Selasa, Julai 11, 2023

la dah masuk rupanya

Duit jpt. Dapat rm100. 
Ok lah. Dari tak ada.

Patut la aku dok rasa awat la bulan ni duit aku lambat habis. 

Isnin, Julai 10, 2023

ke serdang lagi.

Cuti tinggal 11 hari. 

Doktor agak tak puas hati, dengan aku dan dengan Firas, jadi kena pergi lagi minggu depan.

Kawan kawan ping pong ku mula nak berlatih bersungguh sungguh.

InshaAllah kita cuba esok. Hari ni aku lemau sangat. Tidur siang pun mengigau. Mengigau pun pasal ping pong

Ahad, Julai 09, 2023

entah la


Entah la. Begitu lah aku. Aku dan ping pong. Lupakan penat, lupakan sakit. 

Badan masih letih. Demam masih tak reda. Tapi gagahkan jua diri untuk hadir. Bergegas selepas beli sedikit bahan basah di pasar Kajang.

Balik dalam pukul 3 pm selepas di belasah teruk oleh saudara Syamsul, brade yang pakai baju biru jenama Umbro, sama jenama baju aku pakai dari pagi. Ada je baju bawa tapi malas aku nak salin.

Sabtu, Julai 08, 2023

mara selection, hampir pitam


Pemilihan pemain untuk wakil Mara. 

Kalah 2. Kalah kepada Omar dan Pul (dalam gambar) 
Menang 2.

Badan panas, balik dah tak tahan. Terus ke klinik as salam. Doktor beri antibiotik. Kena habiskan sampai jumaat ni. 

Balik rumah tak ada orang. Lepas telan antibiotik ok sikit badan.

Pada pemerhatian ku, team selection ini memang sengit juga terutama bagi lelaki. Beberapa player memang kuat. Harapan ku agak tipis. 

Kalau nasib baik pun boleh jadi simpanan sahaja. Apa pun, aku akan cuba sokong bila tournament sebenar berlangsung nanti, InshaAllah. 

Jumaat, Julai 07, 2023

mara pre selection


Pagi Lan roger nak angkat meja. Aku dan Naz ada L11 gantung poster. 

Jumaat ambil abah pinjam kereta Yaris. Batuk agak teruk, abah suruh makan ubat.

430 turun, lepas solat terus ke dewan.

Main saja2 menang dengan Epul. 

Jom. Buat kawan2 saja. Bagi sedikit cabaran buat pemain Mara. 

Khamis, Julai 06, 2023

bersin teruk


Petang bersin teruk.

Balik kerja aku singgah speedmart beli panadol soluble. Singgah rumah iza ingat nak makan terus soluble jer. 

Tapi ma hidang nasi. Lepas makan nasi dan minum, aku lepak. Sampai rumah baru makan soluble. 

Panadol pun macam tak effect apa. Kuat betul deman aku. 

Sebelah malam. Lagi teruk. 

Rabu, Julai 05, 2023

batuk teruk


Balik kerja Cari panadol. Uphamol 650. Dekat 3 ringgit juga panadol uphamol ni.

Aku telan 2.
Bi marah sebab katanya dos tinggi.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.