Rabu, Julai 08, 2020

Jom menulis blog dengan phone, hu hu.

Gambar aku dan bang Naz di tempat kerja. 




Kelakar la aku ni. Hari ni harga perak start naik, tapi aku bertindak terlalu awal. Aku dah jual perak aku yang sekilo tu. Hmmm sedih gak rasa. Namun apa daya, benda dah berlaku. Lagi pun target harga aku dah capai. 2700 saja target aku. Malam dia naik mungkin tak lama dia akan cecah 3000 tu. Tak pe la. 



Isnin, Mei 25, 2020

Raya 2020 dalam PKP


Nampaknya kita beraya kali ini masih dalam keadaan PKPB. Tidak dibenarkan rentas negeri. Cuma boleh beraya sekadar keluarga terdekat dan tidak boleh melebihi 20 orang. Mesti amalkan SOP dan penjarakan sosial juga. Tidak boleh bersalam.

Jadi semalam aku pergi beraya di dua tempat sahaja. Satu rumah adik di Damansara dan yang kedua rumah di Shah Alam rumah kakak ipar. Anak perempuan dia (kakak ipar aku) punya lah bagus, siap lepak kat luar jer, tak mau masuk dalam rumah pun. Dia sedang mengandung dan suami dia pula alahan pada kucing.

Aku dan keluarga pun dah datang dari jauh ni kita orang masuk juga. Tak ramai pun rumah kakak ipar aku, cuma ada suami dia. Aku pun ini pertama kali berjumpa dengan suami baru dia. Seorang yang agak otai dengan memakai baju melayu merah siap degan kain samping berlambang UMNO.

Aku pun rasa agak segan takut tak pandai nak berbual maklumlah dia ni otai tapi aku akhirnya boleh jer masuk sembang-sembang santai sahaja. Jadi tak payah la bercerita panjang ya, kita layan jer gambar-gambar ni.





















Ahad, Mei 17, 2020

Bateri kereta buat hal lagi


Tadi lepas asar nak keluar beli lauk, tiba-tiba kereta dah tak boleh start. Nampaknya bateri buat hal lagi. Baru December lepas aku tukar, ni baru Mei, tak sampai setahun pun, bateri keretaku dah "kong" semula.

Sebenarnya aku dah syak benda ni akan berlaku bila hari tu lampu belakang kereta aku tak padam. Walaupun aku dah pastikan lampu aku dah padamkan, tapi entah ada short kat mana, lampu belakang ni dia tetap menyala. Bila nampak tu aku dah risaukan bateri.

Dengan seminggu lagi nak Raya, dan motor pun masuk bengkel. Esok aku dah kerja nampaknya kena la cari kenderaan awan seperti GRAB. Aku tak punya banyak pilihan nampaknya. Nasib baik jugalah, pasar tempat aku dan isteri nak pergi tu tak jauh sangat, jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. 

Untuk lebih jimat, aku rasa baik aku order bateri secara online dekat Lazada. Tapi aku kena pastikan dahulu saiz bateri sebab kalau beli salah saiz nanti masalah lain pulak akan timbul. Sebelum panggil pomen untuk repair apa salahnya aku cuba dahulu buat apa yang boleh kan, manalah tahu kan kalau jadi, syukurlah.

Begitulah, bila dekat nak Raya ni macam-macam ujian melanda. Aku perlu banyak bersabar dan berlapang dada.

Ramai degil nak balik kampung


Hari raya kali ini nampaknya berbeza dari biasa. Kali ini Hari Raya bakal disambut dalam keadaan kita masih berada dalam PKP (B). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Merentas negeri adalah dilarang oleh pihak kerajaan.

Namun hujung minggu ni begitu ramai yang masih cuba untuk balik kampung dengan merentas negeri. Disebabkan kedegilan ini maka kerajaan kini bertegas akan mengkompaun atau denda sesiapa yang tertangkap cuba melakukan kesalahan cuba balik kampung.

Ya kita faham hasrat anda mahu berhari raya di kampung bersama ibu dan bapa. Kita faham anda mahu berjumpa sanak dan saudara di kampung halaman. Tapi anda harus tahu yang kita bukan berada dalam keadaan normal. Kita masih berperang dengan virus yang mampu membunuh dengan ubat masih belum dijumpai.

