Sabtu, Mei 27, 2023

jom ke pasar


Beli daging jenis batang pinang. 
Rm 44 sekilo. Batang pinang kat pasar Kajang ni aku suka beli sebab dia lembut bila makan. Sesuai la untuk aku yang suka daging lembut. 

Ayam separuh 
10.90

Sayur brokoli
8.50

Bawa rm90 baki rm20. 

Kalau malas nak beli kat pasar, boleh beli daging kat shopee.. 

Petang ke pasar Evo Bangi pula. 
Harga susu pekat manis FN dah naik 4 ringgit lebih. 

Malam ambil Irfan yang sampai dengan bas dari Kota Bharu. Naik bas Mutiara. 

Jumaat, Mei 26, 2023

mimpi, lucid dream

Bila aku terbangun pada awal pagi, sekitar 4 ke 5 pagi dan amik neb, biasanya aku akan alami lucid dream selepas itu. 

Berikut adalah lucid dream tersebut, setakat yang aku dapat ingat. 

- (masa aku taip ni, bi surah buat sesuatu, akibatnya bila aku terus menaip dia mengamuk) 
---------------------------------------------------------------
Aku hadir jamuan raya, tapi duduk tepi birai je dengan student, sebab aku dah beritahu tak hadir. Staff lalu aku buat buat tak nampak. 

Ada staff baru yang macam aku, kaki pong pong. Aku tegur dia

Dia duduk tempat yang pelik namanya macam teluk apa ntah katanya. 

Bila Bi lalu tepi aku cuba nak impress dengan student pulak. 

Pergi ke negara asing dengan abah. Ada bas datang dan buat U turn. Pun aku cuba nak impress.

Bas tu macam ada beberapa biji dan ada pemandu bas yang tak puas hati. Tiba2 ada satu bas yang tiba dengan laju. 

Lepas tu tiba2 ada kat KL. Dengan hutan misteri. Ada kereta tergantung. Suasana pun pelik semacam. Tapi aku suka suasana tu. 

Itulah mimpi.

Bila ambil neb memang aku akan alami gangguan dari sudut saraf, selalu alami mimpi mimpi pelik yang lucid.

Agaknya itulah kesan ubat neb (a type of drug) pada otak dan saraf. 

-------------------------------------------------------------------
Iklan POCO 

Petang lepas solat jumaat terus ke KT 3 untuk siap dewan world skill belia. 

Kena angkat kerusi meja juga lah. Boleh tahan la banyak. Itu ada bantuan tu. Sorang student. 

Ahad je aku akan turun bertugas. 


Khamis, Mei 25, 2023

Transformasi Korea Selatan


Tahukah anda, Korea Selatan (seterusnya disebut Korea) adalah antara negara Asia yang mengalami transformasi yang agak besar dan radikal?

Sebagai perspektif, seawal tahun 1960an negara Korea adalah negara pertanian yang miskin, lebih miskin dari Yaman dan Haiti (Etopia). GDP Korea ketika itu hampir sama dengan negara Rwanda saja.

Namun menjelang 1980an, negara Korea mula bangkit dari status negara pendapatan rendah kepada negara kelas pertengahan. Ini berlaku bila Korea mula membuat polisi ekonomi yang berorientasikan eksport.

Korea melabur dalam penyediaan fasiliti bagi industri berat, kimia dan elektronik. Mereka mengeksport bahan seperti skrin dan komponen elektronik. 

Sejak itu kadar GDP Korea terus naik, secara purata melebihi 8% setiap tahun.

Bermula dari GDP US$2.7 billion pada 1962 kepada US$230 billion pada 1989, lalu mencecah paras trillion dollar US pada awal 2000s. 

Kemuncaknya, pada tahun 2016 Korea berada pada tangga ke 11 keseluruhan ekonomi dunia berdasarkan GDP.

Siapa yang boleh lupa zaman internet mula pesat naik seawal tahun 2000an, handset jenama Samsung adalah penanda aras no 1 bagi pembeli telefon bimbit ketika itu.

Samsung jauh mengatasi jenama seperti Sony Ericcson dan Nokia yang mulai berkubur. 

