Satu hari seorang kawan memperkenalkan pil Pronoton pada aku. Bila aku try, wow pill ni agak power juga. Sekejap je lepas makan kelelakianku mula terangsang. Kawan ni ajak aku berniaga pil ni. Hmm....aku pun tanpa soal selidik terus setuju walaupun aku takde bakat berniaga.
Jadi inilah berita terbaru pasal pronoton. Pronoton telah di haramkan oleh kerajaan.
Sila maklumkan pada semua rakan yang belum tahu bahawasanya Pronoton telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pronoton adalah pil untuk menambahkan kekuatan kelelakian dikeluarkan oleh syarikat Mayfirst. Ia didapati mengandungi bahan aktif terlarang yang melebihi had yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Dato' Jalaluddin Hassan adalah duta kepada produk ini. Syarikat ini adalah milik bumiputra.
Pengajaran dari episod ini ialah kita jangan mudah terpengaruh dengan kata2 hebat dan janji2 luarbiasa sesuatu benda. Dalam dunia ini semua benda ada harga, kalau nak sesuatu kena usaha dengan kaedah yang betul, jangan cari jalan pintas.
Aku sendiri dulu pernah ambil pil Pronoton ni, saja nak tau. Ya lah sebab masa kempen tu diaorang promote bukan main bagus lagi. Siap ada testimoni pakar doktor tuan tersohor Malaysia iaitu Dr Ismail Thamby. Kalau dah pakar yang kata bagus, kita pun percaya lah. Katanya bahan-bahan yang diguna adalah herba-herba asli yang bersumber alam semulajadi. Dr Ismail pun bukan main lagi promote ya. Banyak dapat komisyen agaknya.
Kesan dia memang hebat la. Kejap je tindakbalas pil lepas makan beberapa minit memang akan terasa "tegang" semacam. Tapi aku rasa benda ni tak betul.
Kalau asyik dok amal benda ni effect long term mesti tak bagus punya. Dah la harganya mahal yang amat. Dua biji je dah nak cecah RM 50. Kiranya macam Viagra jugak la ni.
Tau tak kes kat Singapore ramai yang masuk wad gara2 pil kuat ni? Hu hu pelik2. Apasal ni? Lelaki dah tak kuat lagi ke semua nak kena pakai ubat?
Aku ada satu teknik yang semulajadi nak bagi "kuat", tak payah makan ubat. Ianya adalah teknik nafas jer. Tapi kena tau lah cara amalan dia. Bersenam la, kasi badan fit, mesti ok punya.
Kalau dah power tak payah pakai ubat pun kan. Kalau nak juga power, pakai la tongkat ali yang asli pokok punya.
Kalau dah power tak payah pakai ubat pun kan. Kalau nak juga power, pakai la tongkat ali yang asli pokok punya.