Ya, Alhamdulillah aku selamat sampai sekitar lewat pagi isnin di Gimhae, Busan, Korea. Mulanya agak risau juga pasal imigresen yang dengarnya agak ketat.
Tapi mujurlah Tak rumit sangat pun proses imigresen. Dokumen pun tengok passport je. Ok la aku dah standbye semua dokumen, termasuk visa.
Semua lancar je, cuma penat sikit sebab flight delay 2 jam. Menurut syarikat Air Asia, delay sebab cuaca buruk di Busan.
Terpaksa aku lepak dalam surau KLIA sementara tunggu nak boarding masuk. Air Asia pula pandai ambil hati siap bagi nasi lemak free.
Dari airport aku terus ke tempat penginapan di Sasang. Mulanya aku cuba cari dengan bertanya orang tapi Sasang terlalu padat dan jalannya banyak.
Mujurlah Tuan rumah beri panduan cara cari rumahnya. Siap ada peta dengan gambar sekali jalan mana aku kena lalu.
Dia benarkan aku check in awal walaupun peraturan kata check in adalah 3 pm. Lepas check in, berehat cukup2.