Samsung bukan sekadar telefon bimbit, tapi TV flat, komputer riba, mesin basuh dan segala macam alatan electronic tercanggih. 

Selain Samsung, syarikat elektronik besar seperti LG juga berasal dari Korea. Hyundai, Kia adalah sekadar menyebut beberapa nama yang masyarakat kenal, tapi sebenarnya banyak lagi syarikat besar Korea seperti SK dan CJ.

Hingga hari ini pun jenama Samsung masih gah. Harga phone Samsung cecah RM4000, belum jatuh walaupun ada saingan dari telefon Apple dan segala brand Cina. 

Nak tahu bagaimana Korea bangkit?

Berikut adalah antara faktor kebangkitan Korea. Mungkin kita boleh belajar sesuatu. 

1. Dasar kerajaan Korea yang merancakkan iklim perniagaan. 

2. Dasar kerajaan Korea yang menggalakkan inovasi. 

Dana besar digunakan untuk RnD. Bahkan pembangunan RnD Korea mengatasi USA dari sudut pertumbuhan. 

3. Dasar kerajaan Korea yang memastikan kontrak dipatuhi dan hutang dibayar.

4. Rakyat Korea juga secara umumnya benci pada budaya rasuah.

Kes feri Sewol pada 2014 menjadi simbol bila rakyat Korea bersatu membuatkan bukan saja syarikat Sewol terduduk, malah president Korea sendiri ketika itu terpaksa meletak jawatan. 

Bank Dunia pada 2018 meletakkan Korea Utara sebagai No4 paling mudah berbisness, lebih tinggi dari US, China dan Jepun.

Bukan saja Korea mengeksport teknologi, malah budaya Korea juga menjadi ikutan dan kegilaan seluruh dunia.

Bermula tarian kuda Psy, Gangnam Style yang memecah rekod YouTube.

Budaya muzik K Pop menjadi kegilaan. Drama Korea, Black Pink, Running Man, Squid Game, apa saja Korea buat menjadi trend, bahkan melancong ke Korea menjadi simbol cinta!

Alat solek Laneige adalah dari Korea.. 
Hail Husaini dah bertukar muka Korea. Kalau buat pembedahan plastik, kena pergi Korea. 

Kemuncak kepopulariti budaya Korea ini terbukti bila Casio, sebuah syarikat Jepun telah melantik kumpulan KPop Itzy (gambar) sebagai duta BabyG / GShock, sebuah simbolik yang bukan kecil bagi syarikat Jepun yang begitu lama dan penuh tradisi.
Itzy Band

Oh ya, esok di acara Lima, TUDM akan mematerai perjanjian membeli 18 biji pesawat tempur FA-50 buatan Korea!
Korea juga maju dari segi ketenteraan.

Contoh jelas bila Syarikat Hyundai juga membuat kapal ketenteraan sendiri. 
Kredit Gambar : ASEAN Security Observer.

Ramai pemerhati ekonomi telah meramalkan bahawa Korea akan memotong ekonomi Jepun dari sudut GDP jika Jepun tidak melakukan perubahan. 

Badan dunia seperti IMF meramalkan bahawa Korea akan memintas Jepun dari sudut ekonomi, sepenuhnya pada 2026.

Begitulah 

감사합니다

Ahmad Sadli Ibrahim. 
x staff Amkor. 
(American Korea)

Tahniah Irfan

Irfan dapat anugerah pengetua MRSM. Aku tengok live fb je. Abah (atuk Irfan) yang pergi ke sana.
Siap ada performance nyanyi tu. Cuma kesian student kena tengok lirik susah benar sebab tak ada skrin depan. 

Lepas zuhur turun level4. Ada student ambil barang. Kemudian terus sambung ko ko pukul 5. 

Lan sampai pukul 6. 

Rabu, Mei 24, 2023

Bekerja kuat seperti Korea


Di negara sebelah Asia, kita memang tahu bahawa rakyat Jepun dan Korea sememangnya terkenal dengan budaya kuat bekerja. 

Kali ini kita fokuskan pada Korea. 

