Ahad, Mac 19, 2023

nak melala tapi

Tapi apa... Ha ha.

Plan aku sebenarnya sama ada nak kayuh LalaMove atau, nak buat Dash, salah satu. Semua tak jalan. 

Ok lah, aku mengaku. Itulah, aku sebenarnya malas dan penat bercampur takut. Ada customer suruh hantar kerusi la. Takut aku tak larat angkat. Dash pulak, takut sebab kali pertama dan kawasan pun takut bukan bukan. 

Pagi pagi aku ke pasar Kajang cari lauk. Mujur sempat lagi beli daging batang pinang. RM 40 juga sekilo. Kalau peha RM 36 sekilo. 

Sebelah petang kami pergi ke Metro Point Kajang. Pergi kedai kopi je aku pandai. Beli vitamin dan cherry. Puasa dah dekat. 

Sabtu, Mac 18, 2023

sabtu yang sunyi

Kerja pun susah. Lepak rumah pun susah. 
Anak dah masuk asrama. 
Yang kecik pula tak lekat rumah. Tengahari baru balik. Sunyi. 

Petang keluar ke Cyberjaya. Pergi cari makan di Depulze. Kononnya nak makan ramen Jepun atau Korea. Tak banyak pilihan kat sini. Kalau IOI banyak la. 

Lepas makan tengok cerita. Shazam je yang boleh. Aku bukan tengok sangat pun, lebih kepada layan mata. Lepas tu makan lagi. 

Nak balik kena topup touch n go dulu sebab nak bayar parking Depulze. Baki dah tinggal 2 ringgit je. 

Nasib baik ada kedai mynews yang boleh topup. Susah juga pakai kad touch n go fesyen lama ni. 

Sekarang sudah ada kad sistem baru yang boleh topup secara online. Memang sangat berguna dan membantu jimat masa kalau ada benda ni. 

Kalau emergency tak cukup duit pun masih boleh sebab online, boleh pakai kredit dulu. Kad touch n go nfc nama dia. 

Sabtu yang tidak produktif bagi aku. 

Jumaat, Mac 17, 2023

semoga matahari membantu

2 pam malam tadi dalam pukul 3am. Tarik nafas rasa tersekat dan otot paru paru struggle.
Tiba awal di tempat kerja. Matahari memancar indah. 
Malam hantar Irfan ke Kelantan bas jam 9 pm. 
Kali ni tak kena tinggal bas. Nasib baik sempat beli tiket. Ramai juga rupanya balik Kelantan bila sekolah buka balik.

Sesak dengan manusia dan kenderaan. 

Khamis, Mac 16, 2023

semput dan bersin

Pagi pagi agak semput dan bersin. Cuba elak guna neb. Otot yang kawal paru paru rasa penat dan perit.
cubit cubit sayang oleh Bi.
4 lebih turun. 
Ajak Pie. 
Tewas 3 4.
Kena berlatih lagi. Dapatkan meja ping pong.

Rabu, Mac 15, 2023

jom kerja

Start kerja.
Malam pam 2 nak tidur. 
2 pam bangun tidur. Risau aku, dah betul bergantung pada neb je ni kalau nak bernafas dengan lancar. 
Bergantung pada neb, sejenis dadah. 
Baru boleh bernafas. 
Asma patient je faham.

Ada internal audit hari ni. Aku layankan. 

Pukul 500 aku turun. Dah tak boleh layan kerja. 
Layan dengan quartet biasa. 
After office layan dengan Lan. 

Selasa, Mac 14, 2023

termenung di Kajang

Pagi pagi aku batuk, 
dan bersin.

Tak ada apa nak buat. Masih cuti. Bi meeting di UKM pergi dengan rakan dia.
Aku periksa kereta. Macam tak confident nak balik raya. Tu la. Duit dah banyak repair. Repair lagi pakai duit lagi. Mungkin aku terpaksa pinjam kereta adik adik.

Dalam 11 aku bawa anak2 gi potong rambut.

Lepas tu ke Metro Point Kajang. Nak ambik seluar. Tukang jahit kata tak siap. Dah agak dah. Simple jer kerja jahit. Itu pun tak boleh. Malas la nak cakap.

Merugikan masa  customer. Rumah dekat tapi bukan senang nak pergi. Bayar parking dan layan jem. Adoi.


Gambar selepas potong rambut guna mesin oleh uncle Kajang Utama. 

2 55 Bi sampai rumah, dari UKM.

Cuba baca buku bergaji dan pokai oleh Suraya Zainudin. Buku berat, lambat sikit nak hadam. 
Petang layan starbuck dengan Bi. Bi yang belanja. 

Esok. Kerja pulak. 

Isnin, Mac 13, 2023

gerak ke kajang pagi ni

Malam tadi aku batuk agak teruk. Wife paksa, jadi aku neb juga dua kali. 

Pam ni untuk asma. Aku tak lelah, cuma batuk teruk. Tapi lepas pam batuk tu reda sikit. 

Esok paginya lepas salam dan kucup ma dan abah, dalam pukul 8 lebih kami tweus gerak. Ini lebih kurang timing pergerakan dia. 

9 50 ada di Kuala Krai.
12 00 Gua Musang berhenti Mc Donald yang baru siap di rnr ni. 

3 30 Bentong, solat masjid baru Bentong
6 00 di Petron sikit lagi nak exit Kajang Tesco. Berenti jap Irfan nak ke tandas.

6 21 Metro Point Kajang, makan dulu sebelum balik rumah. Makan mee tarik
9 00 Sampai rumah.


Nak sampai ke Gua Musang ada rasa mengantuk sikit sebab dia je jauh. Pekan 2 lain ok jer la. Kena kuat sikit fasa ke Gua Musang. Pekan lain dia tak jauh sangat. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.