Khamis, Ogos 01, 2013

Hidup tanpa hutang


Bayangkan anda tiada hutang walau satu sen. Boleh tak keadaan sebegitu jadi realiti?

Jawabnya sudah pasti boleh jika anda berusaha. Jangan ambil hutang. Jangan berhutang.

Hidup tanpa hutang sebenarnya boleh dilakukan kerana ada satu tahap lagi yang jauh lebih ekstrem iaitu hidup tanpa wang. Kalau orang yang hidup tanpa wang pun boleh hidup, maka apalah sangat hidup tanpa hutang. Saya sendiri sudah lakukan.

Hutang ialah meminjam duit untuk membeli atau membayar sesuatu. Orang biasanya akan berhutang bila mahu beli sesuatu yang tak mampu bayar sekaligus seperti kereta atau rumah. Nak beli kereta yang murah  macam kancil pun nak hutang?  

Betul ke kalau nak hidup zaman sekarang wajib kena berhutang? Kalau tak berhutang jawabnya "mati la saya". Betul ke macam tu? Kalau anda pandang kiri, pandang kanan, arah mana sekalipun, anda pasti nampak orang berhutang, begitu sekali pastinya. Tak hutang maknanya tak boleh hidup? Ya aku pernah berfikiran begitu pada satu masa. 

Semua orang pastinya pernah berhutang. Saya dulu pun pernah berhutang. Hutang MARA, hutang kereta dan hutang kad kredit. Itu masa zaman jahiliah la. Tapi kini tidak lagi. Saya kini hidup bebas tanpa hutang. Tiada loan kereta, tiada loan rumah, tiada loan kad kredit tertunggak. Kosong. Jom kita hidup tanpa hutang. Tiada interest. Tiada risau. 

Cuba  kita tukar cara berfikir. Sebenarnya kita boleh hidup normal tanpa perlu berhutang dengan bank. Boleh saja kan? Hidup bebas tanpa hutang. Hidup dengan kita punya kadar sendiri. Kenapa nak ikut orang? Orang berhutang kenapa kita nak ikut juga? Nak bergaya? Apalah sangat semua tu. Akhirnya ke lubang kubur juga tempat kita semua. Harta bertimbun buat anak2 gaduh je. 

Saya pun ada kena sindir sebab tak beli rumah dan kereta baru. Pakai kereta Wira tahun 1997 je. Tapi tak mengapa, itu semua tidak penting, yang penting saya tak berhutang dengan sesiapa kat luar. Jadi jangan anggap saya manusia abnormal dan pelik hanya kerana saya tidak berhutang. Itu pilihan saya. Saya masih hidup kan? Masih bernafas kan? Apa masalahnya?

Teruknya dunia hari ini. Hutang adalah perkara lumrah. Semua orang berhutang. Dari cleaner, operator, technician, supervisor hingga manager, semua berhutang? Tak boleh hidup ke kalau tak berhutang? Kenapa nak juga berhutang? Nak juga terlibat dengan riba?

Riba adalah haram. Riba adalah dosa besar dan riba jauh lebih besar berbanding zina! Tapi kita sering anggap dosa riba ni adalah untuk orang makan riba, walhal orang yang  beri makan dan makan adalah sama-sama berdosa, mengikut hadis nabi SAW. Kita ingat orang bank yang berdosa, kita tak fikir yang beri pada bank pun berdosa sama.

Kena beli rumah? Beli kereta? Beli hand set? Semua kena hutang. Kerajaan pun berhutang? Berhutang untuk tolong rakyat katanya.

Kalau semua orang tak ada duit dan semua orang berhutang (termasuk kerajaan) mana datangnya duit tu? Ada sesuatu yang tak kena di sini. Jangan kita suburkan riba. Cukuplah. USA bakal bankrup sebab riba. UK bakal bankrup sebab riba. Malaysia pun nak join ke?

