Ahad, April 30, 2023

Raya ke 9: 3 tempat beraya


Ada 3 tempat undangan yang harus ditunaikan. 
Rumah cikgu kawan bi. Rumah Abg Naz. Rumah Cik Ti adik aku. 

Balik dari beraya rumah Cik Ti di Woodbury terus ke Metro Point pula, nak potong rambut Irfan. Kelam kabut juga lah takut tak sempat hantar Irfan naik bas jam 8 malam. 

Pukul 8 malam ni kena hantar Irfan ke Kelantan naik bas di Hentian Kajang. Bas Mutiara. 

Bas sampai lewat. Sebab jem katanya. 
Jadual asal 8 pm. Terpaksa balik dulu tengok Firas. Dekat 11 pm baru gerak. 
Apapun Alhamdulillah Irfan selamat sampai di Kelantan. 
Rumah abg Naz. 
Rumah adik aku Ti. 
Dewan tuan rumah cikgu Indah. 

Apapun selesai urusan. Beraya rumah cik ti my sister, abg Naz my colleague dan kawan Bi, cikgu. 

Malam agak kepenatan. Penat menunggu bas. Bas bas lain pun struggle nak sampai on time. 

Sabtu, April 29, 2023

Raya ke 8: kenduri hj malek

Tak pasti boleh pergi ke tak. Nak gi tapi boleh ke bawa anak isteri? 

Lepas hantar barang badan penat dan kaki lenguh. Hantar sate willy 3 tempat, sampai satu kereta bau sate. 

Herman kata nak datang beraya, jadi aku stay je lah kat rumah. Tak hadir kenduri hj Malek nampaknya. Bi masak tengahari. Herman tak datang pulak. 

Petang semput sikit. 2 kali pum neb. 

Tan Sri Annuar Musa kata nak umum parti baru. Mungkin masuk PAS. Kelantan apa ada hal. PAS kuat. Janji ada parti. 

Jumaat, April 28, 2023

Raya ke 7: appointment Firas

Bawa Firas ke Hospital Serdang.

Raya ke 7. Keadaan terkawal, orang tak ramai lagi. 940 pagi dah siap. Biasanya bawak ke tengah hari. Lagi 2 bulan baru kena jumpa semula.

Mula mula ragu gak dengan keputusan balik awal, tapi ok lah kalau macam ni. Hari biasa jangan harap la. 

Ubat yang ambik di emergency pun boleh ambil pagi, jadi tak perlu nak datang lagi sebelah petang.

Petang keluar ke Alamanda. Sebenarnya niat nak ke IOI. Hujan lebat yang amat, aku kelam kabut juga bawa kereta, sebab penglihatan terhad bila hujan terlampau lebat. Akibatnya terlajak sampai Alamanda. 

Di Alamanda layan cerita super mario bro. 

Khamis, April 27, 2023

Raya ke 6: gerak ke kajang


Kalau ikutkan hati masih mahu stay kat kampung lagi, sebab sekolah pun belum lagi buka. Tapi kena gerak sebab esok Firas ada appointment hospital di Serdang. 

Lepas sarapan pagi kami gerak. Ma jalan kaki pergi beli nasi bungkus untuk kami.

Gerak slow slow je. Dalam 12 PM sampai di rnr Gua Musang. Berhenti makan di Mc Donald Gua Musang. Musim raya tapi ok la orang tak terlalu ramai. 

Lalu ikut Jeli. Tahan la sikit jem sebab jalan belakang walaupun jauh sikit. Cuma jalan teruk sikit di kawasan Rantau Panjang. 

Dalam 3 PM sampai di Raub, rumah Biah, my sister in law. Suami dia tak ada sebab bertugas. Biasa la PDRM susah nak cuti.

Banyak juga hal kena uruskan. Esok pagi2 kena gi hospital dulu. Lepas tu baru fikir banyak hal nak kena settle. 

Rabu, April 26, 2023

Raya ke 5: jom cari roti canai

Mana nak cari roti canai. Kat Gerong ni kedai favourite yang aku selalu pergi belum buka. Terus lajak ke Wakaf Bharu. 

Pagi pagi makan nasi di Wakaf Bharu. 

Lepas tu ke Pengkalan Kubor. Orang ramai di kedai bebas cukai Pengkalan Kubor. Sampai beratur panjang kereta nak masuk aku nampak bila aku keluar.

Balik Pengkalan Kubor singgah Bunohan nak cuci kereta. 

Semasa solat di masjid Bunohan aku terlupa ambil jam G Shock selepas selesai wuduk. Tak lama lepas masuk dewan solat ada orang datang tanya "bang ni jam awak kan...?"

