Ahad, Jun 11, 2023

lukisan hidup


Ada cubaan mencuri motor aku. Habis tempat kunci kena korek sampai rosak tak boleh masuk kunci. 

Namun masih selamat kerana kunci honda yang kuat. Cuma kunci dah rosak, kena ganti lain. Dah order kunci baru kat shopee.

Motor aku angkut pakai van lalamove. Upah rm20.

Petang keluar ke KL, Menara Public Gold di TRX. 



Sabtu, Jun 10, 2023

kat rumah serabai


Pagi beli daging rm44 di pasar. Bawa 100 tinggal 20 lebih. 

Hantar kereta ke bengkel. Dah terlebih km tempoh masa untuk tukar minyak hitam. Aku tunggu selama boleh. 

Beritahu sekali pasal enjin bising. 

Pomen kata ekzos bocor atau masalah melibatkan ekzos la pulak. Patutlah bunyi kereta aku macam ekzos kena bikin. Menderam semacam. 

Kos mungkin 2 ke 3 ratus.

Alhamdulillah Petang 3 lebih selesai. Bagus dia buat enjin dah senyap. Rm250 kos. Senyap enjin semasa aku bawa balik.

Jumaat, Jun 09, 2023

pam lepas subuh


Sebelum subuh memang asma datang. 
Cuba berdegil tak mahu neb. Tapi tak boleh. 2 kali neb selepas subuh. 
Lepas solat jumaat kepala pening sikit. Effect neb kot. Atau effect duduk lama. 

Hanya melihat maksak game menerusi live fb je. Game maksak kali ni kat Kuantan. Semua nampak kuat. Shakirin ada wakil ATM, Bobot pun ada wakil Penang. 

Lepas asar aku memang nak turun tapi terlayan la pulak officer dari cimb. Dah sedar2 520 dah. Bila turun bawah 530 Sam pun tanya mana, bz ke. Ha ha yalah bz sangat. 

Teringin la nak pakai mini PC macam dalam gambar kat atas ni. Ada PC macam ni baru best sikit layan nasdaq stock malam malam. 


Khamis, Jun 08, 2023

belanja naz dan hairul pula


Khamis. Macam biasa, aku jaga fyp Electronic lepas makan tengahari. 

Student nak pakai bilik depan aku. Bagi jer lah.

Aku panggil hairul datang sebab beli lebih sikit sarapan. 

Rabu, Jun 07, 2023

kerja, buat ibadat


Instead of pakai baju korporat GMI pada hari rabu, aku pakai baju dari JPT. Ok la sebab ada juga tulisan GMI. 

Kerja pun ibadah juga kan. Jadi apa salahnya kalau kita buat kebaikan. 

Order grab. Makan tosai, roti canai. Di Level 3. Panggil Mai sekali. Saiful, Asri dan Naz. Shamsul Mazli tak ada, dia keluar. 

Pakai neb pencegah, so malam tadi tak asma tapi siang kepala macam pening sikit. 

Selasa, Jun 06, 2023

kerja, buat muka comel la


Hari ni start kerja. Malam tadi pakai neb pencegah warna kuning 2 pam. So malam tadi tidur ok la tak ada gangguan asma.

Petang turun waktu asar. 
Dengan Lan masih agak sukar nak menang. 



Isnin, Jun 05, 2023

hidung pedih juga


Cuti Birthday YDP Agong

Dinihari neb 2 kali. Terpaksa buka neb baru dari kotak yang biru sebab firas dah bawa bersama ke rumah sepupu dia.
Bergambar dalam IKEA
Petang keluar cari makan di Mytown Cheras. Makan di Boat Noodle. Lepas makan pusing2 IKEA. 

Balik dari KL terus ke Sungai Tangkas ambil Firas di rumah sepupu dia. 
Azizi ada. Lepas balik Sungai Tangkas singgah makan malam di Bangi Avenue. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.