Naik kereta adik aku, doktor Iza, Toyota Yaris.
Kebetulan pula kali ni ada Toll free sempena Raya. Jadi banyak boleh jimat.
Gerak pukul 8 juga dari Kajang. Lalu ikut Kuala Pilah dan Batu Kikir. Seterusnya naik LPT di Gambang. Dalam pukul 4 pm sampai di Kuala Terengganu. Lepak dulu sini. Berbuka dan sahur semua.
Kami Berbuka di tempat famous di KT iaitu kawasan dataran Syahbandar. Banyak gerai jualan juadah berbuka, orang pun sangat ramai.
Ramai yang berbuka kat dataran dan berkelah tepi sungai..kami tak bawa tikar. Nasib baik la kawasan tu ada juga pangkin tempat lepak, jadi kami berbuka situ je.
Solat maghrib di masjid Zainal Abidin, dekat dekat situ juga. Dekat situ ada kedai jual samping raya juga. Kebetulan aku tak bawa samping. Tapi tu la harga agak mahal, nak pakai sekejap je pagi raya.
Lepas maghrib ke KTCC pula. Lepas minum kopi di Nasken Coffee baru balik hotel. Kaki waktu ni tengah sakit yang amat. Terhincut hincut jugak la jalan.
Waktu dinihari nak bersahur susah cari kedai yang buka, akhirnya ke 7 E. Bi dan anak makan meggi dalam cup. Aku pulak hanya makan roti dan kurma.
Hidup lagi bandar KT walaupun awal pagi, cuma kedai makan habis sebab kami lewat sangat. 3 am last katanya.
Esok InshaAllah gerak balik Kelantan.