Pagi2 aku cuba serap cahaya matahari sebanyak yang termampu. Berpusing satu bangunan juga untuk serap cahaya awal pagi.
Siang hari ok lah, walaupun masih lemah keadaan aku. Malam memang teruk.
Malam tadi semput yang agak teruk juga, terjaga dalam 3 am. Terpaksa nap.
Dalam 1030 pagi balik kejap tunggu Rostom nak repair washing machine. Serentak sampai.
Agak kasar juga kena 200, hampir separuh harga mesin basuh, diskaun 20 so jadi 180. Sekurang-kurangnya jimat kalau beli baru dalam 600 juga.
Lain kali kena belajar lah repair sendiri.
Lepas jumaat buat kerja sikit angkat kerusi dan tape lantai. Lepas tu abang Chan datang hantar barang.
Chan bawa limau sikit sempena Chinese New Year. Biasanya sekotak limau. Kali ni sikit je dalam plastik. Bisness tak bagus sangat kata abang Chan.