Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya serah pada tuhan.
Malam tadi, selepas pam salbutamol aku alami halusinasi yang agak tinggi dan jauh.
Sesat sampai ke Jepun mencari keretapi. Juga terdampar di asrama menyambung pelajaran.
Itu tidur dalam keadaan duduk tu.
Tengahari aku ke bank kejap untuk uruskan kad cimb yang sangkut sebab lupa nombor pin.
Dalam pukul 2 barang shopee sampai. Terus bayar COD.
Balik kerja terus hantar barang customer walau hujan lebat yang amat, air melimpah hingga paras ekzos, aku teruskan jua. Syukurlah motor mampu bertahan.
Malam ambik 5 sudu. Terus dada rasa hangat. Penangan madu kelulut liar.
Tapi awal pagi semput juga, dah sakit kan nak buat camna.