Hidup ini penuh dugaan. Kebelakangan ini hidupku banyak dilanda dugaan satu demi satu. Ia melibatkan banyak wang untuk diselesaikan. Jadi aku harus pasrah memandang ke depan dengan berani.
Ini senarai masalah ku yang belum selesai.
1. Bil air SYABAS yang tiba-tiba mengarut menjadi RM800. Bila aku mengadu pada SYABAS mereka suruh cek sendiri dan cari tukang paip sendiri dahulu. Baik aku tukar kerja je jadi tukang paip kalau macam tu. Bukan senang do nak cari tukang paip yang OK dan jujur.
2. Motorsikal Keeway RKV200 yang asyik meragam keluar masuk bengkel dan tersadai lama di bengkel sebab spare parts susah. Pomen motor Kajang tu sampai minta maaf kat aku, tak boleh buat katanya. Kena hantar kilang reset balik karburetornya. Gear rendah je motor ni semput dan mati.
Syukurlah aku ada kawan baik operator kilang yang sudi hantar aku balik ke Kajang walaupun rumah dia pun jauh juga nun di Banting sana. Syukur pada Allah kerana meberi aku sahabat yang baik.
Nasib baik masa juga nak bawa balik dari tempat kerja hari tu lepas sampai rumah walaupun dia dah mula meragam atas highway. Kini langsung tak boleh start lepas dua kedai repair. Lepas ni kedai mana lagi bro nak masuk? Kalau tahu macam ni dulu aku beli Yamaha FZ je habis cerita.
3. Kereta Wira NAT aku tak boleh start dekat area kilang. Berlaku bila aku nak pergi ambil motor Keeway dari kedai motor. Kini masih tersadai dekat kawasan Kastam Telok. Dah la kereta Wira ni sangat uzur dan dia punya suspension semua out. Dah la road tax dia pun aku masih tak buat lagi sebab budget aku yang ketat bulan ni. Tapi takpelah dia dah banyak berjasa padaku sejak 2003 lagi.
4. Budget yang lari sebab aku terbeli hosting blog yang agak mahal sehingga bil dia mencecah RM800. Agak mengejutkan. Agak kecewa juga sebab aku pun tak ada masa sangat nak maintain blog yang berbayar tu. Aku cuma bayar separuh je dulu buat masa ni. Separuh lagi bulan depan?
5. Lagi dua bulan line tempat aku kerja nak tutup. Jadi nasibku belum tentu samaada dapat diserap department lain atau kena VSS? Apapun ia adalah sesuatu yang tak menentu dan akan mempengaruhi corak permainan ping-pong ku.
Itu lah masalah yang membelenggu diriku buat masa ini. Ada beberapa masalah lain yang kecil dan tak perlu mention. Adakah masalah ini berat? Siapa sudi tolong aku. Siapa sudi jadi peguam aku?
Apapun masalah anda janganlah memandang hidup ini dengan sempit. Lapangkan dada dan bersangka baik dengan tuhan. Masalah saya ni bukanlah besar sangat pun. Masalah DSAI yang sedang bersidang di mahkamah Putrajaya pastinya kebih sukar.
Oklah. Jom pergi sembahyang Jumaat.
|
Gambar masa baru beli Keeway. |