Ahad, Disember 04, 2016

Hadiah harijadi terbaik


Hari jadi adalah hari yang istimewa buat semua orang. Meraikan hari jadi semestinya dengan pemberian hadiah yang istimewa juga.


Jika anda masih mencari idea barang apakah yang paling sesuai untuk dijadikan hadiah harijadi, izinkan saya memberikan cadangan. Hadiahkan sahaja meraka 1 gram emas Public Gold.

Kad emas 1 gram yang bersaiz kad kredit ini memang sangat berharga lagi comel dan boleh diselitkan bersama kad ucapan Happy Birthday anda. Ianya pasti menjadi satu hadiah yang akan dikenang sepanjang hayat oleh si penerima. 

Harga sekeping kad ini ialah RM 215 sahaja. Untuk pemegang akaun GAP pula harganya berdasarkan harga GAP 1 gram emas yang berubah setiap hari. (biasanya sekitar 180-190). 

Ayuh dapatkan hari ini sebelum terlambat. 

Hubungi saya 012-9108905 *whatsapp/telegram/call/sms untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

     

Jumaat, Disember 02, 2016

Emas terbaik di Malaysia


Sekiranya anda mencari emas terbaik di Malaysia, apa kata anda teliti jawapan saya. Kenapa saya katakan Public Gold adalah platform pelaburan emas terbaik di Malaysia? 

Membeli emas sewajibnya anda perlu mencari syarikat yang betul sebabnya, kalau salah beli emas rendah kualiti atau lebih malang lagi emas palsu memang menangis tak berlagu lah jawabnya. Macam-macam masalah seperti susah jual balik, kedai emas tak percaya dan sebagainya.

Di sinilah tampilnya syarikat Public Gold.

Public Gold adalah syarikat menjual emas fizikal antara yang terbesar di malaysia dengan 18 cawangan dan sedang berkembang dengan amat pesat semenjak mula beroperasi pada 2008. Dengan cawangan yang banyak, anda mempunyai lebih fleksibiliti dalam urusan jual beli emas. Bukan sahaja emas, Public Gold juga menjual perak, barang kemas dan emas peringatan. Public Gold juga bersedia membeli emas-emas lama milik anda.

Sekarang zaman internet. Kredibiliti sesuatu syarikat boleh dinilai dengan agak mudah dengan hanya melihat sendiri website mereka. Public Gold menjual emas dengan telus di mana harga emas fizikal LBMA dimuat naik serta berubah pada setiap 20 minit. Harga ini adalah disandarkan pada harga emas spot sedunia yang bergerak 24 jam setiap hari bila market dibuka.

Public Gold menjalankan perniagaan dengan rakan perniagaan yang ternama. Rakan yang saya maksudkan itu ialah Pos Arrahnu. Ini menjadikan proses memajak emas jenama Public Gold menjadi mudah. Untuk makluman, Pos Arrahnu menerima pajakan jongkong emas daripada dua syarikat sahaja dan salah satunya ialah Public Gold.

Public Gold mempunyai sistem jual-beli emas secara online, sistem "lock harga". Emas tidak dipos tetapi perlu diambil sendiri, cuma proses membeli boleh dibuat terlebih dahulu secara online dan rekod akan disimpan di dalam akaun GAP anda. Semua pembeli emas Public Gold mestilah mendaftar sebelum membeli emas. Membeli emas pada harga terbaik adalah semudah membeli secara online sahaja.

Dengan status emas LBMA, emas ini mudah dipajak atau dijual di mana-mana kedai emas di seluruh dunia tanpa perlu membuka "seal". Berbeza dengan emas barang kemas, emas LBMA Public Gold adalah bebas dari GST kerana ia dikategorikan sebagai jongkong emas pelaburan.

Sistem jual dan beli dipaparkan secara telus setiap hari. Sistem pembelian melalui program GAP membolehkan mereka yang bermodal kecil membeli emas dengan serendah 1 gram sahaja.

Terdapat pelbagai rekaan corak kad emas yang menarik bermula dari seberat 0.5 gram, 1 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram serta 1000 gram.

Public Gold adalah syarikat emas yang dipilih untuk menempa emas peringatan pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia. Itulah bukti jitu prestij syarikat emas Public Gold.

Pada hemat saya dan pengalaman sendiri, Public Gold adalah yang terbaik kerana bila anda membeli emas, anda bukan sahaja dapat emas, tapi yang lebih mustahak ialah anda bakal mendapat ilmu dan kenalan serta persahabatan yang berkekalan.

Bila anda membeli emas, anda hanyalah menukar duit kertas kepada aset yang lebih baik, tahan inflasi dan bebas dari manipulasi pihak luar. Kekayaan terletak di tangan anda. Siapa simpan emas dia menyimpan dari kebocoran harta.

Itulah Public Gold yang saya kenal.

Nak beli emas Public Gold? Register sini REGISTER

Whatsapp saya 012-9108905 selepas register. 

A record low


Dah lama harga emas tak jatuh serendah ini.

Rabu, November 30, 2016

Cerita semalam


Ceritanya bermula awal pagi.

Aku masuk kerja pukul 8.30 pagi. Jam dah 8 lebih aku baru nak bergerak.

Aku bergerak agak laju, konon nak kejar dapat punch card sebelum 8.30 pagi.

Lepas hentian Kajang ada satu kereta Alza duduk ikut jentera jengkaut. Aku tanpa fikir panjang ambil bahagian tengah untuk potong kereta itu sebab dari arah depan clear sangat.

Tiba-tiba kereta itu belok ke kanan sedang elok aku duduk tepi dia.

Aku pun terjunam jatuh. Nasib baik tak cedera teruk, cuma siku dan lutut ada la sikit calar. Terkejut dan rasa takut jugak.

Kereta alza pun ada sikit kemek kat bahagian atas tayar depan.

Dia call bapak dia datang.

Bapanya salahkan aku sebab potong kat double line.

Lepas ke bengkel Cina katanya kos repair RM500. Bapak dia kata ada kawan boleh repair lagi murah. Jadi mereka kata bayar 300 jer kat mereka.

Aku cucuk duit dan bayar 300 kat suami perempuan itu. Motor aku aku belum repair. Bengkok sikit kat bahagian handle. Bawak pun dah tak sedap.

Soalan: Kalau potong sebelah kanan salah sebab double line, kalau potong sebelah kiri pun salah juga nanti katanya memotong sebelah kiri. Jadi nak potong sebelah mana?

 

Sakit lagi

Syukur segala puji bagi tuhan

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.