Alhamdulillah. Jujur orang2 kampung Bunohan. Cuci kereta car wash tepi masjid. Cuci luar saja, kena rm 10. Bi beri duit raya pada 3 orang anaknya. 

Selasa, April 25, 2023

Raya ke 4: kedai buka ke?

Hari raya dah masuk raya ke 4. Jom kita siasat keadaan dia macam mana di Kelantan ni. Kedai dah buka ke, sebab kerajaan negeri masih cuti. 

Ketika aku berada di Kota Bharu (kb mall), dalam 10 lebih dapat berita ayah Cik Miah, adik ipar aku telah meninggal dunia. 

Arwah kena stroke pada pagi hari raya pertama. Terus masuk ward hospital Tumpat, kemudian pindah Hospital Besar Kota Bharu. 

Ada darah beku di otak, mana kala stroke pula berlaku sebelah kiri, bahaya sebab ada jantung. 

Doktor kata kena operate (berisiko tinggi). Kalau tak operate pun berisiko juga. Keluarga pilih tak operate. 

Innalillah. 

Semoga urusan keluarga Miah dipermudahkan. InshaAllah petang ni aku pergi melawat. 

Ni pagi, waktu cari sarapan. Sebenarnya cari kopitiam meletup, tapi jumpa kopitiam ni pulak, kopitiam galoq. 
Masa nak parking aku masuk 50 sen dalam mesin. Tapi mesin buat hal, tekan tak bagi reaksi. Tapi hari ni cuti ok la kot. 
Ini kat KB Mall, minum lagi. 

Ubat dah habis tapi kaki masih ada luka. Kalau ada tongkat best sikit aku berjalan. Asyik pegang bahu bini jer, segan jugak. 

Ini lepas asar, aku terus ke perkuburan Kg Talak. Masuk kampung, aku tanya orang surau. 
Ini adik aku, suami kepada Miah. 

Malam terus ada majlis tahlil, aku sempat juga hadir.

Sampai rumah penat juga la badan. 

Isnin, April 24, 2023

Raya ke 3: mana nak sarapan?

Kedai makan mana yang best area Tumpat? 

Try pusing pusing kawasan Gerong, kedai tak banyak lagi yang buka. Kalau ada pun barisan beratur boleh tahan, nampak agak panjang. Ya la, baru raya ke 3 kot. 

Selepas cuba usha kedai di Gerong, jalan jalan lajak sampai KB. Kedai Din Tokyo pun belum buka. 

Jadi kami cuba ke Kopitiam Kita. Ya buka walaupun baru raya ke 3. Orang ramai melimpah sampai ke luar. Staff pun tak ramai lagi yang masuk. 

Irfan nyaris tak mahu beratur. Aku pujuk dia agar sabar sekejap. Sebab kedai ni tersusun dan bersistem maka dapat la juga kami tempat duduk selepas beratur. 

Kalau yang sampai lewat tu jenuh la jugak nak menunggu. 
Inilah menu utama paling famous di kopitiam kita, roti titab nama nya.
Ini bukti betapa barisan yang masih panjang selepas kami siap sarapan. Ada yang batalkan niat la sebab ramai sangat. 
                           Iklan : G Shock
Anda kena try, kedai kopi paling viral di Kota Bharu, Kelantan. Nak tahu kenapa dia viral, kena datang sendiri.
Nota: Mazda merah tu bukan kereta saya. 

Ahad, April 23, 2023

Raya ke 2: Ke Gerong pagi ni.

Pagi ni family Harraz akan turun, jadi kami gerak dulu ke Gerong.

Dinihari neb 2 kali.

Plan asal nak gerak pagi. Tapi dari pagi membawa ke zuhur. Lepas zuhur baru gerak ke Gerong. Singgah di Supermas. 
Iklan
g shock


Kehidupan kadang kadang memang sukar untuk membuat keputusan. Apa yang penting ialah lapangkan dada dan terimalah ketentuan dan ketetapan dari tuhan yang sudah tertulis sejak azali. 

Terus berfikiran positif dan terus berusaha. Belajar dan terus belajar. Memberi dan menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara. Selebihnya, tak perlu dikesalkan. 

PRN semakin dekat. KJ belum menyertai mana mana parti. Terlalu sukar nampaknya untuk membuat keputusan. Tapi dalam politik bermain selamat bukanlah pilihan tepat. 

Jom simpan emas dengan Public Gold. Wasap me. 012.9108905
Kami di majlis raya anak kelantan perantau. 
Tunggu sampai majlis habis dekat pukul 11 malam juga. Sebab nak tunggu lucky draw motor

Ha ha susah la nak dapat, mujur sangat kalau dapat. Time balik beratur juga nak keluar dari balai islam Lundang. 

