Bulan 12 ni adalah bulan terakhir department tempat kerja aku DD7 membuat pengeluaran produk. Kemudian ia akan ditutup dan mesin-mesin dibawa ke Thailand. Rileks, kilang tak tutup yang tutup cuma department DD7 sahaja. Banyak lagi department lain yang masih berjalan kat Amkor ni.
Tapi ramai juga yang bimbang maklumlah nasib tak menentu samaada nak diserap ke department lain atau bagaimana nasib kami. Maklumlah yang terlibat tu ramai juga. Kalau serap pun sampai berapa orang yang muat? Lagi satu kena masuk department baru of course la tak best kan.
Dah 14 tahun aku kerja sini, daripada namanya Toshiba dan kemudian bertukar kepada Amkor. Sejak Amkor take over, banyak juga perubahan berlaku terutama dari segi peraturan yang lebih ketat dan kewangan yang lebih berkira.
Kerja kat Amkor ni sebenarnya OK tapi aku agak penat berulang-alik dari Kajang ke Telok Panglima Garang sejauh 47 km setiap hari. Campur kos minyak, tol, masa dan tenaga kira agak banyak yang perlu aku korbankan. Kalau gaji aku kat Amkor ni 5 ribu ok la kot. Ini cuma cukup untuk selesa sikit jer. Tambah keadaan sekarang zaman harga mahal maka gaji 3 ribu pun macam tak berapa cukup.
Aku cuma harap Amkor akan keluar offer VSS. Kalau ada offer VSS ni Insya Allah aku akan ambil dan cabut dari kilang ni. Tapi masa dah makin suntuk ni Amkor pulak diam jer membisu seribu bahasa. Kita pun tak tahu apakah permainan Amkor seterusnya. Tunggu dan lihat je lah.
Info: Amkor adalah singkatan nama American Korea. Amkor telah membeli kilang Toshiba (E) Malaysia secara keseluruhan pada tahun 2013. Department DD7 bagaimanapun kekal milik Toshiba.