Jumaat, Disember 02, 2016

A record low


Dah lama harga emas tak jatuh serendah ini.

Rabu, November 30, 2016

Cerita semalam


Ceritanya bermula awal pagi.

Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. Jam dah 8 lebih aku baru nak bergerak.

Aku bergerak agak laju, konon nak kejar dapat punch card sebelum 8.30 pagi.

Lepas hentian Kajang ada satu kereta Alza duduk ikut jentera jengkaut. Aku tanpa fikir panjang ambil bahagian tengah untuk potong kereta itu sebab dari arah depan clear sangat.

Tiba-tiba kereta itu belok ke kanan sedang elok aku duduk tepi dia.

Aku pun terjunam jatuh. Nasib baik tak cedera teruk, cuma siku dan lutut ada la sikit calar. Terkejut dan rasa takut jugak.

Kereta alza pun ada sikit kemek kat bahagian atas tayar depan.

Dia call bapak dia datang.

Bapanya salahkan aku sebab potong kat double line.

Lepas ke bengkel Cina katanya kos repair RM500. Bapak dia kata ada kawan boleh repair lagi murah. Jadi mereka kata bayar 300 jer kat mereka.

Aku cucuk duit dan bayar 300 kat suami perempuan itu. Motor aku aku belum repair. Bengkok sikit kat bahagian handle. Bawak pun dah tak sedap.

Soalan: Kalau potong sebelah kanan salah sebab double line, kalau potong sebelah kiri pun salah juga nanti katanya memotong sebelah kiri. Jadi nak potong sebelah mana?

 

Sakit lagi

Syukur segala puji bagi tuhan

Selasa, November 29, 2016

Isnin, November 28, 2016

Emas sentiasa berharga


Harga GAP hari ini 182. Antara harga yang termurah lagi semenjak jatuh ke 181. 

Walaupun begitu emas tetap bernilai dan berharga. Semasa Donald Trump menang secara mengejut jawatan president USA harga GAP melonjak kepada 192.

Harga komoditi lain terus naik dan merisaukan sebenarnya keadaan ekonomi Malaysia ini.

Petang tadi aku singgah pasar malam jalan Reko. Harga cempedak goreng ialah RM5 untuk 12 biji.

Ahad, November 27, 2016

Putrajaya sesak bila musim gaji

 

Ramai sungguh orang kat Alamanda hari ni. Maklumlah masing-masing baru dapat gaji dan tambahan pula musim cuti sekolah sudah tiba. 

Harga barang kat Alamanda memang agak dan boleh membuat orang berpeluh. Dengan RM3 lebih aku hanya mampu membeli 4 ulas nangka madu yang cukup untuk kami 4 beranak seorang seulas. 

Selain itu kami juga beli beg sekolah baru untuk irfan. Walaupun trolley kami tak penuh tapi jumlah harga mencecah 200 lebih. 

Pekerjaan sebagai cashier di Alamanda ditawarkan gaji sebanyak 1400 lebih. Hmm nilai 1400 adalah sangat sedikit dalam dunia hari ini zaman ini yang mana semua benda adalah mahal.

Cuaca agak tak menentu dan sebelah petang lebih cenderung untuk hujan.  

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.