Rabu, Jun 28, 2023

cuti sudah mula

Hari ni my Institute is half day but already I applied full leave till monday. So a bit long holiday. 

Lepas cuti ada assignment ping pong dan juga kerja. Katanya kena bantu AMP bahagian hostel. Kita layankan aje. 

Petang ke ioi. 
Ada ke gaya model Levi's

Selasa, Jun 27, 2023

tampal tayar


Tengahari keluar jap untuk tampal tayar kereta estima adik aku, Iza yang bocor asyik tak ada angin.

Abah siap nak ikut sekali. Kedai dekat je kat jalan Reko. Memang ada paku kat tayar, sebab tu dia bocor kecil. Pomen tolong tampalkan. Kena rm10, abah tolong bayarkan. 

Petang tengku datang. Pie roger tak dapat nak turun. Turun 530. Lan ada. Lan kata kena jaga asrama student selama 2 bulan. Oh ya ke. 

Isnin, Jun 26, 2023

pay day, enough or not


Isnin yg di tunggu tunggu, he he sebab hari gaji di penghujung bulan. 

Petang turun awal sikit. 
Pie ada. Lan ada.

Abang Naz semangat beritahu, gaji masuk awal pagi. Tengahari aku keluar ke pos bayar pajak. Nampak kereta Abg Naz situ, tapi tak nampak pula kelibat dia. 

Lepas siap urusan Pos terus makan kat kawasan situ juga. Boleh tahan harga makanan kat sini. Belas ringgit juga walaupun makan basic jer, air kosong dan pisang sebiji. Rasa serik pun ada. 

Petang baru singgah rumah iza. Ma masak mi goreng. Habis juga la sepinggan

Ahad, Jun 25, 2023

ping pong balakong jom

Dalam perjalanan ke Balakong hari ni tersesat masuk jalan motorsikal. Tak perasan kot Google map dalam mode motorsikal

Nasib baik ada brade yang tolong undurkan kereta aku. Dalam keadaan agak panik memang aku agak lambat. Dah nampak jalan dia lain macam, sempit semakin kecil. Tak sangka mode salah rupanya, tapi percaya juga kat google kan. 

Grup stage menang 2 kali kalah sekali.

Pusingan kedua tewas walaupun lawan hanya lambung lambung. Aku ok jer. Tak perlu nak terlalu fikir. Aku pun sebenarnya nak habiskan game grup je. 

Sabtu, Jun 24, 2023

makan ramen

Petang keluar ke Bangi Gateway makan ramen. 

Firas di rumah iza, aku hantar pagi2. Makan nasi goreng di rumah Iza. 

Malam lepas solat maghrib di masjid UKM singgah rumah iza.

Beli durian kampung. 4 biji rm 50. Isi dia ala kadar je. 

Kakak Ulya ada.

Masa berlalu pantas. 

Jumaat, Jun 23, 2023

salam jumaat


Bawa abah gi solat jumaat di surau GMI. 
Lepas solat isi angin kereta Iza. Balik singgah hantar kereta. 

Aku cakap kat bro. Naz kereta orang. 

Masa sentiasa bergerak. 

Khamis, Jun 22, 2023

Cah comes back from UK


Sedikit terkejut sebab Bulan June income PG banyak la juga. Tak jangka. 

Hari ni aku ambik cuti AL sebab nak gi ambik adik ku Cah pula kat airport. Cah balik dari UK untuk buat kenduri kahwin. 

Syukur urusan dipermudahkan.
Agak lama juga tunggu Cah. Kapal terbang mendarat dalam 11 09 am, dapat jumpa Cah, akhirnya keluar terminal hampir jam 12.
 
Balance cuti tinggal 12 hari.

Begitulah, masa berlalu setiap masa. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.