Khamis, Disember 17, 2015

Cara melawan pemain pimple


Getah pimple ialah istilah untuk getah ping-pong yang berbintik luar. Getah ini biasanya dipakai oleh pemain yang bertahan. Ada pimple panjang dan ada pimple yang pendek. Pimple pendek lebih kepada serangan manakala pimple panjang lebih kepada bertahan.

Pemain professional jarang yang memakai getah jenis ini kerana mereka memakai getah licin yang berspan tebal kerana mereka mahu power dan control dalam permainan. Pun begitu ada juga pemain ternama yang menggunakan getah pimple.

Di Malaysia getah pimple agak popular kerana tahap ping-pong Malaysia adalah biasa-biasa sahaja. Dalam tournament, pemain pimple biasanya selalu menang kerana tahap ping-pong yang masih sederhana di mana pemain penyerang mudah buat silap.

Melawan pemain getah pimple bukan mudah. Akan tetapi pemain getah pimple boleh saja dikalahkan. Apa yang penting ialah anda faham konsep getah pimple dan kenapa dia memilih pimple. Pemain memakai getah pimple kerana mahu lebih "defensive", dan kurang "attack". Pemain yang otai lebih suka main pimple sebab ia tak banyak guna tenaga untuk spin.

Tapi ada juga pemain pimple yang menyerang juga. Bila mereka serang bola yang pergi adalah berdesup, kurang lantunan dan beratnya bertukar seolah anda sedang memukul bola tennis. Boleh bayangkan? Jadi macam manalah nak lawan kalau bet anda jenis kayu lembik dan anda juga tak mampu layan bola chop yang berat.  

Melawan getah pimple dengan strategi biasa menarik bet untuk spin sekuat mungkin dan halakan bola ke tempat sukar adalah mudah dengan lawan getah licin. Tapi bila melawan pimple kaedah yang biasa ini membuatkan anda kepenatan. Jika tahap permainan anda adalah sederhana, dengan kekuatan spin yang sederhana dan ketepatan yang belum konsisten, dengan  mudah sahaja pemain pimple akan menewaskan anda tanpa memerlukan dia berpeluh. Jika tak kena gaya, anda akan kelihatan seperti orang pening.

Cara melawan pemain pimple ialah dengan berfikir "di luar kotak". Anda tidak boleh berfikir cara biasa sebagaimana bila berlawan dengan getah licin. Anda harus faham bola yang datang kepada anda bila di pancung dengan getah pimple akan datang dengan gegaran yang luarbiasa dan juga pusingan amat laju. Adalah silap jika anda hanya menunggu sahaja bola itu bertindak ke atas bet anda yang licin. Apa yang anda perlu buat ialah pastikan bet anda yang bertindak ke atas bola itu, bukan bola itu datang ke bet dalam keadaan bet menunggu bola.

Sedikit kesabaran perlu bila berlawan dengan pimple. Ini kerana pemain pimple biasanya tidak selalu menyerang, dia cuma menang kerana dia menunggu pihak lawan buat silap. Pemain pimple yang baik biasanya tenang dan sabar sahaja. Dia akan melayan semua bola walau apa keadaan spin sekalipun dengan rileks sahaja. Pemain yang  suka spin akan terus saja spin dalam keadaan geram dan marah. Akibatnya banyak kesilapan yang akan terjadi. Bila sudah jauh tertinggal dari segi mata, keyakinan diri akan mula goyah. Dalam keadaan ini senang sahaja pemain pimple menghancurkan semangat melawan yang masih berbaki.

Pemain antarabangsa yang hebat seperti Cina bila berlawan dengan pimple pun agak goyah. Tapi mereka atasi dengan spin konsisten berselang-seli dengan placing dan "chopping" yang menyebabkan pemain pimple terpaksa berlari-lari dari belakang ke bahagian depan meja.

Mereka mampu melayan pimple kerana pukulan spin mereka cukup ampuh lagi mantap. Mereka mengawal tempo permainan dan tidak memberi ruang pemain pimple duduk rileks. Bila serangan bertali arus menjadi, pemain pimple ini pula yang geram kerana mereka seperti orang "pengutip bola". Akibatnya mereka yang sepatutnya "defend" mula bertindak "attack" yang menjadikan mereka lari dari konsep pimple. Bila emosi dah tinggi, banyaklah kesilapan berlaku.

