Sampai KB sekitar 5 30 pagi.
Cari kereta Grab mujur senang dapat. Driver ni cemerlang betul bawa kereta dalam keadaan jalan yang agak sepi.
Sampai Telaga Bata azan subuh baru saja di alunkan.
Dalam 9 30 pergi ke MRSM Tumpat. Balik sebelum zuhur terasa betul kelaparan.
Petang keluar ke Pasir Pekan. Bawa Irfan ke kedai bundle depan Petronas Pasir Pekan
Malam keluar ke Pasir Pekan lagi. Ada forum perdana sempena 100 tahun masjid lama Pasir Pekan.
Masjid ni tempat aku solat jumaat semasa tinggal di asrama Falahiah.