Tahukah anda, Korea Selatan (seterusnya disebut Korea) adalah antara negara Asia yang mengalami transformasi yang agak besar dan radikal?
Sebagai perspektif, seawal tahun 1960an negara Korea adalah negara pertanian yang miskin, lebih miskin dari Yaman dan Haiti (Etopia). GDP Korea ketika itu hampir sama dengan negara Rwanda saja.
Namun menjelang 1980an, negara Korea mula bangkit dari status negara pendapatan rendah kepada negara kelas pertengahan. Ini berlaku bila Korea mula membuat polisi ekonomi yang berorientasikan eksport.
Korea melabur dalam penyediaan fasiliti bagi industri berat, kimia dan elektronik. Mereka mengeksport bahan seperti skrin dan komponen elektronik.
Sejak itu kadar GDP Korea terus naik, secara purata melebihi 8% setiap tahun.
Bermula dari GDP US$2.7 billion pada 1962 kepada US$230 billion pada 1989, lalu mencecah paras trillion dollar US pada awal 2000s.
Kemuncaknya, pada tahun 2016 Korea berada pada tangga ke 11 keseluruhan ekonomi dunia berdasarkan GDP.
Siapa yang boleh lupa zaman internet mula pesat naik seawal tahun 2000an, handset jenama Samsung adalah penanda aras no 1 bagi pembeli telefon bimbit ketika itu.
Samsung jauh mengatasi jenama seperti Sony Ericcson dan Nokia yang mulai berkubur.
Samsung bukan sekadar telefon bimbit, tapi TV flat, komputer riba, mesin basuh dan segala macam alatan electronic tercanggih.
Selain Samsung, syarikat elektronik besar seperti
LG juga berasal dari Korea. Hyundai, Kia adalah sekadar menyebut beberapa nama yang masyarakat kenal, tapi sebenarnya banyak lagi syarikat besar Korea seperti SK dan CJ.
Hingga hari ini pun jenama
Samsung masih gah. Harga phone Samsung cecah RM4000, belum jatuh walaupun ada saingan dari telefon Apple dan segala brand Cina.
Nak tahu bagaimana Korea bangkit?
Berikut adalah antara faktor kebangkitan Korea. Mungkin kita boleh belajar sesuatu.
1. Dasar kerajaan Korea yang merancakkan iklim perniagaan.
2. Dasar kerajaan Korea yang menggalakkan inovasi.
Dana besar digunakan untuk RnD. Bahkan pembangunan RnD Korea mengatasi USA dari sudut pertumbuhan.
3. Dasar kerajaan Korea yang memastikan kontrak dipatuhi dan hutang dibayar.
4. Rakyat Korea juga secara umumnya benci pada budaya rasuah.
Kes feri Sewol pada 2014 menjadi simbol bila rakyat Korea bersatu membuatkan bukan saja syarikat Sewol terduduk, malah president Korea sendiri ketika itu terpaksa meletak jawatan.
Bank Dunia pada 2018 meletakkan Korea Utara sebagai No4 paling mudah berbisness, lebih tinggi dari US, China dan Jepun.
Bukan saja Korea mengeksport teknologi, malah budaya Korea juga menjadi ikutan dan kegilaan seluruh dunia.
Bermula tarian kuda Psy, Gangnam Style yang memecah rekod YouTube.
Budaya muzik K Pop menjadi kegilaan. Drama Korea, Black Pink, Running Man, Squid Game, apa saja Korea buat menjadi trend, bahkan melancong ke Korea menjadi simbol cinta!
Alat solek
Laneige adalah dari Korea..
Hail Husaini dah bertukar muka Korea. Kalau buat pembedahan plastik, kena pergi Korea.
Kemuncak kepopulariti budaya Korea ini terbukti bila
Casio, sebuah syarikat Jepun telah melantik kumpulan KPop Itzy (gambar) sebagai duta BabyG /
GShock, sebuah simbolik yang bukan kecil bagi syarikat Jepun yang begitu lama dan penuh tradisi.
|
Itzy Band |
Oh ya, esok di acara Lima, TUDM akan mematerai perjanjian membeli 18 biji pesawat tempur FA-50 buatan Korea!
Korea juga maju dari segi ketenteraan.
Contoh jelas bila Syarikat Hyundai juga membuat kapal ketenteraan sendiri.
Kredit Gambar : ASEAN Security Observer.
Ramai pemerhati ekonomi telah meramalkan bahawa Korea akan memotong ekonomi Jepun dari sudut GDP jika Jepun tidak melakukan perubahan.
Badan dunia seperti IMF meramalkan bahawa Korea akan memintas Jepun dari sudut ekonomi, sepenuhnya pada 2026.
Begitulah
감사합니다
Ahmad Sadli Ibrahim.
x staff Amkor.
(American Korea)