Sabtu, September 02, 2017
Ada apa dengan September?
Ada satu perkara bakal berlaku pada bulan September. Anda sudah melihat, dengan mata hati?
Anda sudah melihat bagaimana dalam dua tiga hari ini harga emas spot dunia sudah naik melepasi paras 1300. Ini kerana pelabur sudah dapat mencium apa yang bakal berlaku, maka ramai yang mengambil langkah membeli emas. Tapi apa yang bakal berlaku pada September atau 29 September ini yang lebih tepat?
Pada 29 September negara US akan kehabisan wang perbelanjaan dan mereka perlu membuat usul baru bagi menaikkan lagi paras takat hutang negara. Mereka perlu bersidang dan meluluskan usul ini sebelum 29 September. Kalau usul ini gagal maka akan berlaku "default", maksudnya akan berlaku kes tidak bayar hutang. Tidak ada gempa bumi atau bangunan runtuh atau bom meletup, cuma tidak bayar hutang saja?
Untuk anda yang masih belum faham, negara US berbelanja dengan cara berhutang. Setakat ini hutang mereka sudah mencecah 20 Trillion US Dollar. Ini bukanlah satu angka yang kecil. Mereka berhutang kerana mereka berbelanja untuk kekal berkuasa sebagai kuasa besar dunia. Gaji askar dan peralatan tentera dari kapal terbang, komputer dan segala bagai semuanya perlukan gaji dan duit belanja.
Jangan salah faham, saya bukan mengatakan bahawa negara US ialah negara miskin, bahkan mereka sekarang ini ialah negara super power yang terhebat dalam dunia. Tetapi apa yang pincang dengan negara US ialah sistem ekonomi mereka. Negara mereka berhutang dengan banyak dan mereka simpan emas mereka. Anda masih belum faham?
Duit hanyalah kertas. Kertas itu kertas bercetak. Tidak ada apa pada kertas itu kecuali kita manusia yang terlalu bodoh bila percaya pada kertas. Kertas itu bernilai kerana kita percaya bahawa ia bernilai. Kalau kita hilang kepercayaan itu maka apa yang ada ialah kertas bercetak sahaja.
Sebagai kuasa dunia, US boleh berbelanja apa sahaja yang mereka mahu dengan duit mereka iaitu US Dollar kerana US Dollar ialah wang dunia. Mereka mudah saja mencetak (meminjam) duit dengan sewenang-wenangnya. Akibatnya sekarang butang negara mula mencecah 20 Trillion.
Negara US ialah negara yang ada peraturan dan mereka memang patuh pada peraturan. Mereka membuat peraturan. Peraturan mereka ialah meraka boleh pinjam sehingga 18 Trillion sahaja. Mereka pinda peraturan itu pada 2015. Sekarang ini pada 2017 mereka perlu pinda lagi peraturan kerana jumlah pinjaman sudah nak masuk 20 Trillion, maka peraturan baru mengenai hutang perlu dibuat.
Begitulah perkara ini berlaku. Apa yang pelik mereka sedikit pun tak mahu usik simpanan emas negara mereka yang setakat ini paling banyak dalam dunia.
Rabu, Ogos 16, 2017
Penat
Malam ni ada seminar BOP encik Zul di Bangi.
Aku tak pergi, terlalu penat. Badan, minda dan fizikal.
Esok nak kena selesaikan hal yuran lagi
Isnin, Ogos 14, 2017
Panduan beli dan melabur emas jongkong
1. Pastikan jongkong emas itu mempunyai status LBMA, London Bullion Merchant Association. Bila ada LBMA senang nak jual atau pajak di luar negara.
2. Kalau boleh, beli terus yang besar seperti satu kilo kerana akan menjadikan purata harga setiap gram lebih rendah dan juga untung lebih tinggi bila harga emas naik.
