Selasa, Mac 14, 2023

termenung di Kajang

Pagi pagi aku batuk, 
dan bersin.

Tak ada apa nak buat. Masih cuti. Bi meeting di UKM pergi dengan rakan dia.
Aku periksa kereta. Macam tak confident nak balik raya. Tu la. Duit dah banyak repair. Repair lagi pakai duit lagi. Mungkin aku terpaksa pinjam kereta adik adik.

Dalam 11 aku bawa anak2 gi potong rambut.

Lepas tu ke Metro Point Kajang. Nak ambik seluar. Tukang jahit kata tak siap. Dah agak dah. Simple jer kerja jahit. Itu pun tak boleh. Malas la nak cakap.

Merugikan masa  customer. Rumah dekat tapi bukan senang nak pergi. Bayar parking dan layan jem. Adoi.


Gambar selepas potong rambut guna mesin oleh uncle Kajang Utama. 

2 55 Bi sampai rumah, dari UKM.

Cuba baca buku bergaji dan pokai oleh Suraya Zainudin. Buku berat, lambat sikit nak hadam. 
Petang layan starbuck dengan Bi. Bi yang belanja. 

Esok. Kerja pulak. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.