Tahap kawalan perlu mantap untuk melawan pemain pimple. Anda perlukan stamina yang tinggi. Pengalaman bermain dengan pimple akan membuat anda faham bahawa bola getah pimple tidak boleh  di layan cara biasa, iaitu tarik bet untuk spin. Boleh main spin tapi jangan attack berturut-turut kerana anda perlu spin dan spin semakin kuat dan akibatnya bola sangkut di net.

Spin attack dan pastikan bola terus mati, untuk sekali atau dua kali attack sahaja. Kalau sudah lebih dari itu, dengan ralli yang terlalu lama maksudnya anda tak mampu "kill off the game" dan anda tak mampu attack dengan ampuh. Cubalah selang-selikan attack dengan "chop". Kalau nak terus chop dan chop saja pun tak ada masalah. Dalam tournament main cantik tak siapa pandang. Yang penting menang.

Bila training, main saja dengan pemain pimple dan jangan takut kalah. Pemain pimple ni sebenarnya dia yang takut kalah, sebab itu dia guna pimple. Dia mahu menang dengan apa cara sekalipun.

Lagi satu anda mesti biasakan diri melayan bola chop. Bila anda dah biasa melayan bola chop maka anda akan biasa juga melayan getah pimple. Ini kerana bola chop juga seakan pimple yang datang dengan pusingan laju dan sukar untuk di spin. Anda perlukan skil chop yang lebih lagi untuk mengatasi pemain pimple berkenaan. Cari training partner yang boleh melatih anda menigkatkan kualiti anda melayan bola chop.

Kalau anda rajin berlatih Insya Allah anda akan faham sangat kerenah getah pimple ini. Ia memang nampak sangat mengancam pada mulanya tapi bila anda sudah faham anda akan tahu cara melayan getah pimple dengan baik. Lagipun bola getah pimple ini tidaklah selaju getah licin dari segi speed, cuma ia datang dengan isi yang berat dan ada sifat "wobble" iaitu bola bergetar secara rawak. Kalau anda juga ada isi di dada, Insya Allah anda boleh saja kalahkan pemain pimple tanpa banyak sangat masalah.

Kalau dah tak boleh juga, maka nampaknya terpaksalah anda juga guna getah pimple. Cuba pakai sebelah dulu seperti backhand. Tujuannya ialah supaya anda sendiri faham akan feel dan kerenah getah pimple yang sebenarnya. Ini membolehkan anda alami atau rasai sendiri kelemahan getah pimple itu secara langsung dan kuranglah rasa gerun yang keterlaluan pada getah pimple.

Kalau tak biasa memang sakit hati bila berlawan dengan pimple. Untuk maju dalam ping-pong, anda kena tahu layan pimple. Itulah cara nak naik. Kalau anda mabuk pimple maknanya anda belum faham sepenuhnya konsep getah ping-pong. Bukan setakat mabuk, tapi tengok sendirilah gambar getah pimple yang saya letakkan gambar berdarah tu, apa maksudnya anda fikirlah sendiri.

Selamat berlatih.    

Rabu, Disember 16, 2015

Kenangan skuad emas 2015


Acara ping-pong adalah salah satu acara yang dipertandingkan dalam karnival sukan tahunan GMI. Inilah
pemain-pemain yang mewakili pasukan staff dalam karnival sukan GMI pada 12 November 2015.
 Setelah berhempas-pulas dan sedikit rasa gabra, akhirnya kami berjaya menang pingat emas.

 Tahniah kepada semua pemain dan manager.
Skuad paling handal di GMI. Ok la tu, lawan student jer pun...ki ki ki.

RM 29.47


Income setakat hari ini dari Nuffnang adalah RM 29.47

Memandangkan ada banyak lagi hari sebelum menjelang 2016, Insya Allah target untuk RM 30 sebelum tahun baru akan tercapai.

Jadi untuk tahun depan boleh la merancang untuk target baru. Menulis blog untuk menjana pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama kalau anda bukan personaliti popular atau ahli politik berpengaruh. Apapun kalau anda berusaha dengan gigih, Insya Allah akan ada hasilnya nanti.

Kalau dapat buat RM 30 sebulan pun dah kira hebat. Jadi itulah target saya untuk Januari 2016. RM 30 sahaja. Ikutilah blog ini untuk mengetahui adakah saya akan dapat mencapai sasaran berkenaan. Terima Kasih atas sokongan anda yang sudi membaca blog ini!


