Rabu, Januari 24, 2024

matahari agak segan

Pagi2 aku cuba berjemur mencari cahaya matahari, tetapi matahari agak segan pada pagi ini. Ya, maafkan aku matahari.
Mandi dah agak lewar, dah dekat 8am. Nasib baik sempat. Pagi Mai dah ajak minum tapi tak apa lah. 

Selasa, Januari 23, 2024

jom kerja

Petang 4 lebih hujan lebat juga. Terengganu dengarnya banjir juga di kawasan bandar KT. 

Balik hujan lagi, aku redah juga. Sampai rumah sedikit kebasahan. 

Isnin, Januari 22, 2024

Naz mc

Aku kerja seorang diri je sebab Naz ambil MC. Gout katanya. 
TTO minta sediakan barang student. Hari ni aku kemaskan dan kira berapa baki yang ada. Esok baru order mana yang tak cukup. 

Ahad, Januari 21, 2024

bi buat social work

Pagi2 dalam pukul 10 lebih hantar wife aku ke pusat silat hari ni, ada gotong royong bersihkan gelanggang.

Lepas habis silat, terus balik. Kami semua flat, melepak je di rumah sampai waktu asar.

Dekat waktu asar aku semput lagi, 2 kali pam.

Petang keluar cari lauk sikit walaupun duit dah kering. Cucuk 100 di atm guna credit. 

Sabtu, Januari 20, 2024

kenduri ibu Asmah

Kenduri ibu Hasmah di Melor Garden, Sungai Ramal. Ibu Hasmah ni jiran kami dan juga pengasuh anak2 kami semasa kecil. 

Lepas habis kenduri kami terus gerak pula ke Sepang untuk majlis Hi Tea di Movenpick. 

Majlis ni dijangka sampai pukul 4 petang. Lepas hantar Bi ke Movenpick aku gerak ke Banting konon nak tengok wayang sambil tunggu nak ambik Bi pukul 4. 

Tapi rupanya wayang dah bangkrup. Las pula kerja, ingat nak ajak mengopi. Nak call Herman takut dia kerja. Jadi gerak balik semula ke Kajang.

Jumaat, Januari 19, 2024

jumaat ramai tak ada

Asri belanja pagi ni tapi ramai tak ada. 
Syed Mizi, Zul, Ahmad. Bang Naz pula tak turun walaupun dah panggil.
Panggil Saiful dan Taufik mujur mereka ada. Alhamdulillah habis 6 tosai 3 teh tarik. 

Khamis, Januari 18, 2024

teruk batuk

Masih batuk dengan agak teruk sekali. Cuma tak la sampai kena nap. Tapi kahak dan lendir agak teruk. 
Pagi tak keluar matahari, segan agaknya. 
Petang dan pagi buat kerja AF. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.