Kenapa anda masih cuba juga melakukan perkara yang dilarang? Kenapa anda harus buat-buat tak faham? Kenapa anda berfikir semuanya akan OK? Kita selalunya berfikir begitu. Kita fikir semuanya akan OK. Tapi hakikat hidup bukan begitu. Dalam hidup ini kadang-kadang ada ujian yang datang. Kadang-kadang ada tragedi yang berlaku. Dan kadang-kadang benda itu menimpa kita.

Kita tidak seharusnya berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Ya hari Raya cuma setahun sekali. Tapi bukankah selama ini sudah bertahun-tahun dan sudah berkali-kali kita menyambut hari Raya dengan sempurna. Kalau sesekali kita terpaksa berkorban demi negara dengan hanya kali ini sahaja kita tak balik kampung, apa salahnya? Takkanlah pengorbanan yang sebegitu kecil itu pun kita tak mampu lakukan?

Lihatlah selama ini pasukan hadapan saban tahun sudah biasa berkorban bekerja pada hari Raya. Polis, askar, jururawat, mereka ini sudah biasa bekerja pada hari Raya. Jangan lah kita ini begitu manja dan begitu pentingkan diri sendiri.

Negara kita masih belum tamat berjuang untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Marilah kita sumbangkan apa saja yang kita mampu. Janganlah kita pula menjadi selut yang mahu mengeruhkan lagi suasana.   

Jumaat, Mei 15, 2020

Jangan alpa


Hidup ini penuh dengan cabaran. Keadaan di Malaysia ini masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga. PKP B ini pun masih belum tamat lagi tempohnya. Aku sendiri masih merasa takut untuk keluar dengan sewenang-wenangnya.

Harga emas hari ini kembali naik ke paras tertinggi dalam ringgit malaysia. Harga GAP ialah 159.

Keadaan ekonomi Malaysia nampak masih OK secara luarannya, namun kita tahu banyak juga yang terkesan dan kehilangan pekerjaan.

Jangan kita alpa. Keadaan pandemik yang melanda belum pulih sepenuhnya. Namun sudah banyak premis-premis yang sudah mahu beroperasi sepertti biasa. Semasa saya cuba masuk ke Tesco Semenyih tadi, ramai orang yang beratur untuk masuk maka saya batalkan hasrat untuk masuk.

Minggu depan ada seminggu  lagi saya akan bekerja sebelum menyambut Hari Raya. Hari Raya kali ini sedikit berbeza kerana tiada lagi amalan kunjung mengunjung. Kita mesti terus berjaga-jaga dan jangan alpa.     

Jumaat, Mac 06, 2020

Nak jadi jutawan dengan ASB? Ini faktanya






















1. Anda hanya boleh membeli unit ASB hanya sehingga RM 200 k sahaja. Kalau dah capai 200 k maka apa yang anda boleh buat ialah tunggu sahaja ia berkembang sehingga ke angka sejuta unit.

2. Untuk menunggu sehingga sejuta anda perlu menunggu sehingga 26 ke 27 kali pembahagian dividen asb atau bersamaan jangka masa sekitar 26 hingga 27 tahun!

3. Jika anda bermula dengan 200 k simpanan semasa berumur 20 tahun, anda akan mempunyai harapan menjadi jutawan semasa beumur 50 tahun.

4. Kiraan ini adalah tepat dengan syarat kadar dividen ASB mestilah paling sikit 6 peratus dan ke atas.

5. Segalanya adalah matematik dan ini bukanlah khayalan untuk menjadi jutawan.

6. Sekiranya ada orang bersembang nak jadi jutawan, pastikan dia ada duit 200 k dan masa sekitar 26 tahun untuk mencapainya.

7. Untuk capai lebih cepat dari 27 tahun, anda bolehlah berniaga contohnya dengan syarikat pg mall.




Rabu, Februari 26, 2020

Tempoh sukar buat Malaysia


Ini adalah satu tempoh yag sukar buat negara Malaysia.

Sejak isnin lepas negara tiada Perdana Menteri bila Tun M meletak jawatan secara mengejut, tanpa diduga oleh sesiapa. KDYMM Agong telah berkenan menerima perletakan jawatan Tun M tetapi terus melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim.

Sebagai rayat biasa aku hanya berdoa yang baik baik saja.

Aku pun sokong dan ada pendirian. Sayangnya aku bukanlah seorang MP jadi aku tak boleh nyatakan sokongan pada mana2 pihak. Maksud aku, buat masa ini hanya pendirian seramai 222 orang MP yang bakal diambil kira  untuk membentuk kerajaan. Semoga kerajaan selepas ini adalah antara yang terbaik juga. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.