Khamis, Februari 20, 2025

wah serabutnya

Macam Albert Einstein pun ada. Haha.
Apa yang serabut? Kerja banyak.
Diode banyak terbako. ISO pulak nak mengaudit je kerja. Aku boleh jer handle. 

Balik petang sempat beli lauk dan susu. 

Rabu, Februari 19, 2025

talk

Di sampaikan oleh alumni GMI yang kini suksess dalam kareer. Bergelar Dr dan juga professor anjung UKM. Beliau juga CEO syarikat Alcon, Ciba vision di Pasir Gudang Johor. 

Ok la dah lama tak buat talk macam ni. Siap ada persembahan band dari Tengku dan band beliau. 

Selasa, Februari 18, 2025

kerja semula

Mula bekerja kembali bermula selasa. Semalam isnin aku dah minta AL. 
Pagi susun kerusi. Petang buat sikit iso. Esok ada seminar pula. Wajib hadir. 
 

Isnin, Februari 17, 2025

petang ni gerak, InshaAllah

Petang ni lepas asar aku akan panggil Grab, semoga dipermudahkan, InshaAllah.

Dekat pukul 4 PM aku pun panggil Grab. Agak susah nak dapat Grab Car. 

Aku dah mulai agak panik. Ma pun panik. Terus call CikNa. CikNa pula sedang kursus. Tapi CikNa call juga abe Chik. Akhirnya abe Chik yang hantar aku. Kesian dia baru lepas ambik anak. Aku bagi 50 kat abe Chik.

Ok, semua smooth tapi allen keys aku je dirampas. Huhu. Dah la tools tu sangat sentimental bagi aku. Haha. Mahal pulak tu kalau ori.

Ahad, Februari 16, 2025

selamat hantar irfan semalam

Hantar Irfan sebelum masuk waktu asar. Sebenarnya nak solat asar kat rumah tapi abah risau takut lewat. Jadi siap simpan terus gerak. 

Lepas Irfan simpan barang, kami solat asar di surau MRSM. Lepas call ibunya dan sembang sekejap aku pun gerak.

Kat rumah ma lepak dan minum, sekali Irfan call ada barang toiletries tertinggal. Terpaksa la aku Pergi sekali lagi. Dah tak boleh masuk, hanya letak je di guardhouse. 

Sabtu, Februari 15, 2025

ada di Telaga Bata

Di telaga bata pagi ni.
Gerak malam tadi 8 malam. Sampai sebelum subuh sekitar 530am.

Panggil Grab terus ada tunggu depan pintu stesen bas. 19 cas. Aku beri lagi 2 rm. Laju jer dia bawak. Tapi tak boleh lawan bas la. Bas laju gila. 

Sempat solat subuh di telaga Bata sampai sebelum azan subuh.

Jumaat, Februari 14, 2025

amanat dato sri KP Mara

Mendengar amanat dari Dato Sri KP Mara pagi ni. Bermula dari 9 pagi sehingga mencecah hampir ke 12 pm. 

Selesai tu aku naik sekejap saja untuk siapkan beberapa hal sebelum ke masjid bawa anak anak sekali.

Nasib baik Bi balik awal ada juga kenderaan nak bawa anak2 ke masjid. 

Lepas jumaat ambik seluar irfan. Nasib baik sempat sebelum irfan masuk sekolah. 

Lepas masuk kerja balik, aku dan Naz sambung buat iso sikit.

So much la, malam ni dah nak gerak balik Kelate. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.