3. Beli di kedai atau syarikat emas, jangan beli dari tangan orang perseorangan bagi mengelak penipuan, kecuali anda telah kenal dengan penjual tersebut.
4. Pastikan syarikat itu telah menetapkan harga jual dan harga beli dengan serentak pada masa anda beli.
5. Pastikan syarikat itu mempunyai banyak cawangan di seluruh negara agar anda mudah untuk menjual balik semula emas itu bila harga menjadi cantik.
6. Kalau boleh jangan jual emas anda, kecuali benar-benar terdesak, atau sudah sampai matlamat.
7. Jangan cerita pada kawan yang anda ada emas.
8. Sentiasa ambil tahu harga terkini emas agar anda tahu berapa harga yang sesuai untuk bertindak. Tak perlu terlalu detail, cukup sekadar berapa harga terhampir yang anda biasa.
9. Simpan di tempat yang terjamin selamat dan tidak terjangkau oleh imaginasi orang. Kalau tidak ada, sewa peti simpanan dari pihak ke tiga.
10. Pastikan emas itu senang untuk dipajak di kedai emas dan tak perlu pemeriksaan lanjut. Dalam kes ini, cari emas yang sudah terkenal jenamanya. Di Pos Ar Rahnu hanya dua jenama yang diterima tanpa pemeriksaan lanjut (buka seal) iaitu PAMP Suisse dan Public Gold.
11. Keluarkan zakat bila cukup haul dan berat selepas setahun anda menyimpan emas.
Isnin, kerja lah
Pagi bermula agak kelam kabut bila aku bangun awal, bersahur tetapi aku hanya duduk layan mata selepas sahur akibat asma malam tadi menyebabkan aku kepenatan.
Di tempat kerja pun aku agak mengantuk.
Mujurlah aku puasa, bila puasa tak lah rasa lapar waktu tengahari dan aku hanya rehat saja di bilik.
Petang main ping-pong, 4 orang jer, tapi enjoy je lah. Balik dah dekat azan. Buka puasa dan berehat. Niat nak pergi ke Bangi tak jadi sebab lepas berbuka rasa penat, lagipun aku segan dekat Shawn tak ada bawa prospek.
Hmm..macam mana esok? komponents banyak nak kena ganti..nak buat semua tu muntah la aku.
Esok ada PG1 tapi aku kena pergi KLIA ambil aisyah pulak, jadi miss lagi lah kelas.
Ok lah, aku tinggalkan korang dengan kata-kata yang dipetik dari blog dailyreckoning.
Petikan dari Jim Rickards, komen beliau tentang hubungan antara USA dengan Kore Utara.
"This war is coming in mid-2018, if not sooner. Markets have not priced in this outcome. When markets do adjust to the reality of war, it could result in one of the worst market meltdowns of all time."
"You can make your portfolio shockproof by reducing stock exposures and increasing allocations to cash, gold, silver, museum-quality collectibles and land."
Untuk statement pertama kita akan semak semula realitinya nanti.
Ahad, Ogos 13, 2017
Pesanan untuk diri sendiri
Aku selalu lupa. Minum ais. Akibatnya malam kena asma.
Malam tadi pun teruk juga. Terpaksa juga ambil inhaler sampai tiga kali.
Petang keluar ke kedai buku di Bangi temankan wife survey buku.
Ada satu buku menarik. Tajuk nya pasal benda yang akn berlaku di masa hadapan.
Salah satu benda yang akan berlaku pada masa depan ialah perak, ya logam perak akan pupus.
Sabtu, Ogos 12, 2017
Kenduri Bang Salleh
Hari ni pergi kenduri Bang Salleh di GMI. Abang Salleh ialah driver kepada Managing Director GMI. Dia tingal di rumah khas dalam kawasan hostel student. Sedap juga kami makan nasi minyak walaupun caterer tu memang caterer kantin student, kiranya dah hari-hari makan masakan dia pun.
