Jumaat, November 25, 2016
Khamis, November 24, 2016
Siapa tak marah beb
Aku sejak mula-mula dapat gaji bulan hujung 10 (Oktober) hari tu lagi dah tak ada duit. Serius, sebab apa? Sebab dapat saja gaji aku bayar semua hutang kad kredit berjumlah 2000 lebih. Aku dapat survive dengan pajak sedikit emas yang aku ada dekat pejabat Pos. Wife aku pun ada back up juga. Boleh la sikit-sikit merangkak.
Jadi aku amat pasti baki akaun bank CIMB aku ialah exactly 20.00 (dua puluh ringgit) kosong sen.
Dan aku check benda ni banyak kali.
Esok gaji bulan 11, malam ni aku check lagi..konon takut gaji masuk awal. Terkezut aku tengok baki 11 hengget lebih jer. Apa jadahnya?
Akaun CIMB aku 20 adalah paling minimum dah tak boleh usik dah nak keluar habuk pun bank reject.
Rupanya ada yuran tahunan 8 hengget. Campur lagi GST 48 sen. Perggh.
Kuat betul korang mengepau ya.
Akan datang lagi dahsyat. Korang nak tahu apa dia?
Negetif interest rate. Maksudnya macam ni. Kalau dulu ko simpan duit bank akan beri sedikit bunga pada korang. Itu nama dia positif interest rate.
Jadi kalau negetif interest rate maksudnya..
Kalau ko simpan duit dekat bank, ko pulak yang kena beri bunga kepada bank. Polisi ini telah pun berlaku di Jepun dan sebahagian Eropah. Amerika sedang nak cuba buat.
Akan berlaku juga di Malaysia yang memang suka ikut orang putih nih..macam biasa la beb.
Tak percaya? Hari tu kan bank negara dah umumkan BLR turun kepada 3 percent. Slow-slow dan step by step la dia buat. Bukan apa, takut korang semua terkezut macam aku ni lah. Dia akan cari lah masa orang tengah leka dia umukan macam tu saja. Orang pun tak ambik tahu pun. Hakikatnya, duit dah kena makan senyap-senyap.. (dari segi nilai).
Faham ke tak faham ni? Aku nak tidurlah.
Rabu, November 23, 2016
Selasa, November 22, 2016
Isnin, November 21, 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.