Hidup ini penuh cabaran dan liku. Walaupun mempunyai pendidikan tinggi dan berjawatan besar tak semestinya hidup menjadi senang dan tenang. Dunia pekerjaan menjanjikan cabaran tersendiri terutamanya kepada kaum Hawa, apatah lagi yang sudah bersuami dan punya anak.
Walau punya gaji mahal, tapi masa bersama keluarga menjadi kurang. Makin tinggi pangkat yang dicapai, makin banyak pula masa perlu diberi kepada kerja dan syarikat. Syarikat besar pula lazimnya berada di kota besar seperti KL atau JB, maka ramai yang meninggalkan orang tua nun jauh di kampung seperti Kelantan dan Terengganu. Kadang-kala bila orang tua sakit pun susah nak balik jenguk, maklumlah ikatan tugas berjawatan penting yang senantiasa memerlukan perhatian.
Jesteru, ramai orang yang mencari-cari peluang untuk berniaga dari rumah secara online. Ramai juga yang ingin mencari pandapatan tambahan dengan berniaga dari rumah walaupun sudah punya jawatan bagus. Saya sendiri berniaga secara sambilan sejak tahun 2007.
Kenapa agaknya ya, kenapa nak berniaga dari rumah walaupun dah ada kerjaya hebat dan stabil? Adakah kerana mencari kebebasan? Sebab seronok tiada boss asyik berleter?
Yang jelasnya adalah kerana berniaga dari rumah menyebabkan banyak perkara menjadi lebih baik. Yang paling utama ialah masa untuk bersama orang yang kita sayangi di rumah. Lagipun ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang ada komputer dan internet.
Suri rumah sambil jaga anak pun boleh join dan buat. Datuk yang pencen pun boleh isi masa cari duit. Anak muda yang duduk di Kelantan atau Sarawak pun boleh buat. Tapi yang paling utama ialah tak ada ikatan masa, jadi tak perlu layan jem dan tak perlu apply cuti dari boss. Itu yang paling best, betul tak?
Bila kita sebut berniaga dari rumah secara online, pasti juga ramai yang masih takut-takut atau ragu-ragu pada keupayaan sendiri. Belum buat dah takut? Takut apa ya? Ya takut kerana usaha anda secara "One man soldier" atau usahawan secara solo. Mungkin juga anda fikir susah mahu buat website atau blog? Ketakutan itu ada asasnya. Namun anda perlu ada sedikit usaha kalau mahu berjaya, itu lumrah alam.
Macam mana nak lawan syarikat besar? Atau website besar yang dah established seperti lazada.com umpamanya? Ada usahawan yang modal besar dia buka kedai kamera. Mana nak cari modal jual kamera yang berharga puluh ribu? Jangan risau dulu pasal modal. Sebenarnya bermula secara "one man soldier" adalah usaha yang baik daripada mahu terus jadi besar.
Baik kita mula saja secara kecil-kecilan dan belajar dulu apa yang patut. Buat secara sendiri pun boleh untung. Saya dah buat dan kini masih lagi "one man soldier". Saya pun bukan ada modal besar sangat pun.
Sebenarnya saya dah lama buat benda ni, iaitu berniaga dari rumah. Saya masih lagi kerja makan gaji tapi saya buat secara sambilan berniaga secara online dari rumah. Untungnya taklah besar tapi cukup buat tampung belanja. Untuk berniaga dari rumah, yang paling asas anda kenalah ada laptop dan internet.
Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya berniaga dari rumah. Di samping berkongsi saya nak ajak anda menyertai saya. Macam mana? Klik je kat link yang saya letak kat blog ni. Itulah perniagaan online saya. Klik dan tengoklah sendiri latar belakang syarikat.
Untuk berniaga dari rumah kita kena tahu apa yang kita nak buat. Kalau anda ada produk sendiri yang hangat dan permintaan tinggi baguslah. Anda buatlah website atau blog dan war-warkan produk itu. Dari laman sesawang itu berikanlah maklumat selengkap mungkin tentang produk anda.
Sistem bayaran juga tak ada masalah. Letak je nombor akaun bank anda dan suruh customer bank in. Sekarang semua dah canggih. Sistem bayaran Paypal pun dah digunapakai secara rasmi di Malaysia dan diiktiraf oleh bank-bank tempatan. Yang penting anda kena jujur. Berikan no telefon, tunjuk muka anda.
Takut kena tipu? Anda sendirilah yang kena jujur dan jangan tipu orang. Jangan jual benda yang bukan-bukan. Jangan jual janji melangit. Jangan jual pelaburan yang bukan-bukan. Skim cepat kaya ke yang mengarut-ngarut. Benda macam tulah yang menyebabkan orang serik nak berniaga dari internet. Hangatnya cuma seketika.
Bila berniaga, tak kira dari manapun kena ada barang secara fizikal yang jelas. Itu baru berniaga namanya. Kalau berniaga kena tengok barang apa yang anda jual. Barang kenalah sesuai. Bukan apa kalau jual barang tak sesuai lambat nak untung.
Bukan nak cepat kaya, tapi biarlah usaha yang berbaloi dengan penat lelah kita. Kalau 1 barang untungnya RM 1 je berapa banyak anda nak kena jual baru balik modal? Itu yang saya cakap kena tengok kesesuaian. Barang yang saya jual untung RM 20 setiap kali dapat jual. Ada juga yang untung RM 10 setiap kali jual.
Itu barulah berbaloi. Saya pun tak buat sendiri barang tu. Saya cuma tukang jual saja. Saya berusaha cari customer melalui blog. Barang tu pun barang yang ada permintaan yang terus menerus. Kalau saya dapat jual 10 sebulan ada lah Rm 200. Itu pun bukan senang nak dapat. Tapi siapa nak kasi RM 200? Modal pun saya tak perlu keluar.
Kalau dapat RM 200 tu pun saya dah bersyukur sangat. Saya masih kerja makan gaji. Sambilan je buat perniagaan online dari rumah ni. Tapi syukurlah ada juga hasil sedikit sebanyak.
Nak berniaga dari rumah macam saya? Klik je link kat atas tu yang saya sediakan. Jangan takut ini bukan skim tipu. Tapi perniagaan dari rumah yang sejati, guna internet untuk jual barang yang nyata wujud kepada customer yang nyata ada di luar sana macam anda.
Contoh laman web perniagaan online yang baik ialah
bioasli.
Produk utama bioasli ialah produk kosmetik wanita. Sebenarnya jika anda join Bioasli banyak lagi barang yang boleh anda jual. Tengoklah sendiri di laman web Bioasli. Ada pelbagai barang kesihatan, kosmetik dan juga minuman.
Apa kerja yang anda perlu buat? Cari customer dan key in data. Kerja saya cuma balas sms orang. Ambil data dan key-in dekat laman web bio-asli. Saya tak perlu pos barang. Barang tu saya tak sentuh pun. Nampak macam senang kan? Cubalah dulu. Saya dah lama buat. Sejak dari 2007.
Saya pun bukan kaya sangat tapi buat perniagaan secara online ni banyak membantu menambah pendapatan saya.