Sabtu, April 22, 2023

Alhamdulillah, Aidil Fitri 1444

Dinihari semput, terpaksa 4 kali pum neb. Apapun dapat jua beraya Aidil Fitri dengan sekadarnya dan sesederhananya.
Biarlah gambar yang berbicara. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat berjumpa lagi pada Hari Raya yang seterusnya. 

Dapat berbual dengan Tok Ayah Ali. Dia agak uzur juga sebab last jumpa dulu dia tak boleh berjalan tapi kali ni dia gagahkan diri berjalan nak beri duit raya pada cucu cucu. 

Walaupun tak sekuat dulu, dia tetap bersemangat nak berbual dengan anak cucu. Topik pun agak terkini seperti Wakaf Bharu new road and traffic situation. 

Begitulah suasana Raya, ada suka dan ada duka. Ada yang seronok berbual. Ada yang suka berjalan jalan sahaja. Semuanya gembira dengan cara sendiri. 

Petang singgah rumah Su. Lepas tu nak pergi rumah Abor. Siap Su tolong bawakan, tapi Abor tak ada.

Iklan
                  GShock GShock GShock

Secara umumnya, raya di Kelantan ni meriah dalam suasana yang sederhana. Mungkin ramai yang kepenatan melayan jem. 

Dan selepas beberapa hari beraya akan kembali semula bertarung dengan jem.



Jumaat, April 21, 2023

last puasa hari ni

Selepas sebulan puasa. Hari ni masih puasa. Hari terakhir bulan Ramadhan. 

Semalam ma dah siap bungkus ketupat, menu wajib setiap kali menjelang hari raya. Ingatkan mek yang tolong bungkus, rupanya ma upah orang untuk bungkus. 

Biasanya Bi yang tolong bungkus. Tapi kali ni sebab kami sampai lewat, tak sempat nak menolong. 

Esok InshaAllah, baru kita sambut bulan Syawal dan seterusnya Berhari raya bersama sanak saudara. 

Aku banyak duduk dan berehat je sebab kaki masih sakit. Tak mampu bergerak jauh sangat. Bila duduk tak buat apa macam ni, mata mula lah asyik minta tidur jer. Aku memang begitu. 

Malam tadi kanak2 keriangan bermain bunga api.

Berbuka puasa di Ramadhan yang ke 30. Semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan yang seterusnya. 

Cantik gambar hasil bidikan camera Oppo Reno. Nampak jelas berbeza kualiti gambar yag berbeza, gambar pertama guna kamera honor vs gambar kedua, guna oppo


Advertisement:

Khamis, April 20, 2023

gerak ke Tumpat

Pagi ni gerak ke Tumpat, dalam pukul 11 pagi, check out awal sikit dari hotel. 
Kaki aku masih sakit. Macam mana nak beraya kalau macam ni.

Sebelum sampai di Telaga Bata aku terus gi klinik haydar Ali di Chabang 4. Mujurlah sempat sebab dia nak tutup waktu asar. 

Doktor Haydar Ali (yang otai) telah beri ubat Antibiotik dan ubat bengkak beserta vitamin. Aku tak pasti vitamin apa, tapi besar la. Semua sekali rm28. 

Terasa bagai masa terhenti di Tumpat ini. Kalau kat Kajang sana demam biasa pun dah kena 100 lebih. 

Sampai di Telaga Bata elektrik tak ada, sampai 7 lebih dekat waktu berbuka barulah kembali ada. Terima kasih Cik Na tolong masakkan nasi dan bawa dari rumah dia. 
                   ads :gshock gshock gshock

Buka puasa ma masak daging gulai. Lama tak makan gulai ma. 

Kaki dah beransur baik (tak sakit) cuma luka belum pulih. Masih pedih. 

Rabu, April 19, 2023

ke Kuala Terengganu pagi ni.

Hari ni aku dah start cuti. 28 Ramadhan 1444. Maka dengan lafaz Bismillah.... kita slow slow bergerak pulang ke kampung. Kampung aku di Kelantan. Tapi nak singgah dulu di Kuala Terengganu. 

Naik kereta adik aku, doktor Iza, Toyota Yaris.

Kebetulan pula kali ni ada Toll free sempena Raya. Jadi banyak boleh jimat. 

Gerak pukul 8 juga dari Kajang. Lalu ikut Kuala Pilah dan Batu Kikir. Seterusnya naik LPT di Gambang. Dalam pukul 4 pm sampai di Kuala Terengganu. Lepak dulu sini. Berbuka dan sahur semua. 

Kami Berbuka di tempat famous di KT iaitu kawasan dataran Syahbandar. Banyak gerai jualan juadah berbuka, orang pun sangat ramai. 