Selasa, Disember 15, 2015

Dari Rm 8 ke 8 sen dalam sekelip mata


Pagi tadi sambil lepak nak sarapan aku cek baki prepaid Maxis aku. Ada RM 8 lebih. Fuh banyak gak tu untuk rakyat biasa macam aku.

Sampai kat tempat kerja aku buka e-mel dekat komputer takut-takut ada informasi atau arahan terbaru dari boss.

Suasana di GMI pagi ni sunyi sepi bagai dilanda garuda sebab students tengah final exam di "main hall."

Aku buka whatsapp, sembang sikit-sikit dengan geng IKM.

Tengok telegram pulak ada satu group ni hantar video yang banyak.

Tanpa berfikir panjang aku tekan "download", baru teringat rupanya plan data Maxis dah habis (atau hampir habis, aku tak pasti). Cepat-cepat aku cancel download. Tiba-tiba dapat warning dari Maxis. Aku fikir fuh nasib baik aku dah cancel download.

Tak kisah lah, bukan video apa pun, kat GMI ni pun ada wifi, aku boleh tengok bila free nanti.

Sekali bila aku cek balance dah tinggal 8 sen. Pergghhhhh.....

Bagus kau Maxis. Terbaik lah. Terima kasih Maxis!  

   

Kadar Tol Lebuhraya di Malaysia


Terdapat berbagai lingkaran lebuhraya di Malaysia di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malalysia, LLM.

Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, begitu juga dalam kawasan bandar Kuala Lumpur, menuju ke Klang, Shah. Alam dan sebagainya penuh dengan lebuhraya. Semua lebuhraya ini mengenakan kadar tol tersendiri dengan kadar harga yang berbeda.

Kalau anda merancang untuk berjalan jauh di kawasan semenanjung Malaysia tidak kiralah samaada untuk bercuti makan angin atau balik ke kampung halaman, menyeduiakan duit tol adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan.

Jadi adalah penting bagi pengguna lebuhraya untuk mengetahui kadar tol lebuhraya Malaysia. Pastikan kad touch n go masih berbaki agar perjalanan anda lancar.

Untuk menyemak kadar bayaran tol, bolehlah anda ke laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Saya juga lampirkan link terus ke kadar tol lebuhraya Malaysia yang di ambil dari Lembaga Lebuhraya Malaysia. Sila klik link yang di bawah ini. Sekian, selamat membayar tol demi negara yang tercinta.





 

Isnin, Disember 14, 2015

Rindu tak terbendung (edisi gambar)

Adik aku Yati dan suaminya.

Irfan dan makcik-makciknya

Senyum..


Abah tenang saja...
Ma dan abah mendoakan anak dan menantu

Pengantin lama pun nak tumpang semangkuk


Ahad, Disember 13, 2015

The depth of Chinese strength in table tennis


It's the end of the year guys, and table tennis world tour will achieve it's climax in Lisbon, Portugal, where the penultimate International Table Tennis Federation World Tour Grand final is currently in progress.

At the time of writing, we are about to see the semi final stage where all available 4 slots were already filled up by Chinese peddlers for men category.

At 1345 Lisbon time, Ma Long will face Zhang Jike while
at 1515 Lisbon time, Fan Zhendong will face Xu Xin.

For women category, from the 4 available slots, 3 are Chinese peddlers with one go to Korean peddler.

That is the depth and magnitude of Chinese strength of Chines table tennis.

I mean, if their coaches ever decide to go back to main land China to attend to something else, they are already guaranteed of a certain Silver medal for woman (worst case scenario) while for men events their coaches are already guaranteed of gold, silver and bronze medals all safe in Chinese team camp.

What will be decided in man events is just a matter of who will get what medals. That is the depth of Chinese table tennis squad.    

About 45 minutes from now, Zhang Jike, the current gold Olympic holder of table tennis will face Ma Long, the captain.

My prediction for final is Ma Long vs Xu Xin. This is just prediction. For actual result, please follow it yourself at ittf tv. There will be an online streaming. Just Google ittf tv and make sure you have adobe flash-player already installed on your pc.

My pick for winner is Xu Xin. Again, this is only a prediction. I shall update the actual result later on.


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.