Bayangkan anda tiada hutang walau satu sen. Boleh tak keadaan sebegitu jadi realiti?
Jawabnya sudah pasti boleh jika anda berusaha. Jangan ambil hutang. Jangan berhutang.
Hidup tanpa hutang sebenarnya boleh dilakukan kerana ada satu tahap lagi yang jauh lebih ekstrem iaitu hidup tanpa wang. Kalau orang yang hidup tanpa wang pun boleh hidup, maka apalah sangat hidup tanpa hutang. Saya sendiri sudah lakukan.
Hutang ialah meminjam duit untuk membeli atau membayar sesuatu. Orang biasanya akan berhutang bila mahu beli sesuatu yang tak mampu bayar sekaligus seperti kereta atau rumah. Nak beli kereta yang murah macam kancil pun nak hutang?
Betul ke kalau nak hidup zaman sekarang wajib kena berhutang? Kalau tak berhutang jawabnya "mati la saya". Betul ke macam tu? Kalau anda pandang kiri, pandang kanan, arah mana sekalipun, anda pasti nampak orang berhutang, begitu sekali pastinya. Tak hutang maknanya tak boleh hidup? Ya aku pernah berfikiran begitu pada satu masa.
Semua orang pastinya pernah berhutang. Saya dulu pun pernah berhutang. Hutang MARA, hutang kereta dan hutang kad kredit. Itu masa zaman jahiliah la. Tapi kini tidak lagi. Saya kini hidup bebas tanpa hutang. Tiada loan kereta, tiada loan rumah, tiada loan kad kredit tertunggak. Kosong. Jom kita hidup tanpa hutang. Tiada interest. Tiada risau.
Cuba kita tukar cara berfikir. Sebenarnya kita boleh hidup normal tanpa perlu berhutang dengan bank. Boleh saja kan? Hidup bebas tanpa hutang. Hidup dengan kita punya kadar sendiri. Kenapa nak ikut orang? Orang berhutang kenapa kita nak ikut juga? Nak bergaya? Apalah sangat semua tu. Akhirnya ke lubang kubur juga tempat kita semua. Harta bertimbun buat anak2 gaduh je.
Saya pun ada kena sindir sebab tak beli rumah dan kereta baru. Pakai kereta Wira tahun 1997 je. Tapi tak mengapa, itu semua tidak penting, yang penting saya tak berhutang dengan sesiapa kat luar. Jadi jangan anggap saya manusia abnormal dan pelik hanya kerana saya tidak berhutang. Itu pilihan saya. Saya masih hidup kan? Masih bernafas kan? Apa masalahnya?
Teruknya dunia hari ini. Hutang adalah perkara lumrah. Semua orang berhutang. Dari cleaner, operator, technician, supervisor hingga manager, semua berhutang? Tak boleh hidup ke kalau tak berhutang? Kenapa nak juga berhutang? Nak juga terlibat dengan riba?
Riba adalah haram. Riba adalah dosa besar dan riba jauh lebih besar berbanding zina! Tapi kita sering anggap dosa riba ni adalah untuk orang makan riba, walhal orang yang beri makan dan makan adalah sama-sama berdosa, mengikut hadis nabi SAW. Kita ingat orang bank yang berdosa, kita tak fikir yang beri pada bank pun berdosa sama.
Kena beli rumah? Beli kereta? Beli hand set? Semua kena hutang. Kerajaan pun berhutang? Berhutang untuk tolong rakyat katanya.
Kalau semua orang tak ada duit dan semua orang berhutang (termasuk kerajaan) mana datangnya duit tu? Ada sesuatu yang tak kena di sini. Jangan kita suburkan riba. Cukuplah. USA bakal bankrup sebab riba. UK bakal bankrup sebab riba. Malaysia pun nak join ke?
Cara nak bebas hutang ialah dengan hidup sederhana, pakai je kereta Iswara, rumah duduk je yang kecil dan mampu milik. Hidup di dalam batas kemampuan. Jangan ikut orang.
Peristiwa:
Pergi klinik Sg Chua. Jumpa Iza (adikku) dan buat scaling gigi dan tampal lubang. Syukurlah dah lama aku nak buat benda ni. Tapi ada satu benda. Amalgam. Ia agak merisaukan aku.
Blog: No 2 untuk kata kunci peluang berniaga online. Ini sudah bagus.