Rabu, Oktober 30, 2024

Gerak balik ke Kelantan

Sempena cuti Deepavali, balik kampung sekejap jenguk orang tuaku. Lama tak balik. 

Dalam 8 lebih baru keluar dari rumah. 9 lebih juga gerak lepas sarapan lagi. 

Yang bestnya hari ni tol free. Mujur gak highway tak jem. Ramai kerja lagi kot, dan tak sambung cuti. 

GMI hari ni kerja half day jadi aku apply je la cuti.
By the way, pewangi kereta oleh X Men ni memang stylo dan best.

Sampai di Machang aku cuba masuk ke jalan dalam untuk ke rumah Kak Ti, jiran lama aku dulu. Rupanya dia belum balik lagi dan masih di sekolah. Kami pun pergi cari sekolah tersebut iaitu SK Hamzah 1.

Selasa, Oktober 29, 2024

kurang sihat


Bro Naz cuti lagi hari ni. 

Masih ada sisa serangan asma sebelah malam tadi membawa ke siang. Bersin dan batuk. Aku cuba merehatkan diri. Nak naik satu level pun tak berapa larat. Tunggu lift je la. 

Lepas makan tengahari aku layan ubat tekak yang berangin. Sedap juga tapi tak jalan sangat la, sebab aku bukan batuk biasa. 

Keadaan agak teruk dan ketara hingga merisaukan rakan seperlatihan Mai dan Sam.

5 30 aku terus gerak balik. Tak larat nak sparring dengan Lan.

Singgah ambik barang shopee dan beli susu pekat manis di speedmart. 

Isnin, Oktober 28, 2024

masih asma

Bro N cuti hari ni sebab hantar KAk Z ke KPJ. 
Petang aku training macam biasa, walaupun ada sedikit semput. 

Malam lelah. Siang lelah.

Masih mampu melayan game dengan Lan sehingga 7 ke 8 set. 

Ahad, Oktober 27, 2024

lepak masjid

Lepak masjid Batang Benar, tunggu Bi belajar kereta sampai 4 30 PM. Firas tak ikut kali ni, duduk rumah je.
Dekat masjid ni ada mini perpustakaan dan ada meja ping pong

Sabtu, Oktober 26, 2024

hantar motor

Motor masuk bengkel. Aku suruh CK tukar disc dan brake. Disc depan nipis sangat dah. 

Alang alang tu tukar tayar depan sekali. Tukar tayar kena tambah kos lagi dalam rm 80.

CK kata upah dia pula rm 50. Ok la tu sebab banyak juga barang tukar, bukan tayar je tapi disc, brake, hose dan caliper.

Exercise jalan kaki balik rumah. Bila CK beritahu dah siap pun jalan kaki lagi. 

Jumaat, Oktober 25, 2024

jumaat berkat

Seawal pagi ada Majlis bacaan Yaasin di surau. Boss dah bising pagi2 tanya kenapa technician tak memunculkan diri. Kami ada je, cuma lewat sikit. 

Jumaat hujan agak lebat. Terpaksa tunggu hujan reda. 

Petang practice dengan Lan 5 30. 
Tewas 4 berbalas 5 set, duce.

Bawa balik barang motor. Berat juga barang spare part motor aku. 

Selasa, Oktober 22, 2024

46 hari ini

Alhamdulillah, genap umurku ke 46 tahun hari ini. Inilah rupa seorang berusia 46.

Hari ni agak semput, tiba tiba serangan asma datang waktu menghampiri petang, membuat aku sedikit panik. 

Lepas asar aku turun. Petang sempat dengan Lan dan Mai. Lan memberi tekanan kuat sebelum aku sudahkan di set terakhir.

Malam aku ajak Lan bergabung game double Sireh. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.