Sabtu, Jun 17, 2023

green saturday


Settle motor hari ni. Upah kedai pasangkan set kunci rm30. 
Upah angkat motor rm20. 

Bro kedai CK Chong buka kedai dalam 930. Aku sampai awal dalam 9 00 am lagi. 

Semua ok. Cun dia buat. Perfect lah, seat pun function elok. 

Cuma side mirror je la pecah. Itu lagi dalam 20 kalau nak beli. 

Syukurlah. 

Jumaat, Jun 16, 2023

misty morning


After a cold drive, this is what a misty morning look like.

Pagi ni ada gotong royong la. 
Solat jumaat jumpa Rahmat, dia ucap tahniah.
Hebat betul Rahmat ni dapat info mana tah.

Im still in a mix feelings. Don't know how to react, with limited info. 

Khamis, Jun 15, 2023

Gmi got new MD today


A new beginning or shall we say, a new era for GMI today when a brand new MD start clocking in today. 

He started his stint here without waiting any seconds, straight he went off to the ground, visiting our labs and facilities. What an impressive guy he is. 

So welcome and lots of respect to you sir, our new boss. I heard he wanted us to call him as CEO, not the usual title, MD. 

So that's it. Our new CEO, Haji Ahmad Solihin. Welcome sir. 

Waktu rehat DMD Fahrul bisik sesuatu kat aku. Katanya dia pilih nama aku untuk "bantu" seksyen amp. Bantu bagaimana dan apa skop kerja tu, aku sendiri tak tahu. 

Minggu ni nampaknya terus aku pergi kerja naik kereta, Isnin sampai Jumaat. 

Kos minyak dalam rm 50 juga. Kalau naik motor dalam rm5 saja. 10 kali ganda peningkatan kos. 





Rabu, Jun 14, 2023

Rambut panjang sudah


Pagi tak asma. Tapi ada juga kahak sikit2 dan gatal tekak. Asma under control la ni. 

Hari ni ada exam student. Jumpa dengan Erl. Katanya nak datang nak tanya rules ping pong, direkomen oleh Safa. Mana El ni tak nampak pun.

Mata pun dah minta shut down ni. Mengantuk benar dah dia.

Petang jumpa Lan. 2 Set akhir tewas. 

Selasa, Jun 13, 2023

pagi tak asma


Pagi ni ok, tak ada serangan asma yang datang, biarpun aku tak pakai pam pencegah. 

Malam tadi makan daging goreng dan sayur lobak merah sikit. 

Pagi sarapan dengan tosai, beli sekali untuk bro Naz. Macam semalam, aku order Teh tarik. Bro Naz pula aku belikan Milo sebab dia tak boleh minum teh. 

Dekat Pukul 5 aku turun. Dengan Lan aku tewas hari ni. Lan tak memberikan ruang. 

Isnin, Jun 12, 2023

kenyang, Alhamdulillah


Abg Naz datang tapi nak minta balik awal nak bawa wife ke klinik. Kata che Ta apply saja EL. 

Lepas bro balik aku order teh tarik, tosai dan roti. Lepas aku siap makan, Saiful call ajak makan lagi. Kiranya agak banyak la sarapan hari ni. 

Jadi aku makan lagi, pusingan kedua. 
Roti pisang pulak. Dengan kopi jantan ais. Minum separuh jer. 

Petang aku berlatih ping pong dengan Lan.

Ahad, Jun 11, 2023

lukisan hidup


Ada cubaan mencuri motor aku. Habis tempat kunci kena korek sampai rosak tak boleh masuk kunci. 

Namun masih selamat kerana kunci honda yang kuat. Cuma kunci dah rosak, kena ganti lain. Dah order kunci baru kat shopee.

Motor aku angkut pakai van lalamove. Upah rm20.

Petang keluar ke KL, Menara Public Gold di TRX. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.