Isnin, September 26, 2016

189


Harga masih sejuk seperti semalam. 189 ialah harga yang agak panas juga.

Minggu ni bermula dalam keadaan suram. Hujung minggu sabtu dan ahad air tak ada di kuarters tempat aku tinggal. 

Pagi isnin pun air belum ada. Pagi ada sekejap tapi aku tak sempat mandi. Sungguh tak selesa pergi kerja dalam keadaan macam ni. Tapi aku terpaksa gagahkan jua.

Malam aku ke masjid jalan bukit kajang untuk ambil air. Masjid tu ialah masjid yang macam masjid india di Klang, di mana kaum india menjadi ahli besar masjid itu. Lepas beberapa kali aku ulang-alik dari paip ke kereta, tok siak datang dan pandang aku semacam. Dia sound aku, dah mintak dengan ustaz ke? Aku buat muka dono dan cakap aku ambil sikit saja.   

Dalam keadaan macam ni air adalah lebih berharga daripada emas. 

Ahad, September 25, 2016

189

Harga kembali sejuk sedikit. 



Harga manggis di AEON Alamanda ialah rm8.50 sekilogram. Aku pernah beli manggis di Pahang dengan harga rm4 sekilo. Itu rekod paling murah. Bila di KL harga manggis dijual pada harga rm7 sekilo pun aku dah tak sanggup. 

Anda mungkin memandang remeh analogi harga manggis ini sebagai bukti wang hilang kuasa beli, tapi perkara ini tidak berlaku pada manggis sahaja. Kalau pergi ke pasaraya yang  jimat sekalipun seperti econsave, harga semua jenis buah telah menjadi mahal. Bahkan harga sayuran pun mahal. 

Buah dan sayur adalah keperluan asasi manusia dan bukan barang mewah, tetapi semua itu sekarang ini sedang menuju ke arah mahal dan mahal dan mahal. Bayangkanlah bagaimana ekonomi dalam keadaan begitu dan pengguna pada masa sama menanggung pelbagai hutang. 

Saya bukan mahu takutkan sesiapa cuma saya mahu anda faham dan tahu kerumitan yang bakal menjelang tiba pada masa hadapan. 

Blog ini akan menjadi saksi kepada perkara itu.

Dari masa ke semasa saya bercerita tentang harga barangan yang remeh temeh tetapi besar kesannya kepada cara hidup kita di masa yang akan datang. 

Sabtu, September 24, 2016

190


Sudah masuk hari kedua harga berada pada paras 190. Paras ini cukup penting kerana ia menghampiri 200. Sebagaimana yang kita tahu jangkaan umum harga emas ialah melepasi 200 sebelum tahun baru 2017. 

2017 sebenarnya masih agak jauh tetapi ramalan ini nampaknya semakin dekat dan semakin nyata.

Saya mula kenal dan melabur dengan emas Public Gold semasa harga bermain pada paras 170.

Jumaat, September 23, 2016

190


190 setakat ini ialah harga termahal untuk bulan 9.

190 ialah satu milestone atau tanda aras yang agak penting. Namun agaknya ia akan bertahan dan esok kembali turun sedikit. Aku mungkin silap.

Pun begitu menjelang penghujung tahun harga ini akan bakal mencium paras 200 mengikut ramalan banyak pakar. 

Jadi kalau nak beli pada paras 190 rasanya tak ada masalah. Aku sendiri tak berani beli pada paras ini. Aku akan tunggu sedikit masa bila parasnya sekitar 185. Tapi aku tak boleh menunggu terlalu lama. Rasanya keadaan sudah agak panas kerana pilihanraya president US semakin dekat. 

Tarikh keramat 29 / 9 / 2016 juga semakin dekat. Tarikh itu kononnya ekonomi US akan berdepan waktu sukar dan harga emas masa tu akan melonjak. 

Kita cuma boleh meramal tapi masa depan kita tidak tahu. Pun begitu kita boleh pandang sejarah kerana sejarah selalu berulang. Ambillah iktibar dari sejarah. 

Masih ada masa untuk membeli emas. Cari waktu terbaik anda. Saya akan terus membantu anda menyediakan data setiap hari, InsyaAllah.  

Khamis, September 22, 2016

189

Hari ni harga melonjak naik rm2 kepada 189.


Harga GAP dengan harga beli emas fizikal adalah berbeza. Anda mesti perhatikan sendiri yang mana lebih untung. Setiap hari ia sentiasa berubah-ubah. Tetapi secara umumnya membeli emas secara fizikal (on the spot) adalah lebih untung kalau anda membeli emas fizikal yang besar seperti 250 gram, 500 gram atau 1000 gram. 

Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp saya 012-9108905

Rabu, September 21, 2016

187

Harga emas kekal pada paras tertinggi. 

Selasa, September 20, 2016

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.