleh perolehan wang itu sendiri. Kalau cetak wang pula, masalah inflasi pula timbul. Penyelesaian masalah ekonomi semakin hari menjadi semakin rumit. Tak lama dahulu Lehman Brothers tapi hari ini yang sedang tergugat ialah Deutche Bank pula.

Harga emas global hari ini masih lagi murah pada paras USD 1300 ++ se Aun. 
Harga emas global pernah sampai ke paras tertinggi dalam sejarah kepada USD 1800  ++ se Aun.

Jadi anda masih ada masa kalau ingin melabur dalam emas tetapi ingat, masa sudah semakin suntuk. Deutche Bank bakal mengikut jejak Lehman Brothers seperti krisis tahun 2008 dahulu. 

Keadaan ekonomi adalah seperti telur di hujung tanduk. Ini bukan mahu menakutkan sesiapa. hakikatnya negara US kini mengheret hutang mencecah 20 Trillion. Jangan kata Malaysia tak terlibat kerana Bank Negara Malaysia menyimpan sebahagian besar duit dalam US Dollar. 20 Trillion adalah nilai yang tak terbayar. Bahkan Malaysia sendiri mempunyai hutang yang menggerunkan jumlahnya. 

Nasihat dari saya ialah beli dan simpan emas secepat mungkin. 

Ahmad Sadli Ibrahim
Authorized Dealer Public Gold. 

Code: PG739321 
whatsapp: 012-9108905

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.