Jumaat, Februari 05, 2016

3 malam di hospital Kajang


Pengalaman di hospital Kajang. Berulang-alik dari rumah-tempat kerja-Hospital Kajang.

3 malam anakku Firas ditahan di hospital Kajang akibat asma. Pagi selasa pergi ke klinik dan tanpa diduga kes dia terpaksa dirujuk ke Hospital Kajang tengah hari itu juga.

4 hari ibunya terpaksa cuti (cuti crk). Terus sambung cuti tahun baru Cina.

Hari ni dah check out. Keadaan Firas dah stabil, cuma kena makan ubat ikut jadual.

Waa hari ni baru 5 haribulan. Duit gaji dah hampir kering. 

Isnin, Februari 01, 2016

Nuffnang tak bergerak


Nuffnang tak gerak.

GMI tak bagi OT.

Anak gua sakit.

Gua pun sakit.

Member tak contact.

Cantik.

Ahad, Januari 31, 2016

Sate Kajang


Perkara pertama yang terlintas di fikiran orang luar Kajang bila pertama kali sampai ke Kajang ialah sate. Begitulah popular dan sinonimnya nya sate dengan pekan Kajang. Bagi orang yang memang tinggal di Kajang seperti aku pula, makanan terakhir yang aku akan cari ialah sate. Dah muak dah, cuma sesekali tu boleh la itupun kalau ada tetamu datang ke rumah dan mereka mahu cuba sate Kajang.

Sate Kajang yang popular ialah sate Kajang Haji Samuri. Sate Kajang Willy pun popular juga. Sate Samuri ni kira legend lah kat Kajang. Kalau datang Kajang memang tak sah kalau tak pergi makan sate Samuri.

Restoren sate Kajang Samuri terletak di tengah-tengah bandar Kajang, bersebelahan stadium Kajang.

Aku bukan rajin sangat nak redah bandar Kajang yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Maka sebab itulah perkhidmatan penghantaran sate Kajang ni merupakan berita baik untuk orang Kajang dan kawasan sekitarnya.

Orang sekitar Kajang boleh order dan tunggu je sate sampai kat rumah.

Tapi kena order lebih dari 50 cucuk barulah dia hantar rumah.

Hari tu mak mertua datang aku order 50 cucuk.

Pesan sate perut tapi sate daging yang sampai.

Sabtu, Januari 30, 2016

Rekod hari ini


Lawan abg hensem menang 3-2
Lawan Mc Lee Wang Hao kalah 4-0
Lawan adik student seri 2-2

Lepas main ingat nak masuk kerja kerja kejap tapi cancel sebab baju dah basah lenjun habis.

Jumaat, Januari 29, 2016

Mukhriz, kata kunci terhangat masa kini


Semua orang mula mencari Mukhriz.

Mukhriz tiba-tiba menjadi popular dan disokong.

Mereka yang bukan Kedah pun sokong Mukhriz.

Google dilimpahi carian perihal Mukhriz.

Mukhriz oh Mukhriz.

Ada apa dengan Mukhriz?

Menteri Besar Kedah


Maaf la tajuk gempar sikit. Sebab isu tergempar sekarang ialah Menteri Besar Kedah. Khabarnya Kedah nak tukar Menteri Besar. Pasai apa tiba-tiba nak tukar aku manalah tahu, aku ni rakyat biasa.
 
Yang aku tahu orang tukar kalau ada masalah seperti Menteri Besar tiba-tiba hilang akal menjadi gila. Mukhriz masih waras aku rasa.

Pasai apa berebut nak jadi Menteri Besar, itu kan tugas dan amanah besar, susah nak pikul. Masing-masing duit dah banyak masih nak kejar pangkat kenapa. Lain la macam aku duit pun cukup makan belum tentu.

Yang aku tahu manusia ni tak pernah puas walau harta dah banyak. Satu perkara yang manusia perlu ialah sosial status. Sebab tulah manusia sanggup mati-mati pertahankan jawatan.  

Kehilangan jawatan adalah sesuatu yang dianggap memalukan. Contohnya seperti Jose Mourinho yang dipecat oleh kelab Chelsea. Mourinho siap tutup muka bila keluar dengan kereta mewahnya dari pejabat manager Chelsea. Bukan salah apa pun dia.  

Mukhriz Tun Mahathir nanti macam manalah agaknya bila dia disuruh kemaskan barang dan keluar dari pejabat Menteri Besar. Pastilah ia kelihatan sangat kekok dipandang.                                                                          
Kalau Mourinho dipecat sebab Chelsea banyak kalah, Mukhriz pula entah kenapa perlu dipecat.

Orang kata politik itu kotor, maka jangan campur politik.

Tapi kan, semua orang berpolitik. Politik ialah seni mengurus hidup. Menantu berpolitik dengan mertua, ayah berpolitik dengan anak, cikgu berpolitik dengan guru besar. Politik tidak kotor, tapi pemain politik mungkin kotor. 

Jadi, apa pendirian anda?

Khamis, Januari 28, 2016

Ini bukan main-main punya


Keadaan ekonomi sangat meruncing. Harga minyak dunia turun, harga pula rumah naik. Harga barang keperluan asasi semua naik. Nak beli di Mydin pun mahal juga. Belanjawan negara dirombak.

Rumah di Bangi sangat mahal jauh atas kemampuan orang biasa.

Student ramai nak berhenti kerana loan mereka lambat. Satu keadaan yang jarang berlaku.

Aku tak terkejut kalau silap perhitungan institusi besar seperti tempat kerja aku juga boleh gulung tikar, kalau tak kena gaya.


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.