Pagi aku ke Toyosu, naik bas cari library. Cantik tempat dia tapi tak sempat lepak lama sebab nak ke masjid jauh juga ni.
Dari Toyosu naik tren ke Kinsicho.
Mulanya ingat tak ada orang, rupanya aku awal. Sekali nak solat jumaat hampir tak muat masjidnya.
Lepas jumaat ingat nak menapak cari kedai makan, sekali jemaah siap beri nasi briyani siap lauk lagi.
Aku makan dekat perpustakaan Koto di Toyo, sebelum membaca dan duduk sampai petang. Perpustakaan ni kecil sikit berbanding yang di Toyosu. Tapi dia punya koleksi Agatha Christie memang gila ah.