Cara nak bebas hutang ialah dengan hidup sederhana, pakai je kereta Iswara, rumah duduk je yang kecil dan mampu milik. Hidup di dalam batas kemampuan. Jangan ikut orang.

Peristiwa:

Pergi klinik Sg Chua. Jumpa Iza (adikku) dan buat scaling gigi dan tampal lubang. Syukurlah dah lama aku nak buat benda ni. Tapi ada satu benda. Amalgam. Ia agak merisaukan aku.

Blog: No 2 untuk kata kunci peluang berniaga online. Ini sudah bagus.

Jumaat, Julai 26, 2013

Firas B Ahmad Sadli

Inilah Firas. Anakku no 2. Firas lahir di Kota Bharu semasa aku tengah layan tournament Ping pong di Toshiba. Akibatnya aku lewat balik untuk sambut kelahiran Firas. 

Rabu, Julai 24, 2013

Ahad, Julai 21, 2013

Anakku Irfan


Anakku yang pertama, Irfan namanya. Masa aku bujang aku selalu memuja Irfan Khairi, jadi entah macam mana nama anak aku pun jadi Irfan. Irfan yang ni bakal juara ping pong.

Sabtu, Jun 01, 2013

Jumaat, Mac 29, 2013

Tanjung tuan


Tanjung Tuan adalah kawasan peranginan berhampiran Port Dickson. Rumah api Tanjung Tuan adalah kawasan yang menjadi tumpuan jika berkunjung ke Tanjung Tuan.


Check out time dari Casa Rochado Tanjung Tuan 

Linda sedang mengandungkan Firas waktu ni.

Gambar ketika di Tanjung Tuan. Firas masa ni belum lahir.

Khamis, Februari 21, 2013

Internet broadband : Perbandingan pakej yang ada di Malaysia


Hari ini di Malaysia boleh dikatakan semua orang pakai internet. Dekat rumah masing-masing ada internet. Jarang sangat orang yang tak pakai internet. Hanya melalui handset kita boleh dapat pelbagai maklumat dari serata dunia. Hari ini ada pelbagai jenis syarikat menyediakan perkhidmatan ISP- Internet Service Provider.

Apakah pakej internet yang anda pakai? Maxis, Celcom, Digi atau P1 atau mungkin YES. 


Adakah anda mahukan maklumat pakej internet apakah yang paling berbaloi? Apakah yang memberikan data yang paling banyak? 


Pakej prepaid Maxis: Maxis adalah antara pelopor internet broadband di Malaysia. Maka Maxis memang mempunyai signal yang kuat di mana-mana kawasan pun. Kadar serendah RM2 sehari (terhad 200mb) anda sudah boleh akses internet dari handphone anda. 

Cuma adakah Maxis mahal? Ya rasanya Maxis agak mahal. Mari kita buat perbandingan. Saya ambil pakej RM68 kerana RM68 adalah kadar pertengahan yang mana saya kira ramai yang mampu dan sanggup.  

Untuk pakej RM68 maxis anda diberi data sebanyak 3 Gigabyte.
Untuk pakej RM68 celcom anda diberi data sebanyak 4 Gigabyte.
Untuk pakej RM68 YES anda diberi data sebanyak 5 gigabyte.
Untuk pakej RM68 u-mobile anda dapat data sebanyak 6 Gigabyte.
Untuk isian RM50 Digi anda dapat data 300 mb sehari selama 50 hari.
TM streamyx Wifi - Serendah RM 110 sebulan data tanpa had pada kelajuan 1 Megabit per second
Wifi Kedai mamak- Free


Kadar di atas adalah untuk pelan prepaid kecuali Celcom dan TM streamyx sahaja saya ambil kadar pospaid sebagai perbandingan. Untuk U-mobile dan Digi, kadar di atas adalah untuk pelan data only tanpa voice.

