Mulanya aku buat rileks....Siap santai minum kopi bila tiba awal di lapangan terbang antarabangsa Gimhae, Korea.
Tapi bila nak masuk gate....
Inilah kisahnya aku hampir terkandas di Korea.
Akhirnya aku selamat mendarat di KLIA menjelang waktu asar, selepas aku nyaris terkandas di Korea dek kerana nama di boarding pass tak ada 'bin'.
Yang ada di print pass ialah Ibrahim /Ahmad Sadli.
Walaupun aku cuba beritahu bahawa memang nama aku betul dan bin maksudnya "son, anak kepada" dia tetap kata tak sama dan panggil rakan nya.
Mereka sama setuju bahawa tak lengkap.
Begitu tegas dan detail imigresen Korea bertegas mahu sama nama di boarding pass dengan nama di passport.
Jadi berlarilah aku ke kaunter check in air asia tapi rupanya dah tutup. Kosong tak ada sesiapa. Lari lagi ke imigresen, cuba beritahu dia yang nama tu memang nama aku.
Dia kata kena ada juga 'bin'. Dia tetap suruh aku pergi ke kaunter air asia. Apa aku nak buat, takkan nak lawan dia.
Lari sekali lagi ke kaunter air asia. Tanya orang sebelah yang sedang jaga syarikat penerbangan mana pun aku tak peduli. Ternyata memang sudah di tutup kaunter check in air asia. Semua nya hanya kerusi dan meja.
Kaget seketika, cuba bertenang.
Kebetulan ada pegawai korea lalu, aku terus beritahu. Nasib baik dia mahu tolong. Jam sudah 10 30 pagi.
Dia tulis 'bin' dengan pencil dan chop pangkat dia agaknya di atas boarding pass aku, aku tak tahu yang penting ada chop. Siap ambik gambar pass aku dan suruh berlari cepat2. Berlari sekali lagi ke gate pintu masuk.
Lama pegawai gate dia pandang, akhirnya baru dilepaskan. Di dalam gate pun ada lagi penjaga yang pandang (aku dah tak peduli dah masa ni sebab dah lepas gate) dengan tali pinggang yang belum sempat pakai dan seluar pula longgar, aku memang kelam kabut, mujur tak terlondeh je seluar, huhu.
Pesawat jam 11 pagi akan gerak sedangkan waktu tu sekitar 10 40 berlari aku tanya mana gate 4.....
Masuk ke gate, kapal terbang pula tak nampak..nyaris aku nak berhenti pakai tali pinggang sedangkan masa dah suntuk.
Masa tu ada pramugari pandang.. Rupanya aku terlalu penat, kapal terbang memang ada di hujung gate. Terus aku masuk....cari kerusi dan pakai
tali pinggang.
Muka sedikit penat menunggu komuter. Nak gi midvalley pulangkan wifi.