Di Korea, suasana dan tekanan kehidupan itu sendiri menyebabkan keadaan tempat kerja seolah olah menjadi sebuah medan pertarungan siapa yang paling hebat, kreatif dan produktif. 

Pemenangnya pasti akan meraih kekayaan dan kemasyhuran. 

Secara tak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada mental. Ya kita faham material, wang dan kebendaan itu penting, tapi mental yang sihat juga penting.

Korea adalah antara negara yang mencatat angka kematian akibat bunuh diri yang tinggi. Mereka yang membunuh diri adalah golongan muda yang masih panjang perjalan kehidupan. 

Mereka juga kadang kadang adalah artis popular yang sedang sukses dalam kerjaya. Kenapa ini boleh berlaku?

Satu hakikat yang kita perlu faham. Semakin banyak duit yang kita kumpul bukan berarti semakin gembira kehidupan kita. 

Kerana gembira itu adalah keputusan diri kita sendiri. Gembira adalah pilihan. Maka, kita harus belajar untuk sentiasa memilih untuk gembira. 

Kaya pun gembira. Tak kaya sangat pun gembira. Menang gembira, kalah cuba lagi, atau jangan putus asa. Permainan ciptaan manusia tapi perasaan kita yang kawal. 

Ada orang yang fikir untuk menjadi kaya harus bekerja kuat. Ya, itu mungkin ada betulnya. 

Tetapi untuk kaya kita perlu tahu bahawa kaya itu terletak pada nilai. Kalau pada kerja kuat semata, kerbau juga kerja kuat.  

Jadi nilai apa yang boleh kita tawarkan. Semakin banyak nilai yang kita boleh tawarkan maka semakin kayalah kita. 

Nilai tawaran itu termasuklah nilai khidmat yang baik, nilai produk yang bermutu tinggi, nilai ilmu yang bermanfaat bahkan apa saja nilai yang orang mahu atau perlu dalam kehidupan. 

Itulah kefahaman sebenar bagaimana mahu menjadi kaya.  

Saya beri contoh nilai tawaran negara seperti Korea. 

Mereka tawarkan nilai teknologi tinggi pada produk mereka seperti Samsung, LG dan sebagainya.

Mereka tawarkan nilai kreatif yang tinggi melalui drama drama Korea. Mereka tawarkan nilai hiburan yang hebat melalui artis K Pop. 

Mereka tawarkan kualiti pada pembuatan pesawat tempur mereka. Mereka tawarkan kepercayaan pada jenama buatan Korea. 

Itulah nilai  yang membuat Korea sebagai negara kuasa ekonomi ke 11 dunia. Hingga negara Malaysia pun membeli pesawat tempur dari Korea. 

Dengan kepercayaan sebegini maka tak hairanlah bila syarikat seperti Casio dari Jepun telah melantik artis Korea, Itzy sebagai duta syarikat mereka. 

Tamat. 

==================================

Turun level 3 belanja Sepul yang tolong aku semalam grill kan mangga rumah. 
5 keping roti tampal untuk 5 orang tech. 

Alhamdulillah. 

Selasa, Mei 23, 2023

bi hilang kunci

Aku turun bawah minta tolong Saiful.
Dia datang rumah grill terus. 

Saiful siap singgah kedai DIY, suruh aku beli mangga. 

Lepas grill, buang terus mangga lama. Harga mangga baru ni dekat Rm 10 juga.

Sebenarnya aku nak cari mangga yang jenis numbering padlock. Tapi kat diy tu tak ada. Dah habis agaknya.

Balik aku nak topup minyak kereta Saiful tapi dia tak mau. 

Isnin, Mei 22, 2023

Itzy, famous K Pop from Korea


Jika anda mahu beli jam jenama casio di shopee pastikan anda ke kedai CASIO official store. Ini untuk mengelakkan anda daripada terbeli jenama Casio tiruan. 


Tahukah anda ini lah Casio Ambassador. Kumpulan k pop dari Korea. Itzy. Itzy menjadi model bagi jenama Baby g. 

Lawa je jam ni. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.