Untuk Digi jelas ia paling berbaloi. Cuma Digi liputan kawasannya tidak meluas seperti Maxis. Jika anda tidak berada dalam kawasan liputan Digi maka signal yang anda dapat juga akan lemah. Hal yang sama berlaku pada U-mobile. Jika anda ambil Maxis, boleh dikatakan mana-mana tempat di Malaysia sudah ada Maxis secara mantap.  


Jelas yang mana paling berbaloi? Saya sendiri sudah pakai semua syarikat di atas dan setakat ini yang paling puas hati ialah Digi. Oh ya, untuk yang bertanya kenapa Digi begitu murah? Isi Rm50 dapat sebulan tanpa had? Dulu Digi memang murah. Sebulan tanpa had.

Pakej Digi ini adalah pelan dedikasi Internet prepaid only dimana ia semata-mata untuk internet dan anda tidak boleh buat call, tidak ada voice data yang diberi. Untuk pelan biasa Digi saya sendiri tak pasti sebab saya guna Maxis.

Digi bagaimanapun baru-baru inni telah membuat limit 300mb data sehari. Bila dah pakai 300mb data streaming menjadi slow. Kena tunggu esoknya baru dapat lagi 300mb. Saya sebagai pengguna tegar internet terpaksa mencari alternatif lain.

Untuk line telefon biasa (suara) saya pakai Maxis prepaid. Kadang-kadang saya akan beli data harian dari Maxis pada kadar RM2 untuk 100 Megabyte data yang terhad untuk penggunaan sehari sahaja atau 24 jam. 100 megabyte hanya cukup jika anda mahu facebook dan aplikasi sederhana lain. Kalau buka youtube habis sekejap saja 100 mb data. Dapat tengok video sekitar 5 minit sahaja. 

Keburukan data terhad seperti Maxis ialah ia "makan" duit setiap kali kita terlebih guna data. Ini biasa berlaku bagi mereka yang memiliki hand set canggih yang setting datanya mudah di ON. 

Apa lagi pilihan yang ada untuk pakej broadband?


Saya syorkan anda pakai Celcom prepaid. Sekarang saya pakai broadband Celcom. Celcom memiliki pelan broadband mingguan Rm18. Dengan Rm18 anda melanggan data selama seminggu (7 hari) tanpa had. Jadi anda boleh layan youtube atau tonton (tv internet streaming) sepuas hati tanpa perlu risau. Untuk melanggan SMS BROADBAND ke 28882. Untuk pengguna Celcom sahaja. Anda boleh pilih Broadband Daily Rm7 atau Broadband Weekly Rm18. 

Maxis pula bagaimana? Signal Maxis sangat bagus dan luas liputannya tapi servisnya agak mengecewakan bagi saya.

Maxis memiliki signal paling kuat dan liputan terluas. Kalau anda orang kaya bolehla pakai Maxis. Saya tak berapa gemar Maxis kerana Maxis makan duit. Kenapa Maxis tak gentleman? Kalau nak makan duit orang gentle la. Jangan makan senyap2 beb.

Maxis bagi saya memang kurang prihatin dalam hal ini. Mereka sebagai syarikat telekomunikasi terbesar sepatutnya pandai menjaga hati pelanggan, bukannya berusaha keras mencari untung untuk diri sendiri. Pelanggan ada pilihan bukan Maxis je yang ada kat Malaysia ni. 

Kenapa saya tak puas hati dengan maxis? Sebab Maxis makan duit tanpa memberi amaran atau simpati pada pelanggan mereka. Bayangkanlah kalau ada kredit Rm100 maka Rm100 lah maxis telan. Mana boleh macam tu. 

Buatlah satu sistem yang menjaga kepentingan pelanggan. Pelanggan ni kalau dia dah lari susah nak pujuk balik. Bukan nak condemn maxis tapi benda ni dah ramai sangat orang komplen. Buatlah sesuatu Maxis. Jangan nanti dah nak bankrup baru nak ambil hati pelanggan. Sekarang ni restoren mamak yang biasa pun dah ada free Wifi, so orang dah tak hairan sangat. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.