Khamis, Mei 01, 2025

jamuan raya surau kipku

Harap2 tengahari ni tak semput. 

Rabu, April 30, 2025

semput pagi tadi

Sebelum pergi kerja pam 2 kali asthalin HFA. Asthalin ni yang powernya lain macam.
Tengahari kena serangan yang agak teruk juga. Nasib baik lepas tu reda. Tapi sangat menakutkan walaupun sekejap. 

Petang tak ada orang. Jadi 530pm tepat balik je lah. 

Selasa, April 29, 2025

tak berani dah tinggal inhaler

Siang pun kena standbye sekarang.
Tak tahu lah, hari ni siang mengantuk tahap gaban.
Tengahari datang serangan asma kejap. Mujur tak melarat. Tapi teruk jugalah. 

Isnin, April 28, 2025

semput hari ni

Biasa aku semput malam. 
Hari ni pagi nak gi kerja masih semput.
Pagi reda sekejap. 
Tengahari dia datang. Teruk juga la. Aku kat L4 sorang 2. Cepat2 keluar dan pergi solat zuhur. Penat juga.
Petang nak balik kena lagi. Sampai tak larat la nak turun gelanggan.
Malam pun masih ada. 

Ahad, April 27, 2025

semput yang merisaukan

Malam tadi semput teruk juga.
Berlarutan sampai siang.
Tengahari lepas zuhur gagahkan diri beraya ke rumah Cik Zul di Jenderam. 
Alhamdulillah masih berpeluang. Masakan sedap dari hasil air tangan cik Zul sendiri. 


Sabtu, April 26, 2025

Raya bersama Public Gold

Raya Event Public Gold di Menara Public Gold KL. Kami sampai lewat jadi makanan dah tak ada. Lepas tengok2 emas kami ke mytown.

Kena bantu Syed isnin ni. Alhamdulillah dia dah uruskan sendiri. Isnin lebih kepada info.

Malam pula buka akaun untuk anak2 Iza. 

Jumaat, April 25, 2025

appointment firas

Di hospital Tengku Permaisuri Nurashikin, Kajang. 

Lebih besar dan selesa. Pantas. 10 30 dah siap. Kalau hospital Kajang dulu 12 30 dok menangis lagi. 

Cuma parking je ngam ngam. Lewat sikit tak ada parking. Staff tak apa boleh chop. 

Doktor nak jumpa lagi 4 bulan. InshaAllah selepas aku balik dari Tokyo.

Balik jumaat aku beli 2 aiskrim farmfresh. Tak tahu kenapa nak aiskrim, mungkin sebab tak merasa jamuan raya tempat kerja pagi tadi. 

Petang semua tak ada. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.