Minggu ni ramai orang convo. Tahniah pada para graduan yang bakal menerima ijazah, diploma, master phd dan sebagainya. Selamat menempuh alam pekerjaan yang bukan sedikit cabarannya.
Keadaan ekonomi agak kurang baik pada masa ini. Harga ringgit berbanding US jatuh agak teruk dek penangan piliharaya President US yang berlaku keputusan luar dugaan sebagaimana kes Brexit tidak lama dahulu.
Apa yang mampu kita (saya) buat ialah cuba berjimat-cermat dalam keadaan semua perkara mahal.
Saya bertugas di GMI esok menyambut ketibaan tetamu pada hari kedua konvokesyen GMI. Tahun ni berlangsung dua hari sebab ramai student yang grad. Tapi lepas ni (next convo) student tak ramai.
Sebagai ushertte atau penyambut dan pelayan tetamu, mestilah sentiasa senyum dan wangi. Nak kena pakai blazer baru segak. Jadi saya cuma beli blazer terpakai sahaja pada harga 50. Kalau blazer yang baru 250 pun baru dapat sewa sahaja.
Dalam keadaan sekarang ramai orang yang terpaksa bekerja keras. Apapun mari kita selamatkan ekonomi yang semakin parah. Salah satu caranya ialah dengan menyimpan emas.