Khamis, Mac 28, 2024

Rabu, Mac 27, 2024

Selasa, Mac 26, 2024

puasa 15

Salary day, cuma check akaun bank saja, tak sempat nak buka slip gaji. Maklumlah nak check potongan baru BKI betul ke 10 ringgit. 

Panas betul hari ni. Masa balik betul betul terasa bahang. 

Tak ada rezeki. Terpotong bunga anggur yang ranum. Nasib baik ada satu lagi gugus.

Aku asyik dok usha beg je kerja kebelakangan ni. 

Isnin, Mac 25, 2024

puasa 14

Lepas sahur semput sikit tapi tak nap. Tak sempat sebenarnya. Sudahnya semput manjang. 

Ahad, Mac 24, 2024

puasa 13

Dalam pukul 8 pagi aku keluar. Cari lauk sikit kat pasar Kajang.

Dalam pukul 10 hantar Bi ke kelas silat. Sementara dia habis kelas aku layan tidur dulu. 

Lepas ambik Bi dalam 12 30 aku terus keluar melala sampai petang. Balik lenjun redah hujan. Hu hu, siapa suruh tak sediakan raincoat


Sabtu, Mac 23, 2024

puasa 12

Ke SK Kajang Utama hadir mesyuarat pibg. Sampai agak lewat juga,tapi masih sempat. Balik mesyuarat kepenatan, tidur sehingga petang. 


Petang ada majlis tahlil dan buka puasa di surau kipku. Pukul 10 selesai solat tarawih. 

Jumaat, Mac 22, 2024

puasa ke 11

Alhamdulillah.

Balik ambik Firas solat jumaat.

Lepas jumaat bilik dah gelap. Aku book kereta axia untuk balik raya.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.