Lepas habis kenduri terus pergi ke Putrajaya Precinct 11, pusat kejiranan. Kat situ ada kolam yang agak cantik. Tapi hujan turun dan kami juga tak bawa baju dan persiapan mandi anak-anak. Cuma pergi sebab ada acara open day perpustakaan di situ. Banyak syarikat buat jualan buku tapi nampaknya sambutan adalah kurang menggalakkan.
Lepas precinct 11 boring sebab macam tak berapa nak happening maka kami terus pergi pula ke Alamanda. Pusing-pusing lah Alamanda sampai malam. Irfan dan Firas pun bukan main penat lagi mereka, tidur sampai tak ingat dunia.
Esok Ahad ada satu saja seminar Public Gold, iaitu seminar BOP oleh encik Zul di Kuching, Sarawak. Orang Sarawak jangan lupa ya datang esok. Pukul 10.30 pagi. Wasap saya untuk details dan tempahan tempat.
Jumaat, Ogos 11, 2017
Hujan
Dah agak lama tak hujan petang-petang. Hari ni hujan agak lebat juga. Sampai rumah habis aku basah lenjun. Kesejukan. Nasib baik hari ni last kerja. Hujan ni adalah hujan rahmat dari tuhan. Jadi bersyukurlah.
Tadi nak main ping-pong lepas balik kerja. Tapi bilik berkunci. Rupanya Jamie guna bilik squash untuk simpan stok air. Tak boleh buat apa sebab Jamie memang boss besar. So cancel plan nak main. Tak keluar peluh la petang ni, makan pulak yang berminyak seperti goreng pisang.
Masa nak balik jack motor aku patah. Langsung tak boleh start motor. Dah la Nono ada, segan pulak aku rasa. Cuba cover macho, dan tolak motor ke tepi, cepat-cepat aku beristighfar. Apa lagi yang aku boleh buat melainkan tolak saja?
Baru beberapa ketika tolak, (belum keluar dari GMI) tiba-tiba ada seorang rider berhenti tolong. Segalanya berjalan baik. Sampai bengkel motor aku tukar jack baru, habis dalam RM 18. Terima kasih bro, walaupun stranger, tetap tolong aku menolak motor.
Lepas ni aku kena simpan duit lagi sebab Aisyah dah nak pergi UK. Pagi tadi check tengok kadar tukaran duit Pound Sterling dengan RM memang terlalu tunggi. Bayangkan kalau Aisyah nak ada dalam 1000 Pound maka kami di Malaysia kena ada tak kurang dari RM 5000. Fuh boleh tahan tu.
Aku kena tingkatkan jualan emas kau lagi. Aku masih pening. Macam mana aku nak jual? Adakah usaha aku masih belum cukup? Apakah lagi yang aku harus perbaiki? Bukan senang nak dekati orang asing nak suruh dia beli emas. Setakat ini aku baru ada 9 orang pembeli emas dan semuanya adalah orang yang memang percaya dan kenal dengan aku.
Setakat ini belum dapat lagi nak cari stranger yang sudi beli emas dari aku. Dekat FB aku dah sampai tahap weird kot orang pandang aku. Seorang mamat yang begitu desperate untuk menjual emas.
Dekat Facebook ada seorang abang polis muda yang minat nak beli emas, tapi sejak kebelakangan ini dia senyap pula. Wasap aku langsung tak mahu dijawabnya. Hmm.
Kadang-kadang bila kawan rapat memberi sokongan barulah semangat aku naik semula. Aku tak boleh putus asa sebenarnya.
Aku menanti 20 Ogos ini dengan penuh debaran. Kerja kuat mempromosi emas adakah akan ada hasil? Semoga tuhan memurahkan rezeki aku agar aku dapat berbakti kepada adik ku yang akan belajar di UK.
Perkara paling sukar bagi diri aku ialah perasaan marah pada diri sendiri. Keadaan itu berlaku pada malam ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.