Jumaat, September 30, 2016

188


Salam jumaat kepada semua peminat emas. Jom kumpul emas satu bulan satu gram pun dah ok.
Harga hari ni kira masih cantik sangat. Walaupun 1 gram sebulan kalau setahun dah 12 gram, sekurang-kurangnya duit anda dah selamat dari bocor nilai.

 

Khamis, September 29, 2016

188


Emas public gold memiliki harga standard. Semua agen public gold akan rujuk harga ini sebelum menjual. Sebagai pembeli anda juga melihat data yang sama. Kita bersikap telus dan terbuka. Tiada rahsia antara kita. Kalau anda beli dengan saya sebagai introducer, saya dapat komisyen 1 peratus. 

Kalau minat melabur emas fizikal, carilah Public Gold kerana syarikat ini telus. Public Gold memiliki 18 cawangan seluruh negara. Public Gold adalah jenama emas yang membekalkan emas kepada Pos Malaysia. Public Gold juga adalah jenama yang ditugaskan menempa emas peringatan pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Public Gold adalah nama yang dipercayai. Kami tidak akan sesekali merosakkan kepercayaan ini dengan membuat perkara bodoh seperti menjual emas palsu.

Rabu, September 28, 2016

188

Masih ada masa untuk kumpul emas sebelum pilihanraya president USA. 

Tahukah anda setiap kali US mendapat president baru ekonomi dunia akan bergolak? Ini kerana president baru akan mula berbelanja besar. Akibatnya defisit negara US bertambah. Bila hutang bertambah maka nilai duit akan jatuh. Bila perkara ini berlaku harga emas secara umumnya akan naik menjadi semakin mahal.

Selasa, September 27, 2016

Isnin, September 26, 2016

189


Harga masih sejuk seperti semalam. 189 ialah harga yang agak panas juga.

Minggu ni bermula dalam keadaan suram. Hujung minggu sabtu dan ahad air tak ada di kuarters tempat aku tinggal. 

Pagi isnin pun air belum ada. Pagi ada sekejap tapi aku tak sempat mandi. Sungguh tak selesa pergi kerja dalam keadaan macam ni. Tapi aku terpaksa gagahkan jua.

Malam aku ke masjid jalan bukit kajang untuk ambil air. Masjid tu ialah masjid yang macam masjid india di Klang, di mana kaum india menjadi ahli besar masjid itu. Lepas beberapa kali aku ulang-alik dari paip ke kereta, tok siak datang dan pandang aku semacam. Dia sound aku, dah mintak dengan ustaz ke? Aku buat muka dono dan cakap aku ambil sikit saja.   

Dalam keadaan macam ni air adalah lebih berharga daripada emas. 

Ahad, September 25, 2016

189

Harga kembali sejuk sedikit. 



Harga manggis di AEON Alamanda ialah rm8.50 sekilogram. Aku pernah beli manggis di Pahang dengan harga rm4 sekilo. Itu rekod paling murah. Bila di KL harga manggis dijual pada harga rm7 sekilo pun aku dah tak sanggup. 

Anda mungkin memandang remeh analogi harga manggis ini sebagai bukti wang hilang kuasa beli, tapi perkara ini tidak berlaku pada manggis sahaja. Kalau pergi ke pasaraya yang  jimat sekalipun seperti econsave, harga semua jenis buah telah menjadi mahal. Bahkan harga sayuran pun mahal. 

Buah dan sayur adalah keperluan asasi manusia dan bukan barang mewah, tetapi semua itu sekarang ini sedang menuju ke arah mahal dan mahal dan mahal. Bayangkanlah bagaimana ekonomi dalam keadaan begitu dan pengguna pada masa sama menanggung pelbagai hutang. 

Saya bukan mahu takutkan sesiapa cuma saya mahu anda faham dan tahu kerumitan yang bakal menjelang tiba pada masa hadapan. 

Blog ini akan menjadi saksi kepada perkara itu.

Dari masa ke semasa saya bercerita tentang harga barangan yang remeh temeh tetapi besar kesannya kepada cara hidup kita di masa yang akan datang. 

Sabtu, September 24, 2016

190


Sudah masuk hari kedua harga berada pada paras 190. Paras ini cukup penting kerana ia menghampiri 200. Sebagaimana yang kita tahu jangkaan umum harga emas ialah melepasi 200 sebelum tahun baru 2017. 

2017 sebenarnya masih agak jauh tetapi ramalan ini nampaknya semakin dekat dan semakin nyata.

Saya mula kenal dan melabur dengan emas Public Gold semasa harga bermain pada paras 170.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.