Ramai yang berbuka kat dataran dan berkelah tepi sungai..kami tak bawa tikar. Nasib baik la kawasan tu ada juga pangkin tempat lepak, jadi kami berbuka situ je. 

Solat maghrib di masjid Zainal Abidin, dekat dekat situ juga. Dekat situ ada kedai jual samping raya juga. Kebetulan aku tak bawa samping. Tapi tu la harga agak mahal, nak pakai sekejap je pagi raya. 

Lepas maghrib ke KTCC pula. Lepas minum kopi di Nasken Coffee baru balik hotel. Kaki waktu ni tengah sakit yang amat. Terhincut hincut jugak la jalan. 

Waktu dinihari nak bersahur susah cari kedai yang buka, akhirnya ke 7 E. Bi dan anak makan meggi dalam cup. Aku pulak hanya makan roti dan kurma

Hidup lagi bandar KT walaupun awal pagi, cuma kedai makan habis sebab kami lewat sangat. 3 am last katanya. 

Esok InshaAllah gerak balik Kelantan.

Selasa, April 18, 2023

mood raya dah semua ya


Raya raya juga. Kesihatan kena jaga. Cara paling mudah ialah dengan berjemur sekejap di bawah sinaran mentari pagi. Vitamin D secara natural. Aku belajar ni dari cancer survivor, dr Noordin Darus. 

Orang dah ada yang mula balik Raya awal. Gombak jem teruk dengarnya. Ada yang buat jalan masa ni. 

Zakat Fitrah tahun ni bayar dengan applikasi Touch N Go. Alhamdulillah dah beri duit raya pada orang tuaku. 

Hari ni dah tak ada tazkirah jemputan di surau GMI. Ustaz Husni siap berbaju melayu. Mood raya benar benar terasa kehangatannya. 

Aku harap raya kali ini kami akan dipermudahkan perjalanan dan urusan. PMX sudah umumkan toll free bermula 19-21 dan 24 April.

Tapi bulan Mei mencabar tu, lambat lagi nak dapat gaji. Kena rancang kewangan dengan baik. 

Isnin, April 17, 2023

raya semakin dekat

Berdebar juga rasa hatiku setiap kali menjelang lebaran. Maklumlah banyak hal yang perlu dipastikan. Perantau adalah watak utama setiap kali lebaran menjelma. 

Kepada para perantau yang akan pulang ke kampung, aku ucapkan selamat balik kampung. Rancanglah perjalanan dengan baik, maklumlah jalan raya lebih sesak berbanding hari hari biasa. 

Isi touch n go (secara online) dan rfid juga. Pastikan smart tag masih ada batteri. Nak lagi best beli batteri yang rechargeable

Kereta pula, pastikan dalam keadaan baik. Ok, minggu ni minggu raya. Mood kerja mungkin dah tak ada. 

Petang aku melala sampai lajak maghrib. Buka puasa lewat sikit, tak apalah sekali sekala kan. Sampai brader tu siap bagi aku air la. 

Ahad, April 16, 2023

raya dah dekat

Semakin terasa bahang Aidilfitri. Aku kena cepat decide. Kereta apa nak pakai balik kampung nanti. Nak pinjam kereta adik. Atau keretaku sendiri yang uzur.

Gaji sepatutnya 26 tapi hari ni baru 16 sudah masuk. Bayangkanlah macam mana kalau urus duit gaji dengan salah. Tersalah kira kira. Merana beb nak menunggu gaji seterusnya. 

Buka puasa masjid hijau Bangi. Jumpa Hairol. Duduk sebelah je. Itulah aturan yang di luar jangkauan kita. 

Sabtu, April 15, 2023

4 kali neb


Sabtu buka puasa kat mana gang?
Dah dekat nak raya ni. Zakat fitrah dah bayar ke semua. Balik kampung hati hati. Servis kereta semua ya. Topup touch n go, pastikan smart tag dalam keadaan baik. Nak lagi best beli terus RFID

Dinihari tadi aku sampai 4 kali neb. Mungkin sebab aku buka puasa makan ter over di mz garden semalam. Kena control makan la orang yang selalu semput macam aku. Lepas subuh tidur tak buat apa. 

Sebenarnya kan, aku berkenan la pulak dengan motor Honda Vario 125. Sebab terbaca review kat blog paultan. Harga 7 k beb. Boleh tahan. 

Petang keluar ke Cyber, mana lagi tempat Depulze je la. Tapi sempat juga ke Shaftsbury Square usha lorong belakang. 

Berbuka di masjid Raja Haji Ali Cyberjaya.
Nasi dah tinggal 2 je, untuk Bi ada nasi bungkus. Alhamdulillah. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.